Saturday, 30 June 2018

Jade Restaurant Hotel Perdana Kota Bharu







Assalamualaikum bloggers and readers..

Melihatkan harga di menu, tempat ni memang terbaekk, dari segi kesedapan dan harga. Kami ambil set C untuk 6 orang, makanan memang mencukupi dan yummy..

Tuesday, 26 June 2018

Kota Bharu Kelantan makan di mana? Nasi Ulam Cikgu.

Assalamualaikum bloggers and readers..  

When was here, enjoy ikan keli rangup the most!

Yummy...



Selfie sipi 26.6.18


Makan time. Kena amik photo..selfie je la. Boleh join sekali..

Monday, 25 June 2018

Ke Hotel Perdana

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni ke Kota Bharu lagi.


Take off tadi hujan renyai renyai. Turbulence dlm flight boleh tahan,hampir terlambung dari kerusi. Rasanya inilah flight yang aku pernah alami yg goyangannya paling kuat. Cemas gak.

Apapun Alhamdulillah, safely landed, juga dlm hujan. Sampai hotel dalam pukul 10.15pm. Kelaparan sangat, so late dinner dengan nasi kerabu




Nasi kerabunya memang terbaik. Cubalah ye,  di Hotel Perdana KB 

Desertnya pulak..pulut mangga.nice.

Makan sambil layan World Cup, Jepun v Senegal.
Oh team aku Argentina, yang aku sokong sudah nyawa nyawa ikan. Taktau lah mcm mana kali ini. Harap boleh beat Nigeria dan layak ke pusingan seterusnya.


Then check in dan terus sambung layan game bola.




Wednesday, 20 June 2018

Selamat Hari raya.. family photo 2018

Assalamualaikum bloggers and readers..

SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, 15 June 2018

Jadual Piala Dunia Russia 2018 Siaran Langsung RTM

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebagai seorang peminat bola sekali lagi blog ini paparkan jadual Piala Dunia ( World Cup) siaran langsung tv, terutamanya siaran langsung di RTM. Ya lah mana tahu beraya nanti sambi-sambil ziarah boleh jeling-jeling tengok bola juga. Tapi jangan terlampau asyik sampai tak bersembang dan bermesra di hari raya.

Jadual Piala Dunia Russia 2018 Siaran Langsung RTM





Thursday, 14 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum bloggers and readers..

Dikesempatan ini emounya diri ingin memohon ampun , maaf zahir dan batin.

Semoga kita dapat bergembira disamping yang tersayang pada tika dan saat bermakna di hari raya.

Juga kita seharusnya terus memohon agar kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun tahun yang mendatang..

Semoga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan ini dan tetapkan hati kita ke arah yang lebih baik dan bermakna.

Bagi sahabat-sahabat yang bergerak dan memandu ke kampung halaman di mana jua , semoga selamat sampai dan kembali selapas cuti nanti.

SALAM AIDIL FITRI 
 MAAF ZAHIR DAN BATIN


Friday, 8 June 2018

Apa khabar?



Apa khabar Malaysiaku yang baharu?
Apa khabar Tun M?
Apakah tidak pernah lelah membaiki apa yang berlaku?
Moga pimpinanmu dipimpin yang Maha Bijaksana

Apa khabar Dato Seri Najib?
Masih betah dalam suasana yang bernanah..
Meratapi apa yang telah terjadi..
termangu dengan keputusan marhaen..
Atau masih menafikan apa telah diputus?
Aku menunggu keakhirannya kerana masa masih panjang..
Moga diadili dengan arif dan keputusan bagi yang benar..

Apa khabar ibu ibu?
Sudahkan persiapkan diri dan anak2 untuk masa depan mereka?

Apa khabar guru-guru?
Jerih perit lelahmu pasti akan diganjari

Apa khabar para isteri?
berpisat-pisat matamu meyiapkan seisi keluarga
Yakinlah setiap baktimu akan diberkati...

Apa khabar para suami?
Sudah mengimamkan keluargamu hari ini dan seterusnya

Apa khabar si tunangan ?
Betahkah kamu meniti hari yang dirindui

Apa khabar  boss boss?
jalankan amanah dengan beramanah..

Apa khabar para imam?
Terdidikkah makmum di usai hari?

Apa khabar pemandu lori?
Sepi, walau jalananmu hingar bingar..
Setiap detik, berkilometer keluargamu kau tinggalkan
jangan pernah risaudalam keikhlasan.
Allah sentiasa dekat dengan mu

Apa khabar menteri baru?
Huh.. tanggungjawab kalian makin berat?
Cuma jangan hanya menoleh kebelakang.(dan memberikan gambaran kelam)
Pimpinlah Malaysia dengan kemas kemasa depan

Apa khabar sahabat?
Apakah kita saling peringatkan?
Atau sesuka hati menyiarkan, tanpa pertanyaan khabar?
Tanpa menyelidik betul atau benar?

Apakhabar pendosa? 
Ingatlah..
Tidak pernah tertutup jalan kebenaran.
Kerana dia Maha Pengampun

Apa khabar diriku? Yang juga pendosa..
jangan terlalu bertanya khabarkan orang lain.. tanpa perlu..
Tanya diri sendiri!!
Dimanakah tahap ketika ini. 
Tahap dalam kehidupan .
Tahap jika ianya adalah pengakhiran

Jangan pernah penat bermuhasabah
jangan pernah penat beristiqamah.
Jangan sesal tanpa perubahan.

