Friday, 29 April 2011
Dilemma...
Aku kini dalam dilemma, untuk apa aku menulis blog ni. ?? Terkadang aku keliru. Persoalannya, aku tulis blog ini sebagai untuk peringatan diri, catatan diri aku, diary aku ataupun untuk log kehidupan aku???Atau aku menulis blog ni untuk menarik perhatian org membaca... Tujuan asal untuk yang persoalan yg pertama tetapi kekadang kita nak juga org tau pasal kewujudan blog kita....
Oh ya kekadang aku berfikir apa yg org akan fikir bila membaca tulisan aku?? Aku tak sensisitifkah kepada reality sebenarnya atau aku sekadar meluahkan pandangan , tanpa pedulikan apa org nak kata??
Sepanjang aku meninjau dan melewati blog2 org aku melihat pelbagai jenis watak, perwatakan diri mereka yg mengundang pelbagai persoalan terhadap penulisan dan penulis blog masing. Tetapi sekadar itu sahaja kerana aku sentiasa tidak mahu membuat andaian/ atau tanggapan , jauh sekali untuk membuat judgement terhadap empunya.
Moto aku kalau nak komen komen terhadap idea dan penulisan dan bukan komen terhadap empunya. Challenge the IDEA and not the OWNER. Aku sekadar mencari ilmu utk hidup dan kehidupan. Mati dan kematian.
Bab kata pepatah aku “” tepuk dada Tanya akal, masakan yg baharu boleh sempurna”
Dan untuk ini aku akan terus membiarkan dilemma aku berterusan.
Thursday, 28 April 2011
Orang Melayu suka mengikut, terikut dan kena angkut????
Ok sebelum aku post entry yang aku rasa agak panas ni .( cewah) aku nak tanya sapa tau blog tu apa dia...dari mana asal nye...ooo semua tau kan..
Ala senang punya soalan lagi mau tanya??? yang tak tau jawapannya ada di bawah.
Senang saja maaaa..ala kita kawtim saja lorrr..cincai lorr... .boleh aa tokeyyy???
Ok,, nindia ... betitik tolak dari soalan-soalan poyo di atas,
yang ada "maaa"... "lorrr" dsbgnya..inilah entry aku:
____________________________________________________
Org Melayu suka meniru dan mengikut. ooppss ada yang tak setuju, bagus boleh bangkang, Tengok macam perbualan kat atas tu.Apasal kita ikut dialek Cina bila bercakap dgn org cina Malaysia?? Sebab 1Malaysia?? Aih sebelum ni 1Malaysia wujud pun dah macam tu..dlm citer P Ramlee rasanya dah gak kot...
Kalau dalam perkataan lain kita ni "accomadative".
Ok la macam tapi cuba bayang dialog ini:
" you jalan terus sana, sampai situ simpang aaaa,, u kona sama itu kanan... belakang kalu u nampak itu kuil aaa.... kemdian u nampak itu kedai mamak kan..sebelah dia jugak ada . Senang juga maaaaaaa"
( nota penulis: Ayat tu mungkin aku exxagerate, tapi harap korang semua dpat idea dan hujah aku)
Tak ka haru orng melayu cakap kat org india macam tu,, Nasib baik tak geleng kepala sekali. Mungkin unik perwatakan Melayu ni. Mungkin pengajian Melayu kat UM ke boleh buat kajian tentang ni.
Kenapa, kenapa, kenapa kita macam tu. Awat tak cakap bahasa Melayu seperti kita dok cakap dgn kawan kita. Tak kira la longat daerah ke apa, sekurang-kurang bahasa perbualan kita. Ni tidak kita pulak kena convert slang macam org Cina dan India cakap bahasa MElayu.. Ok dah bab bahasa..korang nak komen ke dipersilakan...
Ok ni bab artis la pulak.. Mungkin bukan zaman aku tapi isunya kenapa ikut cara org raikan artis depa? MAcam ni lah, nak minat tu memang boleh, lantaklah. Tapi awat nya buat poster macam budak-budak gedik kat US tuh.. ( mau blog aku ni kena pelangkung kata gediks, Sapa terasa sorry... sapa mau komen dipersilakan).
