Friday, 29 March 2019

Gunung Ledang: Pendakian yang menarik

Assalamualaikum bloggers and readers..


Mendaki Gunung Ledang, aku menganggap ianya mudah, seperti Gunung Angsi atau Gunung Datuk. Smentelah aku dan rakan-rakan telah berjaya menawan gunung Kinabalu pada tahun lepas.
Hakikatnya pendakian Gunung Ledang amat payah. Tambahan pula kami daki dan turun pada hari yang sama. Aku tidaklah beria-ria berlatih menaiki tangga ataupun latihan mendaki gunung/bukit seperti Broga prior to dakian Gunung Ledang ni.

 La, senang sahaja kot Ledang, bisik kenkawan..urgh  yang mereka pun belum mendaki. Orang kata senang semua kata senang..Wohahaha.

Hakikatnya: Hambek ko. PEwai juga


 Gunung Ledang Gunung yang ke enam susahnya nak didaki. Mengikut research aku yang lebih kurang dari ggogle. Itupun setelah balik dar pendakian baru lah rujuk kembali pasal G. Ledang ni.

Dan ,, trek nya banyak. Daari Sail pun atau beberapa pecahan. Dari Asahan Melaka pun boleh naik juga. Ada org naik dari Melaka dan turun ikut Johor. 


Ok Ok.. yang best nya ada air terjun dan sungai. Aku sampai sekarang teringat2 Ke Puteri, eh bukan, teringat2 airnya yang segar. 

Kata guide boleh minum terus segar dari gunung..Perghhh nyaman..
Memang betul..


Gambar2 yang aku paparkan ni dari grup WhatApps. Memang banyak juga aku ambil tapi tak larat nak select.

Kalau aku dok fokus pilih picta yang best dan au rasa cantik, alamat tak update lagi lah blog aku ni.

Dan memacam pula yang yang berlaku, dengan masjid diserang org pengganas kat NZ. Jadi rasanya tulis pun macam tak best. 
Aku ni being affected by things happen around me. Err bukan affected tapi lebih kepada peka yang sebenarnya.

Lagipun sedara seagama. Penderitaan mereka penderitaan kita juga kan..

 Kalau nak tulis benda syok2 tapi dunia merintih hiba , mana best kan. 

Nak feel happy-happy tu tak dak, tak best.

La ni pula Gaza kena serang.. Dan macam macam benda pelik2 berlaku kat Msia. Kereta terbang proto. Yang kelakar dan syahdu.. denga politiking tak habis lagi.. payah

Eh, ni dah "digress" banyak dah ni.


Kembali kepada cerita Ledang..

Pepagi selepas "debrief"/ taklimat kami pun bergerak. Basically, untuk mereka yang balik hari ( tak berkhemah), timing memang penting. Guide bagitahu yang kami perlu sampai Check Point (CP) 5 sebelum pukul 11 pagi. Kalau tak kami kena ikut jalan yang kurang mencabar..

Tak best la kan.. 
Best  sangat ke jalan susah tu,(?).. bila lalu macam menyesal pulak kan.

Aku dan beberapa orang memang nak lalu jalan mencabar sebab menikmati semua dan sepenuhnya .. itulah yang dicari sambil menikmati alam. 

Kalau nak cepat, dan  hanya target nak sampai kepuncak.seterusnya hanya ikut jalan senang ..

tak best aaa.


So yang mencabar itu ialah laluan KFC.  KFC ialah singkatan bagi Killer Fitness Climb. Memang killer.

Dengan sendengnya ( kecuraman) yang hampir 80 darjah atau lebih. Terpaksa memanjat batuan dan tangga ... dan hamparan batu yang condong, terpaksa memegang tali sepenuhnya ..perghh gayat .


Selepas check point Bukit Botak akan terlihat dibalik pohonan tembok batuanya yang tinngi  Atas batuan tu lah puncaknya. Dan lepas naik tangga yang curam dan tinggi tu. Guide kata ada 23 tangga. Ingat 23 anak tangga.. 

Rupanya tangga tu sebanyak 23 buah/.!!! Ada yang tinggi ,ada yang rendah. 

Bergantung kepada ketinggian pendakian atau elavation batu di hadapan. 

Kalau dah guna tangga mesti curam kan..paham paham je lah..

Apapun alhamdulillah , selamat sampai puncak pukul 2.10 tgh hari.

Pukul 3.15pm bergerak turun dan sampai di kaki gunung pukul 7.00 pm.










