Saturday, 30 January 2016

Suka saja membantu...

Pepagi hujung yang panjang.
Ada pembantu yang sukarela.. nak main air sebenarnya tu..
Happy juga depa enjoy menolong..
Lepas tu baru mandi pagi..hahaha..
dan basuh kasut sekolah.. siap!
kalau tak nak suruh basuh kasut mcm mcm alasan..

Friday, 29 January 2016

Melawat Progress Rumah.. Alhamdulillah berjalan lancar

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nampaknya progress penyiapan rumah berjalan lancar. Alhamdulillah.
Sempena Ayahanda datang tinggal bersama sekejap maka ambik kesempatan bawa dia pergi meninjau.
Lagipun kalau jenis duduk di kampung kalau terperap dalam rumah boleh demam orang tua. Ye lah di kampung pepagi lepas subuh ada saja kerja nak di buat. sapu laman la.. pototng rumput la. kemas itu ini.
Jadi bawa lah dia jalan jalan tinjau kawasan..
So far ok .. tinggal jalan dan tentunya bekalan2 air dan elektrik belum ada, Ye lah kan baru setahun sign S&P.









Tu diaa, follower punya cerita

Assalamualaikum bloggers and readers..


Huih..
Alamak kenapa follower menurun nih..
Asalnya tak perasan, tapi rasa-rasanya dekat 900 atau 890 plus follower..

Sedar-sedar 841 dan kemudian 840…
Menurun nih macam nilai ringgit,, harap harap naik lak semula sejajar dengan kenaikan ringgit.

Anyway, biarlah nak buat camner, tapi blog tak ada blogger (atau follower) macam lagu tanpa irama lah.
Sebenarnya ada hari tu aku cuba jejak blog2 yang aku follow,, secara rambangnya 1 dalm 3 blog2 tu dah tak exist..atau couldn’t be found, macam tu lah msgnya lebih kurang bila aku klik url . Ada yang make private tapi satu dua blog sahaja..
Kesimpulannya blog makin berkurang..

Adakah trend semua org meninggalkan blog sendiri ?
Atau trend remaja yang tulis blog give-up atas sebabnya komitment..berkahwin dan sebagainya?
Atau dah mau share tip, travel atau tak mau share pendapat di blog?
Atau ramai beralih ke media social yang lain. Twitter, Insta, Pinterest, Tumblr, Facebook, Linkedin,etc ,, to name a few,,??

Atau  ramai dah meninggal..? eshh bahasa.!!. ye lah kan. Lumrah benda baharu mana ada kekal.
Bab kata kawan “ Org tua2 tunggu nak mati, org muda bila2 boleh mati””
Kena saling mengingati
Eh tak mau la terlajak komen pasal isu ni..

Mungkin kesimpulan aku tentang blog makin  berkurang tu salah. Sekadar hyphotesis naaa. Tak ada konklusi pun.

Amboii ..follower punya pasal tulis naik rak..hahaha.
Bukan apa,, sebab baru perasan..

p.s Tahun ni azam mau tulis yang menarik dan berkualiti dan kena rajin lagi menukilkan macam

Wednesday, 27 January 2016

Virus Zika merebak di 22 negara ini

Assalamualaikum bloggers and readers..



Dulu dan sekaran Aedes yang mnyebabkan denggi..sekarang tambah lagi  dengan Zika.

. masa depan apa lagi penyakit yang akan muncul.?


Countries and territories with active Zika virus transmission

World map showing countries and territories with reported active transmission of Zika virus (as of January 22, 2016). Countries are listed in the table below.

AMERICAS

  • Barbados
  • Bolivia
  • Brazil
  • Colombia
  • Ecuador
  • El Salvador
  • French Guiana
  • Guadeloupe
  • Guatemala
  • Guyana
  • Haiti
  • Honduras
  • Martinique
  • Mexico
  • Panama
  • Paraguay
  • Puerto Rico
  • Saint Martin
  • Suriname
  • Venezuela

Source and grafic from: http://www.cdc.gov/zika/geo/

OCEANIA/PACIFIC ISLANDS

  • Samoa

AFRICA

  • Cape Verde

Thursday, 21 January 2016

Jangan la buat kelaku laguni...

Assalamualaikum bloggers and readers..


Orang Kedah jangan la dok buat kelaku lagu ni..
Mokalau tak sepakat, bawak bincang mai..
Bagi sepakat,,, 
Ada ka pi kata kawan tu tak boleh pesatu semua orang kedah..
Yang hempa semua dok pi kata tak percaya kat dia teruih la tak bersatu..
nak biaq kat hempa semua pun tak boleh..
Orang bagi kepercayaan hampa buat lagu..
macam mana ni,,??

