Tak tau nak habaq lagu mana.
Rezeki lah, apa apa pun.
Alhamdulillah..
Nak jadikan cerita, tgh hari belikan lauk untuk makan malam. Lurvy ngaji Quran dan balik agak kepetangan hari ni.. hari Khamis memang kelas mengaji dia.. hari kamis malam jumaat.
So dah beli lauk..
Petang tetiba jantungku berdegup laju..
Eh ..laju sangat macam 100 degupan per minit ni. Biasa 70 ja..
Aku agak la 100 sebab laju.
Pergi klinik kat ofis doc dah balik. Aishhh.. ni nak jadi asbab ke..
Masa tu pukul 4.30. Pukul 5 niat nak pi hospital.
pukul 5 ja rasa macam normal balik..tapi samada aku indenial ke, atau memang dah ok.
Kang tak sempat sampai umah kalau apa apa.
So kona pi gleneagle hospital. Memang dekat dengan ofis
Heartbeat/ heart rate sampai 97..
then buat ecg..turun dalam 86. Range ni normal doktor kata tapi kena investigate such as amik darah dll.
Kot ada heart injury katanya. Udah, heart injury macam mana pulak..aku ok ja.
*"macam mana boleh detect heart injury doc dari blood test"
Biasa la aku mesti tanya punya.
"Kalau ada cardiax enzime dlm darah"
Ooo..kalau detect maknanya ada heart injury la.
"Dan kalau ada encik kena masuk wad la"
Laa..sampai mcm tu ke.
" Ya kami kena investigate.Lama sikit ya dalm 2 jam.Encik tunggu kat hospital"
Eh saya balik dulu la..kalau result memerlukan saya admited saya datang la.
"Maaf encik kena tunggu di hospital. Kalau ada katil emergency kosong nanti encik baring situ ya."
Eh takpe takpe..saya g minum dulu lah.
"Kat mana.."
Err..kat ...starbuck kat luar. Mana lagi ..ingat nak kena teh tarik kat mamak dulu..tapi tu jauh dari spital.
"Jangan amik coffee dulu..sbb ianya mempercepat dengupan jantung"
Oh ye ke.. ok k.
Sure.ada coklat kan.. tapi aku tak minat sangat.
Sampai je order la coklat..with green tea?
Ada jelly juga.. huush boleh try.
Aku ni suka bangat jelly jelly ni..macam cendul..chatime..ye lah yang jenis ada jelly.
Pergh rm20.00 harganya.. sesekali sambil menunggu result atau tunggu masuk wad. Huhu.
Minum la..sedut macam tak de jelly. Eh yang favorite pulak takde. Cari cari jelly dalam dan kat bawah, tak de juga. Aduyai.
Biar betul. Kalau pompuan, mengidam.memang kempunan ni.
Aku pun pi counter tanya dengan sopan.
Err terlupa letak jelly ke?
"Eh tak cakap ea tak de jelly"
Tak.pulak. tadi order punch macam biasa je. Taak bgtau pun.
"Maaf encik jelly memang habis"
Ye ke..saya order choc yg ni sbb jelly la.
Manager dia ada situ pulak.
aku pun kenal,.
Dia offer apa2 air lain sebagai ganti.
*eh takpe,saya tanya je kot lupa.
"Memang jellybhabis dan diorang shuld inform customer"
Aku pun beredar duduk.
Then dia dtg minta maaf dan offer lagi air lain.
*its ok ni pun banyak lagi
Then lurvy call, aku excuse dan jawab.
Manager tu beredar
Lurvy tanya doc kata apa..mention tunggu blood test.
Then dia datang..bawa voucher..untuk aku order any drinks next time kat any starbuck. Wow..
Then insist belanja aku any food .
Aku malu malu kucing jugak, bukan masalah besaq pun. Jelly je.. aduyai awat dia begitu jaga customer sorang ni.
Dia insist.. so aku jawab apa apa je..
Nah kau dia bawa ..as per picture.
Tu dia nak habaq ,, this is customer service beyond expectation. Really next level punya concern.
Aku tanya tadi macam muka aku ni nak terbalik kan kounter ke???
Aku rasa aku tanya ja...
Apa pun rezeki.. Alhamdulillah.
Dan tahniah atas servis yg begitu hebat Starbuck..
|
Add caption |