Batu hampaq.. memang gempakk aar


Memang 90 darjah kot.. sib baik banyak tangga.













Monday, 18 March 2019

Black day for New Zealand, and world.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jumaat, 15/3/2019

Ketika diri ini dah bersedia untuk pergi ke masjid untuk solat Jumaat, masuk whatapps bertalu dari pelbagai grup tentang tragedi berdarah di Masjid AnNoor di Christchurh, New Zealand. Tempat yang nuuunn di hujung dunia, negara yang menjadi kunjungan ribuan pelancong dari Malaysia saban tahun, yang rasanya tak mungkin kejadian ini boleh berlaku.
Hadir seorang terrorist berpaksikan neo-nazi, mengaplikasi teknologi internet dan senjata pemusnah rekaan manusia juga: senapang atau rifle, memaparkan kekejaman untuk disaksikan seluruh dunia.
Dia merasakan dia hebat, mulia dan gagah dalam melakukan kemusnahan.

Dia telah menumpahkan darah di tempat suci, merobek hati–hati orang yang tersayang.
Mangsa-mangsa yang hadir ke rumah Allah dalam pengabdian yang dituntut, akhirnya  terus diberi penghormatan untuk ke Jannah.. In Sya Allah.

Sesungguhnya pengganas tersebut berasa begitu hebat, tetapi dia tidak pernah tahu yang dia akan mati satu hari nanti, dan dia mungkin tak pernah mahu tahu. Orang yang hina, begitu sifatnya.
Dan sebenarnya tidak pernah tahu, orang Islam sememangnya mahu mati dalam menuju jalan Allah, dalam perjalanan ke Masjid , dalam keadaan bersolat, dalam masjid …semua itu kematian terbaik.  Beruntunglah mereka…
Arghh masakan pengganas itu tahu..

Dalam pada itu setiap musibah tentunya mendatangkan kesedihan , kepiluan bagi orang yg ditinggal. Tentunya akan berasa kehilangan, kami yang jauh beribu batu pun tersentak mendengarnya. Apatah lagi mereka yang hilang tempat bergantung, mereka yang kehilangan suami , anak, isteri.. S

alam takziah, redhalah dengan kehilangan itu. Moga Allah membalasi dengan yang lebih baik, tak dapat di dunia, di akhirat nanti.

Aku selalunya men”delay” coretan dalam hal sebegini. Kalau aku bereaksi dan terus mengecam, itu sudah emosi, Aku akan ambil masa ( sebenarnya masa boleh merubat hati yang marah dan kecewa)  dan hadam semua kajadian itu … kerana Akhir zaman ini amat getir, penuh dengan tipu daya dan fitnah.
Lihat sahaja umat Islam di China, Kashmir, Myanmar, bahkan Sri Lanka. Juga dinegara Islam, di Syria pun umat Islam dibantai dengan pesawat yang hebat, yang jatuhkan bom.
Itulah suasana sekarang…

Salam takziah kepada lebih 50 keluarga mangsa pengganas di New Zealand
.... and salute to #eggboy

Friday, 8 March 2019

APPLIKASI MAYBANK MY..untuk register MAE (Maybank Anyone Everywhere) ..cuba lah! .. dan have fun!!

Assalamualaikum bloggers and readers..


Maybank melancarkan App baru atau meningkatkan aplikasi dengan melancarkan MAE- Maybank Anyone Everywhere.



Sesiapa yang dah ada apps "Maybank MY" boleh saja daftar terus.






Untuk invitation code masukkan code nsa0915

(Just register, play game dan be rewarded.. Seriously..)



1. Download apps Maybank MY



     kalau dah ada, click menu yang diatas, sebelah kiri.
     pilih "apply online".
     Pilih MAE

2. Click icon MAE


3. Daftar MAE, isikan email, negeri dan

 invitation code : nsa0915


Tekan CONFIRM


4. Tang topup MAE tu, boleh top RM 10) atau boleh skip sahaja, cara nak skip--->log out, lepas tu log in semula


5. Log in , ada icon M kat screen app anda. Klik icon tu
pilih logo MONEY MAE-HEM, HIT semua coin yang appear, 
   elakkan terkena bom,( don't hit the bom)

6. Kalau diamond datang, klik  DIAMOND tu untuk  extra time, 5 saat.

Dapat reward dalam bentuk RM..dan di top up dalam MAE anda ( Yup MAE from Maybank!!!)

jangan lupa invitation CODE : nsa0915
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...