Wednesday, 30 September 2015

Hakikat menerima keputusan.

Assalamualaikum bloggers and readers..


1.Ok lah direct to the point..
Macam main monopoly pulak ye..syok-syok beli banglo beli tanah..
tetiba salah langkah --->> Straight to jail you go!

2.Itulah yang berlaku mutakhir ini. Tak lah straight macam tu dalam kes ini. Pelbagai proses dia lalui dengan rebahnya semasa jogging pun ada. Kalau sapa folo perkembangan dia lah. Punyalah lama kes berlangsung. "A delayed justice is injustice"

3."Injustice" kepada sesiapa tu terpulanglah. Sesuatu itu terpulang pada sudut pandang memasing. Penyokong sana/sini kata kesian, teraniaya dll. Satu lagi tanya " awat 12 bulan sahaja."? Ada juga alasan utk pempersoalkan. Memasing ada pendapat. Free country katakan.

4. Apapun hukuman telah dijatuhkan. proses mahkamah dah putuskan. Terima tak terima kena terima. Belajarlah bersimpati, sbg manusia, belajar lah menerima hakikat. Imbangkan yang mana terbaik.

5. Kalau mahu keputusan kita (walau sekecil mana keputusan tu) dihormati, Kita kena hormati keputusan org berotoriti dalam bidang memasing memberi keputusan meraka. Life is simple,senang. tak perlu jadikan ia lebih komplikasi.

6.  (p.s  Tulis blog lagi senang,,,woahahahahaha.)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Paparan foto kali ni:


Kerbau mati ( disembelih,org makan kenduri)  meninggal kan gigi..
Manusia mati meninggalkan nama, legasi, sejarah,sumbangan, ilmu dll,
Biar mati dalam masjid, jangan mati dalam penjara


Jom.. benda simple tapi besar maknanya ( No 1)

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jom kita buat benda-benda cenggini, Aku nak share 100 tips dan tip-tip mudah sangat

 Sebagai permulaan..Ni tip no 1. Senang saja nak buat dan simple, 
boleh adjust dengan keadaan semasa. 

Mungkin kita tak sedar tapi  walaupun ianya sekadar benda2 yang kecil boleh menggembirakan sahabat, kawan sedara dan juga hati kita..


1. Call an old friend, just to say hi.

   *kawan kawan yang pernah ketawa, menakal , menangis, belajar sama-sama namun terpisah dek masa. Ada kan nombor memasing.??..apa kata kita  call ke wassap ke message ke.. bukan sekadar wassap grupchat tapi pm directly. besar makna nya oo

  *  Ucap birthday pun molek kalau kita mesej secara peribadi daripada "copypaste" ucapan yg dikarang oleh grup member yang lain


Sekadar hiasan.. pHoto ketika di kampung tempohari.

Tuesday, 29 September 2015

Photo: Suasana kampung sempena percutian AidilAdha

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kampung ku
Jauh dari hiruk pikuk kota.
Tenang dan damai seadanya
Kenangan dan memori ku bawa kemana jua.
Mendepani kelabu, kontang ..asap kota.

Betapa beza langit di sana di kala kini..
Jikalau tiada musibah masakan dirasa nikmatNya
Yang banyak.. tiada terdepang tangan mengukurnya

Nota:
Setelah digalasnya DSLR pulang kersama beg2 baju ke kampung, maka aku pun menerjah kebelakang rumah sambil menikmati permandangan sawah. Yang baru dibajaki. Sambil menunggu saat yang sesuai untuk ditabur benih. semoga rezeki ayah serta pesawah lainnya terus melimpah ruah, seadanya.






Buah pisang ni kalau digoreng sangat sedap. Susah juga nak cari kat sini. Kat pasar borong pun susah nak dapat

langit yang cerah..

namun terasa sedikit tempias IPU yang suam suam kuku


Suasana menghampiri waktu senja

Monday, 28 September 2015

Kembali ke kota yang berjerebu

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sekolah cuti lagi..atau pun dipaksa cuti.
Angkara jerebu..

Semalam Danish nak keluar main basikal..
Bagitahu dia kalau boleh mainbasikal maknanya esok boleh ke sekolah la kan...
terus tak jadi main..