Apakhabar diriku? Di sisiMu ...
Aku mohon keampunan
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun


Allahumma
Innaka 
'afuwwun

Tuhibbul
'afwa
Fa' Fu 'anni

Friday, 1 June 2018

Jadual PIALA DUNIA 2018 WAKTU MALAYSIA

Assalamualaikum bloggers and readers..
Disiarkan jadual perlawanan Piala Dunia 2018 Russia.






Russia World cup 2018 Schedule (Malaysia Time)









 


01-07-2018     02:00 AMMatch 49Group A(W) vs Group B(R)Fisht Olympic Stadium, Sochi
30-06-2018     10:00 PMMatch 50Group C(W) vs Group D(R)Kazan Arena, Kazan
01-07-2018     10:00 PMMatch 51Group B(W) vs Group A(R)Luzhniki Stadium, Moscow
02-07-2018     02:00 AMMatch 52Group D(W) vs Group C(R)Strelka Stadium, Nizhny Novgorod
02-07-2018     03:00 AMMatch 53Group E(W) vs Group F(R)Cosmos Arena, Samara
03-07-2018     02:00 AMMatch 54Group G(W) vs Group H(R)Levberdon Arena, Rostov-on-Don
03-07-2018     10:00 PMMatch 55Group F(W) vs Group E(R)Zenit Arena, Saint Petersburg
04-07-2018     02:00 AMMatch 56Group H(W) vs Group G(R)Spartak Stadium, Moscow
06-07-2018     10:00 PMMatch 57Quarter-Final 1Strelka Stadium, Nizhny Novgorod
07-07-2018     02:00 AMMatch 58Quarter-Final 2Kazan Arena, Kazan
08-07-2018     02:00 AMMatch 59Quarter-Final 3Fisht Olympic Stadium, Sochi
07-07-2018     03:00 AMMatch 60Quarter-Final 4Cosmos Arena, Samara
11-07-2018     02:00 AMMatch 61Semi-Final 1Zenit Arena, Saint Petersburg
12-07-2018     02:00 AMMatch 62Semi-Final 2Luzhniki Stadium, Moscow
14-07-2018     10:00 PMMatch 63Third Place MatchZenit Arena, Saint Petersburg
15-07-2018     11:00 PMMatch 64FinalLuzhniki Stadium, Moscow

Jajaran KL-Seremban, Salak Expresway bebas tol (mulai 1 Jun). DI manakah Salak Expressway ni?

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) baru saja mengumumkan bahawa bermula jam 12.01 tengah malam 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran tol dikutip bagi Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Sungai Besi kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway/Salak Expressway ini kodnya adalah E 37. Jalannya pula bermula dari berhampiran Lapangan Terbang Sg Besi hingga ke Tol Sg Besi. Kadar yang dikenakan bagi laluan ini adalah antara RM0.40 hingga RM1.70. Ramai yang mungkin tidak tahu bayaran ini dikenakan sebab ia dicampur sekali dengan bayaran tol bagi sesiapa yang melalui Plaza Tol Sg Besi.
Ini bermakna, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara RM0.40 hingga RM1.70, bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.


Maklumat berikut dari fb ..ianya seperti ysng aku paham juga.. rupanya ada caj yg tersirat yg kita tak tahu atau tak ambil tahu.
÷÷÷÷=====÷÷÷÷÷÷=====÷÷÷÷÷

Salam semua.. ni nak bagi penjelasan sikit berkenaan pemansuhan tol Metramac..

Lebuhraya Metramac adalah dari depan Nouvele Hotel selepas tol Sg.Besi hingga ke depan TUDM sebelum susur jalan Istana dan sebahagian jalan Salak menghala ke Mid Valey. 

Tiada pondok tol bagi laluan2 ini.. walaubagaimanapun kutipan tol untuk laluan ini dikutip dgn kerjasama Plus di Plaza Tol Sg.Besi.

Kadar tol bagi laluan ini adalah seperti berikut: 
Kelas 1 = RM0.80
Kelas 2 = RM1.20
Kelas 3 = RM1.70
Kelas 4 Teksi = RM0.40

Selaras dengan penamatan tempoh konsesi bagi Lebuhraya Metramac kutipan tol bagi laluan ini juga telah dimansuhkan. 

Contoh:
Bagi kelas 1 Dari plaza tol kajang ke sg.besi
Sebelum adalah dicaj RM1.80
Selepas pemansuhan harga baru RM1.00

Bagi kelas 1 dari UPM ke sg.besi
Sebelum adalah dicaj RM1.60
Selepas pemansuhan harga baru RM0.80

Pengguna akan mendapat kadar baru ini sekiranya pengguna masuk dari mana2 plaza tol yg terdapat di Lebuhraya PLUS dan keluar di Plaza Tol Sg.Besi atau;
Masuk dari Plaza Tol Sg.Besi dan keluar dimana2 plaza tol PLUS yg lain.

Kenyataan media yang pihak LLM keluarkan sebelum ini adalah benar dan mungkin terdapat sedikit kekeliruan kepada pengguna bila dinyatakan pemansuhan secara peratusan dan julat harga yg dimansuhkan. 

Sekiranya pengguna masih keliru berkenaan perkara ini pengguna boleh terus menghubungi pihak LLM atau pun pihak PLUS bagi mendapatkan penjelasan.

 saya sharekan post ini agar kekeliruan ini dapat diatasi dan difahami oleh semua pengguna selaras dengan pemansuhan serta penamatan perjanjian konsesi Lebuhraya Metramac pada 31 Mei 2018.

Terima Kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...