Nak kuasa ka apa ni.. cuba habaq mai biaq jelaih..

Rakyat perlu pembelaan.. kos naik  minyak turun ( tang minyak harga dia naik ka turun ni?) oo turun ka? awat harga barang tak turun... ooo mesti ada jawapan nya kan... hampa kan pandai..

Tapi,, kena tolong la jugak rakyat yang dok kampung cerok sana nun.. jangan la dok berpolitik sangat.. tolong..pleaseee


Uishh ..awat ? tak boleh ka aku tulih bahasa kedah.. 
aku org kedah apa...

p.s erm ikut suka hampa lah..rakyat pun tatau boleh berharap ka tak..

Thursday, 14 January 2016

Photo Jakarta Blast: Gambar letupan di Jakarta

Assalamualaikum bloggers and readers..


(Viewer discretion...)


What had happened???
Its crazy crazy world..

6 letupan dikatakan berlaku..
tapi kenapa??????


Photo bukan milik aku..

p.s Credit as per watermark. From various sources.






Suspect?












Apa masalahnya bauksit warna merah???

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bila terfikir,,capai pen tulis nota..
Kemudian terus tulis sini.. Tu lah cara nak terjemahkan ilham kat blog..

Pasal bauksit..(bauxite),

Dulu, kalau peneroka Felda Bukit Goh atau bukit apa pun kalau diceritakan pasal bauksit mau termangu-mangu. Aku pun sama... dulu lah..

Menatang apa tu,, ?
 Ilmu alam aku pun ingat2 lupa tempat perlombongan bijih itu bijih ini dalam dunia kat mana..
Dulu lah...

Kini bauksit mencemari alam dan memenuhi berita..

Apa salah bauksit tuh..??ataupun apa salahnya perlombongan bauksit tu..??

Ianya nikmat hasil bumi Allah swt kepada penduduk seterusnya kepada negara.

Apa salahnya hasil bumi dinikmati oleh tuan tanah??

Apa salahnya bumi merah berdarah.??.dan memang bauksit tu kaler merah..
KAlau lombong sulfur dah tentu kuning warnanya
Kalau lombong arang batu mestinya warna hitam.

Takkan lah semua nak putih macam Koo putih??

Tak salah kan warnanya warna merah..

Yang salahnya ialah rasuah..
Tak beradap,,sudah untung lagi mau merasuah dan dirasuah..
langsung tak jaga kebajikan...

elok2 dapat untung,, bencana yang dapat...

Nikmat manakah yang kamu semua mendustai?????

Wahai yang berkuasa/diberi-kuasa.. sesungguhnya yang ciptakan bauksit (dan  yang ciptakan hang) itu Maha Berkuasa..

Tuesday, 12 January 2016

Anugerah FIFA Ballon D'or 2015: Kapten Malaysia Undi siapa??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Anugerah Ballon d'Or.

Salah satu kaedah pemilihannya ialah undiaan oleh semua kapten pasukan negara yang bergabung dengan FIFA.

Pemenangnya telah kita ketahui, tetapi siapakah yang diundi oleh kapten pasukan Harimau Malaya.
Jom check!

Dan. Tahniah Messi..Viva Argentina!!

Dresing tahun ni better...:)
Nampak professional.



Thursday, 7 January 2016

Berpisah dengan anak..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hati ibu..mana tak teringat anak...
Itulah Lurvy, semasa hantar dan kemas kemas loker Akmal kat SBP nampak cool dan tenang..
Balik rumah terbit dari mulut : "Kesian Akmal duduk kat asrama"

Aku pun dok pikir juga bagaimana dan apa yang tgh dia buat..
Sama juga ketika hantar Along kat Terendak dulu...

Kini Akmal pula ke Sek Sains..

Tak apa lah demi nak menuntut ilmu.
Merantau dan berdikari..
Tak boleh diikutkan hati sangat .. Kami dulu pun merasa hostel.. sama saja lah suasana.

Nanti bila dewasa teringat2 zaman asrama..


p.s Selamat maju jaya anakku..:) . Semoga dipermudahkan dan mendapat ilmu demi manafaat ummah.

Tuesday, 5 January 2016

Keretapi ETS.




Pertama kali naik keretapi ETS ni. Perkhidmatan yang diperkenalkan tahun lepas.

Bukan sebagai penumpang tapi menghantar Along dan ayah ke utara nun. Ayah nak try naik ETS..