Banner berbagi bentuk pulak tu:::Marry me!! Marry us...!!! dan berbagai lagi... main tulis saja...syok nye ayat-ayat dia.. Tak pk ke masa tulis apa maksudnya. Atau suka mengikut??? Kan tajuk dia Melayu suka ikut.... Entah lah.
Lagi satu yg pi konsert yang tiket ratusan ringgit tu ramai gak org Melayu. Teruja la kannnn boleh pergi konsert.. (Eh boleh pi, ikut suka la,,, duit memasing.kata mereka)
Tapi cuba renung andaian aku ni. Pendapatan perkapita org Melayu mungkin separuh dari kaum lain, tapi yang sanggup spend kat hiburan maybe org melayu kot ramai.
Contoh pulak kat Pavillion yg dok beli barang kat butik ramai org bukan Melayu kot Tapi nak juga kita ke Pavillion,,, buat apa??? tengok wayang ..huh teruja tuh!!! Tu aja yang mampu..Nak tengok wayang boleh tapi nak hebat sangat tempatnya..
Ok2 aku banyak membebel pulak.. aku ada "disclaimer" lah.. Tak semua la nak hiburan semata.. Ramai Melayu ni banyak duit jugak.. Perbincangan aku ni secara ilmiah dan ingin mencetus pemikiran di kalangan khalayak.
Ni belum lagi tiru artis,, tiru fesyen...lagu
Ada jugak yg tak setuju kot dgn "statement" >>ramai Melayu suka terikut2, mengikut dan ramai jugak kena angkut....
Pesanan aku satu saja kalau nak beli barang ke aper ke dgn bukan Melayu apa salahnya ckp bahasa Melayu seperti kita dok ckp dgn kawan.. ( ekk..asal nak beli barang je dekat bukan Melayu)
Biarlah kita jgn mengikut tetapi jadilah sebagai contoh yg diikuti...
ok aku stop dulu..
Assalamualaikum,,,,,, maaf kalau terkasar bahasa, terusik minda, terguris jiwa...
p.s
Oh ya blog berasal dari Web Log. (Weblog)..maka jadilah "blog"
p.s II
Kawan aku ada kata: dah la Tanah Melayu tak dak, jadi Malaysia pastu jadi pulak 1Malaysia
Monday, 25 April 2011
Kedah kalah..dan bergaduh...apa?? gaduh????
pulak dahhhh!!!! kenapa yer.. Kalau bergaduh berpunca dari kedah, tu taraf kedah E la...
mana boleh,,main bola main dah ler... gaduh2 tak pro la beb...walau pun negeri aku...
Aih ..hampa ni tak boleh kalah ker..kalau gaduh menang ok la..ni kalah dgn budak2 muda lak tu..wat malu beb..
apa pun main dgn semangat kesukanan...winning is not everything..."""
Aku terjumpa kat sini
Sunday, 24 April 2011
Photo collection : Alam Impian , Outdoor to Indoor
Tapi kekedang emosi tu tu kena letak sebelah. Yang penting objektifnya....
Oh ya...kalu pergi situ yang seronoknya anak2 yang nak pergi tasik... Nak main skate board..ODw ke rumah singgah tasik dulu.
Jadi aku pun mengambil kesempatan untuk buat outdoor shooting.
Tapi punya la payah. Banyak kekangan nak amik photo kanak kanak ni.. Tak duduk diam.. nak nak abah sendiri yg jadi photographer..
dah lama mentari makin meninggi.. Dan aku tau masa ni bukan optimal untuk berfoto di luar.. Ketinggian matahari menyebabkan banyak bayang....dan aku pun berpeluh-peluh. apa pun hentam je lah labu. Lagi pun,,,Aku dah siap tripod, reflector DIY... maka percubaan dan latihan diteruskan....
