Tuesday, 17 October 2023

Final Pestabola Merdeka 2023 : Jom sokong Malaysia...

Tempat tempat tayangan siaran langsung; Skrin / Layar Besar

LIVE - Malaysia Vs Tajikistan.

Malam ni 17 October 2023.

JOHOR

  • Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi

MELAKA

  • Pekarangan UiTM Kampus Bandaraya Melaka

NEGERI SEMBILAN

  • Kompleks Beli dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

PUTRAJAYA

  • Dataran Putrajaya, Presint 3

KUALA LUMPUR

  • Restoran Al Bidayah, Setiawangsa

SELANGOR

  • Uptown Puchong Night Bazaar

PERAK

  • Uptown Ipoh, Ipoh Night Market

PULAU PINANG

  • Esports Youth Cabin, Kepala Batas

KEDAH

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

PERLIS

  • Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar

KELANTAN

  • Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu

TERENGGANU

  • Pekarangan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak

SARAWAK

  • Morniah Cafe, Samariang, Kuching

LABUAN

  • Pekarangan Medan Selera Labuan

SABAH

  • Funky Farm Foodcourt, Kota Kinabalu

Come on Malaysia.. Tingkatkan kemegahan, teruskan mengganas, Sama-sama kita sokong Malaysia menentang Tajikistan malam ini. 

Harapan dan jangkaan aku

Malaysia 3 - 1 Tajikistan






Saturday, 14 October 2023

Selamat berhari minggu. Mengemas today

Today bersantai di rumah. Weekend. Selalunya sibuk juga uruskan homestay/airbnb..
Now ada guest duduk lama juga so tenanglah. 

Urus dan kemas rumah kat sini pulak. Rumput pun panjang. Ada pokok dalam pasu macam nak kena buang. Besar dan tak terjaga

Aritu simen dan baiki porch yang retak akibat kereta masuk keluar. D.I.Y je.. bukan susah

Settle.

Hari ni aku nak arrange dapur dan kemas hob dan hood. Biar kilat dan surprise Lurvy yang ada event kat sekolah.

Maybe kalau sempat nak ke Decathlon juga late evening..



Sunday, 8 October 2023

Kagum la dengan dia ni. Baru ku tahu.

Assalamualaikum bloggers and readers.
Berehat di rumah beberapa hari ni. Terlepas satu majlis kenduri kat Penang nun. Ye lah baru discaj dari hospital dan masih dalam cuti sakit. We never know kan,, kalau jadi apa apa kan.

Elok rehat dan tenang tenang dirumah. Esok masuk kerja yeaaahh.

Sempat juga menonton siri Beckham. 
Beckham? I not a fan of Beckham. Not a fan of England. and not Mu fan.

Bagaimana pun setelah layan Netflix , aku macam paham apa dia lalui.
His passion. Love for football for the club. For his country.And for his family.

Dia addicted to football. 

Ok to be fair. Aku kinda pelik la zaman 1995 hingga 1993 ke awal millenium ramai benor orang suka MU.
Yang geng pompuan tak pandai bola pun minat . Aku memang minat bola pun heran. Lantak lah hampa nak minat dia.

Dan aku pula peminat Argentina. Sejak 1982 lagi..masa masih kecik. Dah tu Argentina rival ketat ( musuh ketat kot) dalam bola. Lagi la macam tak berapa suka England.

But i like this lad now. Beckham is just a normal boy. Bapa dia minat MU. Dok train dia main bola, Kawan pun tak ramai. Then dapat masuk akademi MU umur 15 kalau tak silap.

Mula main untuk MU umur 17 tahun pada 1992.
Minat gila dia dengan bola. 

Respect!


So, to be fair, now aku macam kagum la perjalanan karier bola sepak dia.
Walaupun dia bekaskapten MU kapten England, miliki kelah LA Galaxy ect.

Dalam siri tu ada part gaduh dgn coach. Ada assistant coach nasihat Alex Ferguson kata dia dah merudum. 

Beckham dijual oleh MU. Betapa frustnya dia.
 Dia belah pi Real Madrid. Then the same assistant Coach ( Carlos Quiroz) dapat offer jadi coach Real Madrid.
Then tukar coach beberapa kali. Haha dalam beberapa bulan Real Madrid owner ke chairman tah, kejap kejap tukar coach kalau coach yang diambil tu tak perform, Dia punya expectation terhadap pasukan Real Madrid sangat tinggi.