Harga tiket ke Alor setar Rm74 atau 72..tak sure sangat

Yang pastimya tiket warga emas RM41.


Bertolak pukul 9.30 dan sampai Aloq Star 2.30 pm.

Sempat juga aku snap keadaan dalam ETS tu. Sekali pandang kemudahannya agak mengkagumkan..
Patut tiket selalu saja sold out.


Ada ruang solat disedikan
 
Suasana dalam coach
Tempat wuduk

Aku dan ikan emas

Cuti..
Kerana nak bercuti awal tahun,sambil mengelolakan anak2 ke sekolah..

Tapi, kutuliskan blog tentang peristiwa hari ni berkisar tentang ikan emas..
Loh. pasal ikan emas..??  sejak bila aku dok tulis pasal binantang ni.. Rasanya tak dak kot. pasal kucing pun tak..seingat aku la.
Namun tak tau kot sebelum ada tulis pasal binatang peliharaan  celah celah memblog tu.

Ok,,apapun hari ni pasal ikan emas.. yep ikan emas dalam aquarium ku..

Something aku belajar hari ni.

Ceritanya..kerana bercutian hari ,,maka ada beberapa tugasan,, anataranya beli buku anak2.. kat kedai buku dan daftar KAFA.. dan amik gambar pasport Akmal..

so setelah selesai hantar anak..patah balik rumah. Kemas sikit sikit, Sambil tu terlihat ( yup terlihat ..) aquarium yang lama tak bercuci. Nampak sangat dok bagi makan saja sampai air naik merah ( macam ada lombong bauksit daa).

Maka aku pun sedut.(syphon) air utk tukr air yang berkeladak tu. Tiub getah syphone tu pun yang halus sbb gunakan yang penapis air punya. padan la aqurium kecik..
 Maka dibiarkan air sedut..

Tetiba dah pukul sembilan lebih.."Akmal jum pergi sekolah. Beli buku adik dan ambil sijil yang sekolah kata nak siapkan. Mama pesan suruh collect sijil"

Dengan kalut aku "kejan" anak aku yang masuk Form1 tu siap cepat.

(Kejan =bahasa Kedah bermaksud "gesa"/ suruh bersegera.
Contoh ayat= Yang depa dok kejan suruh mai cepat pasai apa? Bukan baih (bas) nak jalan lambat lagi ka...)

"Jom.. amik buku kesihatan juga abah kan."

"Ya..sbb nanti nak daftar Sek Sains hang nak buku tu. Ada dalam checklist tu.."

Amik kunci, raba poket, ada wallet..ok boleh gerak.. bakal nak selesaikan tugas hakiki today,, iaitu beli buku.

Sampai sekolah, nala punya ramai parent dok beratur nak beli buku.
kebetulan dekat rehat tunggu kejaplah, boleh  tengok anak pi kantin.

Jumpa anak kat kantin dok borak baik punya  dengan kawan. Ye lah darjah 2 dah..
dah  ok dah lah tu..
Hairan pulak dia tengok abah ada kat kantin sekolah.


Lepas tu Pi pekena roti canai dulu. Ajak kawan dekat situ join dan borak,, Sampai pukul 12 ke sekolah semula.. Masih lagi panjang Q jedai buku. nak balik dululah .. macam slow saja kedai buku ni sbb sorang ja yang menjualnya. Dengan dok ambil buku pun dia, nak jadi cashier pun dia. bayangkan awal tahun punya banyak buku parent naak beli. Sorang saja bertugas??

 decide datang masa amik anak nanti pukul 1.15..lagipun daftar Kafa waktu ptg..

Balik rumah....

Tengok aquarium kering...
 ikan emas senget dan senyap! Tak bergerak. Dah berapa jam air habis ni???

Aduh.. macama mana boleh lupa ni.!!. Boleh tinggal gitu saja.


Angkat ikan tu.. mati. Itu saja dalam fikiran. Ambil tupperware isi air cepat
Letak ikan.. Perut naik atas.. terbalik kuang. Tiada pergerakan... hanya berputar keliling tupperware ikut pusingan air yang berpuisng bila paip tak titutup ..
dan ya, semesti dengan perut di atas.
.ni bukan renang berirama ka apa. ni kes ikan mati.

Nak kena buang dalam tong sampah jawabnya..
Aku angkat ikan tu..rasa belas pulak.. rasa bersalah pun ada.
Tapi nak buat macam mana.. benda dah berlaku..


Tetiba..aku terdetik..baik aku cuba revive ikan ni.. Entah-entah ada nadi lagi ( walaupun aku  bukan vet).Dan ikan tu dan longlai.. mana tau kan.