Macam exposure terlebih nih..tapi ok jugak
Mengenai aku dan blog...
Tepat 1.00 pagi. Tadi aku post satu photo sekadar menghilangkan keboringan kat Luguk ( oh ya Luguk adalh blog aku satu lagi) . Kemudian aku rasa nak tidor.. Lately memanjang aku tido kat depan tv.
Dan selalunya TV tengok aku. Sebab apa, sebab aku malas nak angkat anak2 masuk bilik...so dengan aku2 tido kat bawah. Lurvy complain pulak...
Ok, sebenarnya aku nak hampir nak shut-down laptop ni. Tetiba teringat nak check sejak bila aku on blog ni. Ah‘a ye aku pun tak pasti sbb ianya bukanlah satu tarikh yang penting untuk aku ingat. Banyak lagi benda yg aku rasa aku perlu ingat esp birthday sebanyak-banyak. Ramai tau...
So aku pun back to past , tengok balik first posting.. Tarikh nya 26/4/2010.. huh hampir satu tahun blog ni wujud, punya lah lama. Masa tu ianya sekadar diary je kot..suka2. Hanya 3 posting("entry") dalam bulan April 2010, kemudian May sebanyak 6 "entry"..
Selepas tu melangkau hingga bulan October, itupun 1 entry. Yang aku mula galak (boleh ke guna galak) menulis dalam bulan November dan Disember. Masing2 19 dan 26 "entry".
Total 2010 hanyalah 55 "entry" sahaja....Tahun ini saja baru bulan April dah 127 entry.
Apapun hampir setahun blog aku diputerakan.. Tapi aku rasa aku aktif berblog baru 6 bulan kot... sejak November lepas... aku tak tau kenapa turning point aku minat blog ni......
Dan masalahnya time2 macm ni aku baru boleh menulis..huh 1.30 pagi dah..... i need to sleep..!!!!
JUmpa lagi posting seterusnya....
Saturday, 23 April 2011
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011
Poster dari PNB website. Sila click poster untuk maklumat lanjut
Org Tambun ke. Cemor ke Kuale Kangsor ke.. moh kiter....
Jgn bako le pulak yerr......
Gym, Maju Highway dan Follower.
Pergi ke gym lagi sekali, dah siap2 dengan beg yang lengkap. Anak letak reket dia orang sekali. Kah kah sampai 4 batang raket. Macam apa jer. Patut la berat. Kira kalini siap satu persalinan la.. Jadi berjaya meningkat prestasi spt yg diinginkan. Jarak 2,5 km.. ok la tu kan, kalau 10% improve baru 2.2km.. ni dah 25%. ..
satu beg penuh....
memang screen treadmill ni blur..ada plastik aper taktau
Maju Highway..
Korang tau kan Maju highway ( ke Expressway tah) kat mana? Dengan adanya Maju ni senang sikit aku sampai destinasi ke tempat kerja. DUlu ada satu saja laluan Smarttag (ST). Sampaikan lorong “Touch n Go” dan tunai macam lagi laju saja. Lepas tu dipasang nya dua lorong ST. So sepaptutnya macam la kot sbb ramai dah ada ST. Tapi hari Selasa baru ni, satu lorong ST sudah rosak. Memang bahana kalau satu lorong saja gagal memang haru biru kat pondok tol Salak Selatan tu. Bagi aku memang biasa la rosak, benda ciptaan manusia mana ada perfect. Hari rabu tak baiki lagi... ok..
Hari Khamis pun sama. Uik dah 3 hari tak dibaiki. Spare part import Jepun ka?? Sbb tsunami tak -- boleh produce..? Mcm mana ni.. Pondok toll huru- hara jugak.
Hari Jumaat pun sama...La, dah 4 hari ST down. Tak boleh baiki-baiki lagi. Nak kata apa lagi, tulis blog je lah.. Sbb agak melebihi had la kot.
Tapi sambil lalu aku sempat sound ” macam mana ni dah 4 hari.. dengar tengah apply Sirim ISO (9001 :2008).??
