Maka berkunjunglah kami ke Legoland baru baru ini sempena hari keluarga.
Sememangnya tempat untuk hiburan kanak-kanak dan yang berjiwa keanak-anakan.
Di sini aku nak kongsilah pengalaman kesana.
Memang teruja sementelah sekian lama merancang untuk ke Taman Tema betaraf dunia ni.
Lagipun taman tema ni terletak di bumi Malaysia. Tak susah-susah untuk berkunjung ke nagara lain seperti ke Disneyland dan sebagainya.
Sesuai dengan gahnya taman tema ini yang berasaskan permainan Lego, segalanya terancang dengan rapi walaupun aku rasa ada aspek yang perlu ditingkatkan.
Di pintu masuk |
Aisya bermain dan cuba mendapatkan lesen Lego. Tapi nak tunggu punya lah lama
. Tambahan pula musim sekarang ni panas.. BAwalah topi dan payung untuk perlindungan anak2.
Dan abangnya pula .... menaiki kereta..Ini adalah permianan yang pertama kalau menuju ke arah kanan selepas pintu masuk
Aisya bergambar dalam jaws
Yasmin and mummy |
Di mini land ke mini world..tak pasti nama sebenarnya
Antara survinuer.. dan harganya tak murah...Key chin kat atas tu bermula RM25 keatas
Yang lelakinya aku suruh pepandailah main apa yang nak.. Nak balik baru jumpa diorang ni
TIPS
Oh ya , tips untuk anda kalau nak pergi..
Timing tu ikutlah smana yang sesuai dengan cuti atau rancangan anda sebenarnya..
kalau cuti sekolah tu memang tersangat ramai.
Nak beratur satu game sampai 45 minit...mainnya hemmm satu minit.. kalau roller coasterlah..
kalau bot tu lama la sikit main nya..
tapi tunggu tetap 30 minit ke atas.
Apapun mungkin lah elok kalau anda masuk waktu petang..macam pukul 3 ke..sebab semua org akan datang awal pagi..so makin petang makin susut orangnya.
dan cuaca makin teduh dan sejuk. berbanding masuk pagi yang terpaksa melewati teriknya tengah hari.
Masa operasi 10 hingga 8 mlm..
Waktu lewat patang memang clear dan anda sempat menghabis permainan dengan tenang.
Sebelum tu pergi JPO dulu..:)
Mungkin boleh improve benda ni kot:
1.Banyakkan tempat teduhan
2. sediakan water-cooler station ( Macam Universal Studio Singapore), sebab cuaca kita ni panasss