°MY SHOES° winning the award for best short film …: http://youtu.be/Y_F4-hV0iPM
Saturday, 27 September 2014
Thursday, 11 September 2014
Cepat masa berlalu
Assalamualaikum bloggers and readers..
**************************************************************************
Feel like to write sumting,,:
1.Begitu cepat masa berlalu. Sekarang , sedar tak sedar sudah berapa
penerbangan jemaah ke Tanah Suci, sudah sampai kelompok terbang (KT) yang antara yang akhir agaknya.
Tetiba rasa kerinduan untuk ke Masjid Nabawi, Keterujaan
menerpa-nerpa ketika menghampiri AlHaram, semua menggamit ingatan…
Cepat sungguh masa berlalu.. Ruang detik terus bergerak.
Cuma Kajang Move yang tak “move –move”.. Apa cer ni pun tatau
Cepat sungguh masa berlari. Dari anak kecil dulunya kini
Yasmin sudah menghampiri umur persekolahan tujuh tahun, Anak ketujuhku kini
meningkat umurnya dan petah bak bertih jagung mulutnya. Begitu kontras
perangainya ketika kecil,, yang agak pendiam.
Berbalik kepada kenangan di Tanah Suci. Pabila berada di
hotel penginapan jemaah ditempakan dalam bilik seramai 4 , 5 atau 6 org. Banyak
kenangan/cerita dan kenangan bila berada ramai2 tu.
Kepada yang menjadi tetamu Allah, selamat mengerjakan haji.
Semoga dikurniakan haji yang mabrur.
2. Semalam pergi My Maidin,, nak masuk tak perasan ada orang
bawa kotak kutip derma.
Oleh kerana nak menunggu Lurvy beli barang . aku tunggu kat
depan entrance..aku suruh masuk dan grab
apa yang beli je, aku tanak ronda2 bawa
troli. Tak romantik kan? Uik ,,romantik kat umah la. Nak beli 1 barang usung
troli kalu. Nak beli satu jadi sepuluh. Lagipun parking padat!!!
Eh cita kotak derma semula.
Dari dalam, yep tempat ada
aircon, sambil menunggu, aku tengok tak de sorang pun pun derma kat tabung gaza
tersebut.. Kalau dulu bukan main. Dah boring aku pun pi approach,, sembang2
tanya itu ini..
Heran pelik, cuak jugak bila kat kotak tulis Hang Tawi.. ada ka
hang tawi ni,,setahu aku sahabat Hang tuah ada 4 orang takdak pun Hang Tawi..
Aku pun tanya” Hang Tawi?”
Ye bang
“Dari mana?”
Kedah.
Aku pun tak jadi nak heran.
Kat Kedah memang banyak “hang “ pun.
(Apu pun, aku nak google tengok nanti hang tawi ni siapa)
Bila cerita bab Hang Tuah dan lain2 ni aku teringat bab
sejarah yang cerita dia kona sikit.
Mulanya Portugis survey nak serang Semenanjunng Emas ni,
depa pi ke kedah juga.
Kedah makmur juga la masa tu selain Melaka.
Masa pi riki Melaka, perisik balik report kat ketua turus Portugis.
Dalam laporan tu dia kata bahaya dan banyak risiko nak
serang Melaka, Sebab ada Hang Tuah yang handal dan tangkas. Di tambah lagi
dngan 4 sahabat Hang Jebat lekir Kasturi dan Lekiu.
Ketua turus tu suruh pi riki Kedah pulak..
Balik dengan muka pucat dia lapor yang kedah lagi bahaya,
semua tempat dia pi ada “hang”.
Hang Pi Mana, Hang
Buat Apa, Hang Jangan Kalut …hang ni hang tu…
Ketua Portugis tu kata..kalau lagu tu kita serang Melaka je
lah..
Selamat Kedah..
p.s Ok k bila korang
baca jgn pulak kata : “Hang dok mengarut apa ni”
Subscribe to:
Posts (Atom)