Sunday, 25 December 2022

Tulisan tak habis

Assalamualaikum bloggers and readers..

YA. Cerita pasal makan makan lagi. Eh tak selalu kan cerita pasal makan.
Sebenarnya balik kampung tempohari banyakk perancangan yang dibuat. Nak pergi waterfall kat Changlun sana apa ka nama dia, Wang Perah?
KAt utara ni banyak nama Wang, korang perasan tak . Wang Kelian, Bukit Wang, Wang Perah, Antaranya..

Apakah maksudnya. Wang tu entah entah dalambahasa siam bukit ka apa.. wohahaha.. Tak tau lah

Nak pi pusing Peghelih makan.

Panjat Gunug Keriang..

Tetapi disebab urusan keluarga dan ayah tak sihat maka kansel semua. Menumpahkan budi ountuk ayah dan menjaga nya.

Hanya hari terakhir sempat jenjalan

Kami pun ke utara lagi ..masuk negeri jiran. Bukan negara jiran tau. Pi pengelih ja.. Dalam 20 minit dan sampai sempadan negeri.

Oh sat sat ..nak pi kenduri akikah rumah jiran.. dah nak start tahlil.. kul 11..lagi 15 minit.

Sambung nanti

Tuesday, 20 December 2022

Arrived home. Alhamdulillah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah baru sampai ke rumah. Bercuti dengan beberapa orang anak ke kg. Balik kampung sebenarnya. Dalam balik kampung sempat bidding lelongan online tempohari. First time ooo. Dan dapat menang bid.
Gempaq kan. Ya lah first time. Everything had it " first time moment". New territory la ni
Adakah murah atau fair price atau over price.?
Betol. Menang bid bukan bererti kau terra.it because or it just you willing to pay more than others. Just a bit more.
Surely an eye opening experience. Should i keep on fighting? What is my budget? 
You gonna stop somewhere and hope the others stop a bit early than you. You must know your limit. Not your "want". Versus the value you see in it.

Its depend on macam mana kita tengok value sesuatu barang. 
Macam helmet ka motor RXZ tu kan pun harga meletop. So setiap orang ada nilai tersendiri terhadap sesuatu benda. 

Me? I am  priceless..wohahahaha.

Travel fairly smooth. A trafiic here and there but moving. Yeah no rush..
Amik masa pergi jumpa ayah yang uzur kat rumah adik. Sembang lagi sat. But my dad not a talkative kinda dad.
 Maybe like me..wohahhhaa.. Senyap je. ye ke?

Then tengah hari baru gerak. 
Lagi pun Lurvy food poisoning. Dia sorang pulak tu.
Ingat pepagi nak seek treatment dan kalau need to be stay lagi sampai dia ok.
Sebab Lurvy ada sejarah masuk ward pasal food poisoning.


Dua hari sebelum tu jumpa kawan sekampung yang kebetulan bercuti. Pendekkan cerita, sembang punya sembang dia pun cerita lah anak dia meninggal food posoning 5 years back.

Tu lah ujian orang kan. Tak sama ujian kita. Mohonlah agar kita tak diuji sebegitu.

Depa kuat. 


Ok. Now banjir kat pantai timur dan kat sini , lembah klang pun kehujanan. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang ditimpa musibah.  Bayangkan bagaimana mereka tidak dapat tidor semalam akibat air naik dan bumbung tiris. sedangkan kita nyenyak dibuai mimpi.

Bayang mereka yang risau bantuan dan makanan sampai sedangkan kita bergumbira sekfie dengan starbuck.

Bayangkan ada yang meninggal kena kejutan elektrik sedang kita me round round IOI City Mall dan kegemerlapan hiasan.

Bayang kan kesedihan dan kesusahan orang akan meletakkan kita di realiti sebenar.
Kita cuma bernasib ( di baca: belum teruji) . Bukannya kita ni hebat sangat. Tiada sesuatu pun upaya kita ,,hanya Allah yang Maha Berkuasa.


Tanah runtuh kat Batang Kali ke arah genting Highland pun tak tersangka akan terjadi. Tak semestinya ada dusun musang king ka..pembalakan ka. Tu lah..nak jadi jadi juga.


Monday, 19 December 2022

Argentina tetap no.2 di hatiku

Assalamualaikum bloggers and readers..

Estatic!! Sheer enjoyment.

Hari ni antara hari2 yang best dan tergembira.
Setelah menunggu Argentina menjlang piala dunia buat kali seterusnya. Maka malam tadi tercapai untuk aku melihat team Argentina dan Messi khususnya, menjulang Piala Dunia.
Meminati pasukan Argentina sejak 1982, terutamanya ketika Deigo Maradona menggalas tanggungjawab mengetuai pasukan, dan memenanginya pada tahun 1986 di Mexico, kini barulah Argentina kembali menjadi juara.

