Monday, 19 December 2022

Argentina tetap no.2 di hatiku

Assalamualaikum bloggers and readers..

Estatic!! Sheer enjoyment.

Hari ni antara hari2 yang best dan tergembira.
Setelah menunggu Argentina menjlang piala dunia buat kali seterusnya. Maka malam tadi tercapai untuk aku melihat team Argentina dan Messi khususnya, menjulang Piala Dunia.
Meminati pasukan Argentina sejak 1982, terutamanya ketika Deigo Maradona menggalas tanggungjawab mengetuai pasukan, dan memenanginya pada tahun 1986 di Mexico, kini barulah Argentina kembali menjadi juara.

Wow..what a game. Hebat perlawanan akhir. France "tidak bermain" selama 75 minit, ketinggalan 0-2, tiada percubaan kearah gol sebelum itu,
Bayangkan lah, betapa one-side-game jadinya. Pelik ketika France tak melawan.
Tetapi itu lah bola. Emosi macam roller coaster. Mbappe mencetak dua gol 10 minit terakhir.
Mengheret ke masa tambahan. 
Messi score dalam masa tambahan!
France membalasnya melalui penalti Mbappe.

Tak ke gila final ni.
Dalam bola memacam boleh berlaku dan macam macam itulah yang berlaku malam tadi.

Apapun sangat happy Argentina menang, Begitulah nasib penyokong Malaysia. Kena ada team yg disokong dek kerana kita belum mampu ke pusingan akhir piala dunia.
Manalah tahu kan.. Satu hari nanti  .

Argentina tetap no 2 di hati ku. Walaupun hebat. Walaupun world class.

Kerana aku aku yang no 1. MALAYSIA

1 comment:

  1. Kali ni entah kenapa saya tak nak Argentina menang.. Mungkin sebab asyik Messi.. Messi je disebut orang. Takpelah.. dah rezeki team dia kan.. Menang bergaya Argentina selepas kali terakhir pada tahun 1986 di Mexico. Congratulation to Argentina.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...