Boleh lepas ke ISO ni.. kalau lepas jugak tak tau ler....
Sesak!!..
Follower.
Dah seratus lebih. Tak perasan dah sampai jumlah ni. Yg mendadaknya 2 3 hari ni. So thanks kerana sudi follow dan kalau berfaedah boleh dikongsi bersama. Kalau yang kureng menarik tu lupakan je. Jgn serik untuk meninjau kat sini lagi.. Thanks all......
Wednesday, 20 April 2011
Alhamdulillah, dah dapat RM5,000.
Apa sebenarnya ye nih.. Korang konfius? Maaf yer. Kalau tak mau baca pun tak per. Diingatkan, ni pasal derma tau. Kalau nak baca teruskan, kalau tak nak pun tak pa….
(Nota: Yang RM5,000 tu dah sampai sasarannya.. aku bagi melalui abg aku,, aku suruh ckp ada org kl bagi. )
Mukadimahnya:>
Aku budak kampung , masa budak la 30 tahun dulu, sekarang dah bukan budak lagi, jgn silap,, dah beranak pinak pun. Tapi kan ... aku tetap org kampung.
Kampung aku ada satu surau. Surau papan…
Yelah kan takkan dua tiga surau pula. Surau tu memang uzur lagi daif, tapi cukup untuk memenuhi keperluan kampung aku la. Tapi kalau ramai-ramai balik kampong masa raya takut juga kot-kot terbolos. Tapi kalau meninggal pun masa solat, ok apa..
Ni gambar dia… surau tempat aku mula mengaji sampai lah la ni, ada improve sikit ja
inilah surau..yang tingkat atas tu.. yang bawah tu rumah org, tuan punya yg wakafkan untuk surau..depan tanah kosong tu tapak surau baru..
ni pandangan sisi
Oh cerita ni ker..?… kalau korang tanak baca pun tak apa,,, yg nak baca teruskan ok..
Masih membaca… ok k..ni bukan about BE or wat ever.. Aku promise dgn diri aku setelah berjaya kumpul dan sedekahkan RM5000, aku nak teruskan dengan idea ni… idea yg aku buat sekarang
Janji aku...
Janji aku, kalaulah org nak derma//sedekah kat surau tersebut aku doublekan jumlah kutipan tersebut dan sama-sama kita sedekahkan. Kira macam top up la. Maaf yer, bukan niat nak riak ke apa. Ini juz nak tumpang sedekah lagi. Tu aja.
Masih membaca? Ni pasal sedekah jariah ni. Masih minat. Ok k.,Nampaknya anda ingin membaca dan ingin menderma..Alhamdulillah.
Sebenarnya aku tak pernah buat macam ni. Nak minta derma Jogathon ke Bacathon sekolah anak2 aku pun kadang-kadang sangat aku bawa pi ofis. Boleh di kira la.
Tapi bab surau ni aku nak cuba jugak cara ni… tak kira.Mungkin tak pernah dibuat org cara mintak sedekah macam ni..
Kita digress sikit ye…,
Kampung aku memang daif. Ye la kat ceruk mana hala kat Kedah tu. Kalau nak cerita pasal tempat tumpah darah memang banyak kan. Korang pun banyak cerita. Kalau aku kata “ ce citer, ce citer” memang tak habis kan.
So nanti la aku karang cerita aku dan kampung kalau masa mengizinkan.. Oh jauh menyimpang ni..
Masa aku kecik2 aku berazam 2 benda untuk sumbangan aku kat kampong aku. Aku nak buat surau dan nak buat jalan tar. Lawak tak pasal jalan tu. Ada ka aku nak buat jalan.Memang dari kecik jalan kampung aku teruk sangat. Bila aku sampai pekan naik moto ayah aku aku tengok jalan elok aja.. Jadi sbg budak kecik, aku geram dan berazam la nak buat jalan. hahahaha..