Wow..what a game. Hebat perlawanan akhir. France "tidak bermain" selama 75 minit, ketinggalan 0-2, tiada percubaan kearah gol sebelum itu,
Bayangkan lah, betapa one-side-game jadinya. Pelik ketika France tak melawan.
Tetapi itu lah bola. Emosi macam roller coaster. Mbappe mencetak dua gol 10 minit terakhir.
Mengheret ke masa tambahan. 
Messi score dalam masa tambahan!
France membalasnya melalui penalti Mbappe.

Tak ke gila final ni.
Dalam bola memacam boleh berlaku dan macam macam itulah yang berlaku malam tadi.

Apapun sangat happy Argentina menang, Begitulah nasib penyokong Malaysia. Kena ada team yg disokong dek kerana kita belum mampu ke pusingan akhir piala dunia.
Manalah tahu kan.. Satu hari nanti  .

Argentina tetap no 2 di hati ku. Walaupun hebat. Walaupun world class.

Kerana aku aku yang no 1. MALAYSIA

Sunday, 18 December 2022

Bola dan lelongan.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Cerita pasal bola hari ni dulu.

Sebab team favourite aku mara ke  final,
Argentina.

Semoga Argentina menjadi champion utk tournament kali ini.

Kita tunggu penutup World Cup yg menarik edisi kali. 
Qatar :dihentam keliling" oleh media dan pihak barat namun bagi aku ianya penganjuran yang hebat.

Maybe ada kekurangan, tadi yg digembar gembur oleh media barat seolah² semuanya teruk. Itulah agenda mereka, lbgtq..alkohol..tah apa².. sukan pun nak campur-adukkan benda² macam ni


Apapun, .
Come on Argentina!! All the best mlm ni..



2. Aku berjaya dlm lelongan rumah..secara online. Tak sangka, namun bukanlah kejutan sebab aku fight hard utk.property ni
Nanti cerita lagi.

Monday, 5 December 2022

Makan kat Astana Putra

Selalu lalu situ nampak banner bunyi lebih kurang macam ni.
"Set  Nasi Kambing kat Kubur, Tak seram tapi sedap"
Aku uat dek ja kan..
sebab nak masuk situ kena masuk awal dekat Lebuhraya silicon UPM. Ala situ la

Hujung minggu baru2 lalu lagi kawasan tu. Err  memang agak kerap la kan..
dalam kereta, jeling Lurvy .. Jom try nasi kambing kat situ. Lurvy sentiasa ok je bila aku ajak..tak pernah tak ok.


Kan dah tewas dek iklan dan banner mcm tu.

Ye lah kalau tak dak banner tu tak maunya aku kona ke situ.
100% aku tertarik nak try sebab teknik pemasaran mereka.

Aku order set daging kambing.
Lurvy biasa lah tak mau heavy. Koew Tiaw Goreng ja yang dipilih.
nak makan ringan-ringan.

Ok rasa set yang aku amik sedap. Portion nya banyak. Kambing 2 ketul besar-besar.
Koew Tiaw goreng pun sodap ja.
Boleh la korang try.
Harga subjectif la kan. .Maybe agak tinggi sikit aku rasa.
So memasing lah. Check photo photo berikut utk price dan "plating"







Sunday, 4 December 2022

Sarapan dua kali..adeh.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Dua kali minum pagi hari. Kat Melaka.
Satu full blast breakfast. Nasi lemak roti canai dan bihun.. ni utk 3 orang ye.
Dia punya teh tarik manih sungguh. Awat org Melaka ni memang minum manis ka.
Patut la semua manis-manis. Lurvy pun cakap manis je org Melake.. ehehe.



Then hantar Aisya ke MRSM Terendak. Ujian UKKM.
2 j 30 minit. Tempoh agak lama dan tak leh stay dlm.kawasan sekolah. 
Jadi keluar lah kami berdua ke Cheng
Cari port nak lepak.. akhirnya ke McD.
Pekena kek pulakkk.




Manis lagi.. 
Tak leh buat selalu. Rugi riadah dan senaman kalau badan banyak menerima yang manis manis.


Bercakap pasal senaman semalam join oldboys futsal. Ok la result , DLLW.
Yang lain semua muda..12 tahun junior. Kira ok la team  kami. Wohaha.





Hari ni lenguh² badan. Amik masa nak recover. Setahun sekali berfutsal..camni lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...