Aku pun buka air paip.. ikan sebesar 3 jari tu aku halakan mulut ke arah paip air.. Air dari pili tu macam banyak buih, mungkin ada banyak oksigen.. mulut ikan emas yang selalunya ngap ngap ngap tu, kini  kaku .Mulutnya hanya terbuka dan air aku lalukan melalui mulut yang longlai itu,,

Aku letakkan dalam bekas semula. Semula juga perut nya naik ke atas.. kaku. lesu. Mati..
Aku pusingkan semula dan aku gerakkan ikan dalam air dengan harapan air lalu masuk insang dan boleh revive ikan tu.

Gagal..
 tetap senyap. Kaku..lesu dan nak terbalik naik atas .ye lah sudah mati.. Sirip dan ekar jgn harap la ada pergerakan..

Aku cakap aku tak leh give-up. Aku mesti cuba.. Aku lalukan air lagi.. Aku tepuk dada ikan ( ada ke dada aku tak pasti, tapi bahagian bawa). aku gerakkan ikan  dalam air macam aku tengok dalam Nat Geo. Supaya air yang bawa oksigenboleh lalu ikut insang.. Tak boleh juga aku letak  dekat paip dengan teorinya air paip tu lagi banyak oksigen..

Tak boleh juga.. Sah mati ikan ni.

sudah 20 minit aku berusaha.. yup aku perati jam sb nak pergi ambil anak 1.30pm

Last.. aku cuba last. Entah mengapa aku ta k giveup.. Aku nak try.. Boleh ni.. aku yakin. Mungkin ada pulse. Ahhh..ikan ada nadi ke tak aku tak tau..tp dia pernah bernyawa..
Aku buat lagi ..aku goncang2 ikan yang fragile tu dalm bekas.. Masih buntu.. entah kenapa aku tak sanggup lihat ia mati sebelum aku cuba lagi..

Sehinggalah...selepas 20/ 30 minit.. aku lihat ada pergerakan lemah kat insang.sangat sedikit..seolah olah terlalu berat untuk bergerak Terlalu lemah, tapi aku perasan..

Ya Allah.. masih hidup ikan ni. Aku terharu..
Sesungguhnya aku terpempan.. kaget!..tak percaya . Sesungguhnya ada balasan terhadap org yang mencuba..

Now what. Ikan tu masih lemah..macam mana ni..
so aku ulang letakkan kat paip.. gerakkan dalam bekas berulang kali.. kemudian mulut ikan bergerak dan insang bergerak dengan lebih laju tapi masih lemah.

dah sampai macam ni aku tak boleh biarkan ikan tu menjadi lemah semula
..aku gerakkan ikan dengan gaya ia berenang hingga sirip dan ekor mula bergerak. tapi masih tak balance..
akhirnya ia boleh berenang sendiri.. aku biarkan ikan tu dapat tenaga..
terkadang kepala menjunam dan ekor ke atas..aku betulkan atas tapak tangan hinggalah stabil..

dan kini berenang dengan elok dalam aquarium... setakat ini..

Sebenarnya aku tak tau kenpa aku mencuba sebegini..Ikan tu hanya rm 2.50 masa kau beli. Bukan nya Rm25,000 seperti ikan arowana emas etc.. RM2.50 habaq hang.. Tapi ikan yang aku anggap mati aku boleh nekad untuk revive..

Aku tak tau kenapa aku mencuba sebegini utk ikan itu..
dan sesungguhnya kita mesti mencuba dan terus mencuba,,hingga kita berjaya ( atau tidak berjaya)




Saturday, 2 January 2016

1 Jan 2016: Susah ke bangun subuh

Berpagian tadi susah benor nak bangun.
Haishh..masuk tahun baru pun liat juga..

Lurvy kejut subuh..okay jawab aku kemudian terlelap semula...
Sedar2 dia dah baca Al-Quran.

Abaaanng, bangun la.
Ok kata aku..

Di kala terdengar bacaan Alquran ,,hati terdetik
Saat ini aku boleh bangun,,hanya dari tidur..memang boleh sangat bangun.
Kenapa aku tak nak bangun segera..

Nanti-nanti mungkin aku terdengar bacaan Yasin
Aku hendak bangun sesangat ketika itu..
Tapi aku tidak boleh bangun.. Aku melihat orang di sekeliling..
Aku ingin bersuara tapi lidah sudah kelu,,

Oh .. tak boleh jadi ni
terus bingkas bangun..

P.s Thanks Lurvy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...