Mcm tak dak kerajaan.. Ada kerajaan, tapi jalan kg aku diturap tar pada tahun 2007. Terkejut aku bila balik kampong.. ye lah setelah 50 merdeka baru dapat jalan tar.. 50 tahun tu bro..!!!!Sikit lagi jalan tu masuk muzium..sib baik di tar kan..
Huh menyimpang lagi.. ok ok bab surau semula…
Macam ni , kalau korang nak derma dgn satu syarat. Eh ada syarat pulak. Syarat nya kena masuk akaun aku dan jumlah mestilah berakhir dgn sebelas sen..contohnya RM1.11 sen. 3.11 sen gitu. Betul, sumpah, sen-sen aku terima, tak tipu punya.Eh kenapa pulak aku nak tolak , bukan untuk aku..
Ni kalau korang ada akaun maybank la…sebab sen sen senang aku nak monitor. Tau lah yg tu derma/sedekah dari blogger sini…
Susah ke syarat tu?…arghhh kalau susah, ikut suka korang nak masuk berapa amount sbb aku dah kosongkan akaun aku....jadi sen sen pun diterima. Bukan lah selalu duit masuk dalam akaun aku. Mcm lah aku tak leh beza kan..cuma kalaulah esok lusa aku telah tiada..huhuhu
Apa salahnya lunch hari ni dari beli MCD set 10.90 tu ditukar ke nasi ayam ke RM5-RM6,.. balance dia sedekah la. Eh pandai lak aku mengajar..
Eh korang masih baca ke ni???? Entah-enatah tak der sapa teruskan bacaan dah..
Anyway aku terus type jugak…
Ni part yang last ok sikit ja lagi… Aku promise aku akan doublekan jumlah kutipan dan sedekahkan kepada surau tersebut. Tapi jumlah aku nak doublekan ada limit la…cuak jugak kalau tetiba RM ratus ribu masuk. Tak perlu aku bgtau kan jumlah aku nak double kan. Nanti bila aku dapat aku kutip aku cerita lagi berapa banyak aku nak sedekah.Entahlah macam pelik pulak ye aku announce jumlah aku sedekah. Tak pe lah di macam cabaran kat diri aku la.. tapi kan.. Kena ada limit la jumlah aku, suspen jugak walaupun aku rasa tak ramai yg teruskan bacaan…
Eh, boleh ke aku dapat collect cara ni. Bukan riak kan,, tak tak !!!!
Entah la aku cuma mencuba, dan bukan untuk diri aku… sapa yang kenal aku tau lah...
p.s
korang nak tau sbb apa hujung dia RM x.11?? kalaulah ada org masukkan...
Sebab, senang kalau duit tu dok masuk kalau aku telah tiada,.. (insafkan…kan kan) .Betul ni, manalah tahu kan,.. kena beringat beb.
Dan sedekah tu dok terus masuk pulak dalam akaun aku. Tahu lah Lurvy atau sahabat aku yg baca ni boleh channel kan duit tu kat mana tempat sepatutnya. Sebab sah-sah bukan duit aku.
Ni gambar progress terkini… masih sempat lagi kalau nak hulur sedekah… banyak lagi perlu duit tu.
(progress macam ni setelah dekat 3 tahun kotttt..entah , aku pun tak ingat sbb agak lama)
p.s 2..
my Maybank account no: 5140-5705-1891 Norizan Saleh
Terkini: Kedah 1 Harimau Muda A 0
So result terkini : KEDAH 1 Harimau Muda A 0
Tuesday, 19 April 2011
Chup cepat cepat !!
!!!Cepat-cepat!!! Cepat chup nama yg korang nak jadikan email address korang..
Tapi macam mana mekanisme nye .. Atau atomatik kerajaan akan assign mengikut kesukaannya.Atau kena masuk tender macam nombor kereta..
Kena tunggulah ye..
Terkini: Kerajaan akan sediakan satu email address untuk semua penduduk Malaysia. Jadi senang lah kerajaan untuk menghantar notis atau apa – apa yang berkaitan. Harap- harap jgn lah digunakan untuk hantar saman ekor sudahlah. Jadi kalau boleh reserve email address kan bagus. Tapi jgn jadi sasaran spam sudah……..