Hinggalah Fabeo Capello ( org Italy) jadi coach Real MAdrid. Pun ada isu dengan Beckham. Siap kata dia takkan main lagi kalau dia jadi coach. Train sendiri ..jogging tepi padang sedangkan team mate train bersama-sama coach. Gila punya mental kalau kena macam tu. Tapi dia tetap datang awal dan training bersungguh.
hinggalah Fabio Capello ambik dia main masuk first team.
Oh ya lepas tu the same Fabio pula jadi coach England.. banyak betul kebetulan, macam drama dan berskrip!!

Then cerita dia dengan Posh Spice girl la. Macam macam la.

Ok..Nice siries by Netflix. Now i know the real Beckham.Kagum jap tapi still tak minat MU.





Tuesday, 3 October 2023

Healing ke macam ni??

"Saya nak pasang cardiac monitor ya encik"
Sopan nurse tu nak buat kerja.

Ok boolehhh.


Masa datang tadi macam mana keadaan?.

Heart rate tinggi,204 bpm.
"Eh tingginya."

Prelude:

Pagi tadi macam biasa, turun bawah. Ingat nak makan roti. Eh, sebelum tu turun panaskan nasi arab. 

Smlm tak makan sangat masa dinner. So lapar juga. Breakfast penting kan, and makan nasi terus lah. Meeting online back to back. 
Kot tgh hari terlajak ke, dah breakfast solid dan padat. Ok lah kalau lunch tak ambik pun.

8.40 am.
ceduk nasi.. ermm sedap gak walau nasi and kabsah kambing semata.

Makan guna sudu je lah.senang.

Tetiba terasa jantung berdegup laju
 Tgk smart watch.. Heart rate mencanak naik. 200 lebih

Adoi.. jadi lagi..

Pendek cerita now.. at hospital. Doctor nak monitor semalaman.

 Time to heal..perlu resolve masalah ni. Solution ada. Kena discuss further dgn cardiologist.

Healing la sangat.. kat spital ko healing

 10.25mlm. 
Putrajaya hospital



Hati-hati guys. Dia kembali setelah 3 tahun tiada

Salam guys..

Berita melaporkan bahawa kes malaria telah meningkat di Malaysia, dan menimbulkan keresahan dalam urusan kesihatan awam.


Antara faktornya ialah perubahan iklim yg melanda di mana kes tahun ini melebihi kes pada tahun 2022 (404 kes).

Tahun ini sehingga Mei, 215 kes dilaporkan di Kelantan manakala 840 kes di Sabah. Manakala Terengganu pula merekodkan 26 kes.

Apa yang merisaukan kes-kes ini dilaporkan setelah Malaysia mencatatkan 0 kes dari 2018 hingga 2021.

 

So guys.. berhati hati lah.. Bahaya juga penyakit ni. Lepas pkp dia mai balik.. Hermm.

Jangan la kita kena penyakit2 yang sepertinya, tambahan pula dulu covid.. Vaksin dan kesan nya terhadap badan belum teruji sepenuhnya.

 

Dulu ada viral kejap sapa nak baik covid amik ubat malaria.. Now malaria pulak. Eh..jgn memandai ye amik ubat sendiri. Semua kena rujuk doctor. Doctor Google ni jgn rely kat dia.

 

Kemudian ada virus X ke apa lak.. Eish ghisau laaaa..

 

Take care guys.



  YOUTUBE me..

Oh ya.. my youtube subscriber dah menjangkau 1k plus r. Dulu @ina Irsalina  menang peraduan. 

Masa mula mula create account dulu.

Lama dah kan. Punya lama baru cecah 1k.


baru 1k..hheehehe. Takpa lah syok syok post video kan.

 

 ..dan nak park video yang di ambil dalam hp..makin lama makin penuh memori phone.

 kekadang menarik kekadang hambar. Tapi ada juga clip2 sukan juga.
bukan apa just nanti menjadi memori kemudian hari.

Eh..Dapat la dua tiga kupang rupanya,, heheh..pree kan ..

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...