Kali terakhir daki Broga..
Memang benar aku tak akan mendaki Broga lagi.. Itulah kali
terakhir. Tadi ..pukul 8 pagi ..
Syok tengok dua beradik berborak |
Peneman yang aktif |
Balik dari Broga aku terus ke hospital buat Physioterhapy.
Tangan aku masih lagi tak baik. Punya lah kena pulas dan diurut, ditekan-tekan
bahu aku.
Telah berbulan stop main badminton dan squash. Doktor suruh rehat lagi 6 minggu. Dia beri last warning yang terakhir last week. 6 minggu. Yeazza , maknanya minggu ni tinggal lagi 5 minggu. Pergh membilang hari tu..
Telah berbulan stop main badminton dan squash. Doktor suruh rehat lagi 6 minggu. Dia beri last warning yang terakhir last week. 6 minggu. Yeazza , maknanya minggu ni tinggal lagi 5 minggu. Pergh membilang hari tu..
Berbalik
kepada Broga.
Memang tak mau panjat dah..sebabnya:
Ramai
orang. Sampah banyak
Dengan ramai orang, dengan
sekarang dikenakan caj.
Atas tu sampah dibuang. Banyak sampah terutama botol botol air.
Atas tu sampah dibuang. Banyak sampah terutama botol botol air.
Sudah dikenakan caj?
Oh ya caj seringgit sorang
pendaki juga dikenakan sekarang ini. Ramai mengeluh . Entah tetiba ada tol kata
sukarelawan. Sebabnya ada org beli tanah sedikit yang menjadi laluan pendakian.
Singgit ja bro.. haiyaa. Kalau aku sefamily.
Entah dia hak dan kebenaran sapa
la pulak.
End of 2016
Riadah aku lately hanya dengan
mendaki, sebab tangan injured.
Berakhir tahun 2016 dengan sakit dan sakit. Tak
pernah2 MC tahun ni tetiba kena denggi. Bukan nak mendabik dada tak MC, semua
tu anugerah Allah.
Tetapi kalau tak sakit taklah
kita akan merasai nikmat sihat. Maka aku diuji ( sebab Allah sayang hambaNya)
dengan demam denggi.
Bak kata Shamsul “
Kau ingat kau siapa?”. Terus MC berhari hari!!
Tiada yang boleh merancang
sebaik-baik Allah. Maka hujung-hujung tahun aku sakit muscle tangan . Kena MRI
dan kena jumpa physioteraphist. Udayai dia rengkuh tangan macam betulkan wayar
yang bereselirat agaknya.
Mana tempat dia sentuh aku
sakit. Sakit bukan kepalang oiiii. Aku tahan je sakit tu , lagi dia kuatkan
lagi. Terangkat terangkat juga kaki.
Ingat aku tak sakit kot.
Terfikir juga dalam
hati, Adakah aku perlu menjerit baru dia tahu aku sakit? Tahan je lah. Aku memang camtu, tak tunjuk
emosi walaupun nak menitik air mata menahan kesakitan.
Denggi 10 hari aku cuti. Kesan
masih terasa. Badan masih lemah. So nak kembalikan fitness cara mudah, hiking
Broga.
Dan memang aku takkan daki
Gunung Broga lagi TAHUN 2016 ini. Akan diteruskan lagi masa depan 2017. Kalau umur panjang..
Orang sangat ramai?
Memang best kalau orang ramai.. lagi la meriah. Membuat anak2 bersemangat.
Caj?
Mana ada free dah zaman materialistic
ni kan. Kena la bayar. Parking dan caj masuk. Semua orang nak niaga juga. So
kena hadapi lah.
Dikala entry ini ditaip pun
dapat message minyak naik 15sen seliter untuk ron95. So inilah dunia kita hidup zaman la ni.
Banyak sampah.?
Boleh la. Tapi mentality rakyat Malaysia
akan berubah. Seyesly ada hope di sini. Hari tu aku tengok ada 2 orang dok
kutip sampah bawa turun.
Tadi aku pun buat.. setakat muat
beg galas kecik aku.N nanti aku harap orang lain terutama anak2 aku pun ikut
aku buat . Orang lain tu maksud aku budak budak muda yang buang botol depa
sebelah aku!!!
Kesimpulan > MEMANG KALI
TERAKHIR AKU PANJAT BROGA DAN TAKKAN PANJAT LAGI DAH..untuk tahun 2016. Last tahun ni sebab nanti dah masuk 2017.. wohahaha
Physio tu memang dah buat
appointment. Outward rotation bahu dan lengan aku yang terhad dan stiff muscle buat kan pergerakan
aku ada sedikit masalah...dan kena lupakan badminton dan squash untuk beberapa waktu.
..... Kena sabar, kan separuh dari imannn
Jumpa lagi di tahun 2017.