Untuk mengetahui selanjutnya sila baca disini…
Petikan dari StarOnline:
Official email account for each Malaysian adult
Initiative is to allow direct and secure communication between the public and the Government
PUTRAJAYA: All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government.
The initiative would allow direct and secure communication between the public and the Government, said Tricubes Bhd chief executive officer Khairun Zainal Mokhtar.
Tricubes Bhd is the company developing the 1Malaysia Email project in collaboration with Microsoft.
Khairun said Tricubes Bhd would also spearhead the development of a web portal which would include social networking services, online bill checking and payments.
Monday, 18 April 2011
Kredit kad, beg koyak dan "gym"
Sunday, 17 April 2011
Photo: Kami letih...
#semua begitu keletihan setelah tiga hari bertungkus lumus menjaga kounter tiket sehingga penonton berjumlah lebih kurang 167,000. Nampak sangat mereka terjelepuk kat atas jalan.
#Ada yg tersandar.. ada yg terlungkup muka, masing2 begitu letih...
#dalam pic ni pun nampak beratur letih dgn elok dan tertib saja....nice..!!!
Saturday, 16 April 2011
Aku masak chilli Crab pulakkkk ( with photo)
Then ajak lurvy pg pasar.. Sampai2 saja ternampak ketam. Tak termasuk senarai mulanya.
then beli ikan dan sayur, aku g beli ayam.. Then aku kona beli daging then singgah beli ketam...hahahahhaa.... aku kalau pergi pasar ngan Lurvy memang beli tak hengat,, tu yang dia nak pergi sama dgn aku... Ok apa family besar kan,, dari pegi shopping kompleks membeli tak hengat lagi problem..
Keluar dari pasar lagi aku dah plan nak masak Singapore chilli crab. Tapi kalau aku mesti modified resepi punya..Jadi lah Puchong Chilli Crab yang terkenal tu. Balik pasar aku sound Lurvy aku nak masak today. Dia basuh ikan and ayam dll.. Lama jugak.
Then aku take over dgn satu pesanan dari Lurvy.. " Lepas masak kemas balik" Alah takat nak kemas..... Dia tak tau penangan masakan aku lagi...hehehe Ni hasilnya..yang penting dapat Tumb-up dari semua.. Jum layan picta
dah nak masak
Siappp!
Hasil tangan aku.... sedap? kalau tanya aku mestilah sedapppppp
Friday, 15 April 2011
Photo collection: 2011 F1 , again?
Bagi diaorg la pk? sama diaorg tu ye ..BN ke PR? kuang3
Thursday, 14 April 2011
F1 : Pitstop Action
Wednesday, 13 April 2011
Latest: MU 2 Chelsea 1
Tuesday, 12 April 2011
...dan nama serta komen aku keluar radio
IT sounds like my name.
IT sound like my comment.
IT sounds like at the same time/timing...
BUT it not necessarily ME!!!
Hahahahahahahaa
p.s sebenarnya aku memang suka dengar siaran BERNAMA RADIO 24......
Satu Malaya kecoh tadi...rupa-rupanya...
Aku komen spt no 1 kat atas. Dijawab.
then aku komen lagi pasal pengadu..@ no 2.
korang nilai lah tahap kecerdikan mereka yg mewatakkan drama ..
1. Samada wartawan dengar betul2 atau tak. Awat tak check dgn restoran..????
2. Pelapor tau tau kira ke tak???? kalau tak tau apa beza 50 ka, 350 ka, atau 13,000 , kenapa bising-bising... sama saja nombornya...
korang pikirlah sendiri........
Aku dah agak dah...memang patut pun RM13,000
Pelanggan Akui Jamuan Patin RM13,000 Berpatutan
TEMERLOH, 12 April (Bernama) -- Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, Selasa mengakui... harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.
"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ianya memang mahal," katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.
Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong-- BERNAMA