Balik dari  kampung ke kota terasa perubahannya,, dari suasana langit yang biru..udara yang segar terus ke kebuk asap..
Sangat2 berbeza....
Terus rindu kat kampung..
dah la anak-anak nak sekolah kat kampung saja..
11.30 am 28/9/15. Terimakassih Indonesia
View from my office

Sebelum Indonesia hentikan bekalan oksigen....ala sesekali dalam setahun (kata mereka)


Hari Sabtu lagi sudah bertolak dari kampung.

Agar mengelak kesesakan yang padat.
Tapi..
Seolah semua org fikir dan buat benda yang sama.. keadaan sesak juga.

dan..
dalam pada memandu tu..
gembira seketika disaat isteri check result EPL..
Mancity dahului Spurs 1-0. Mood happy sambil memandu..

Berhenti makan di Sg Perak.. 
setelah setel semuanya check lagi..Yeah Mancity menang 4-1!!

Ehh..eh..salah tengok!
Spurs yang 4..aduyai Mancity kalah lagi..
Nak catat juga ketika kalah,,bukan gembira ketika menang saja..
dan..lagi perit bila MU naik atas..


P.s Baru lah trill.

Sunday, 27 September 2015

Ikea: Memburu Ingolf

Untuk sekian kalinya stok yg dicari sudah habis.
Buat rujukan dalam laman web masih ada 16 buah.
Sesampainya hampa.
Dengan orang yg menderu ramai.
Aduyai...

Kena tunggu lagi la..
Shipment lambat lagi..
Yang ada dirumah masih belum cukup..

Anak2 juga yang seronok
Aiskrim la..
Meatball la...

Dulu masa banyak tak beli siap..
Takut tak ngam dgn setting dapur la..
P.s sabar je lah
 rak kosong...???..

Tuesday, 22 September 2015

Wow ,, Monumen ini terdapat di China

Assalamualaikum bloggers and readers..


China terkenal dengan barangan tiruan pelbagai grade. Dari grade A  sehinggalah secikai-cikainya, setidak-tdaknya itulah persepsi awam.

 Dan juga berjaya membangunkan beberapa peralatan telefon yang hampir menyerupai telefon yang sudah terkenal.

Namun bila mana monument sebegini pun diduplikasi... apa lagi nak dikata..






Yang original

tiruan..tower bridge berkembar

condong juga!!

Sumber menyatakan spinx ini dimusnahkan setelah mendapa bantahan mesir

Yang original hanya satu jambatan,, yang tiruan "dabel"



P.s Jangan ada Menara berkembar yang ditiru sudah.. Kalau doubel jadi menara berkembar 4 pulak ..woahahahahah

Friday, 18 September 2015

Solat Jumaat: Imam ditolak dan ditampar?

Tak pernah terfikir..
Di bumi Malaysia akan berlaku begini.
Apakah agaknya imam perlu perlindungan dan polis perlu berada di masjid2 utama negara.

Sebelum ini tiada masalah dan tiada umat Islam akan berbuat demikian..

Aduhai tanahair ku..
Aduhai mereka yang berkunjung..
Pernah terdengarkah kata2:
'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" ?

Wednesday, 16 September 2015

Dapur oh dapur: Pasang lampu downlight Omlopp

Assalamualaikum..
Lama tak update pasal dapur oh dapur.
Hari ni siap pasang lampu downlight.
Dah lama pun beli, masa sale hari tu..ermm sebulan dah.

Lurvy katanya tak pasang pun tak apa.. tp aku dah beli. Pasang je la..

Bg dia asal dapur luas..meet the purpose sudah..lampu2 no dua.

Dlm pada tu ingatkan aku.
"Pasang tu tak mau wayar terjurai2. Nanti tak kemas"

Apa pun aku pasang..
Ala cucuk kat wayar ja..
Ada set distributor dia.. cucuk lmpu 3 biji..
Kemaskan wayar..tadaaa siap!

Tu pun amik masa sebulan.. huhuhu

Saturday, 12 September 2015

Pesawat MAS mengharungi ribut pasir.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kemalangan boleh berlaku di mana mana.
Samada disebabkan kecuaian kita atau kealpaan org lain
Sebab itulah setiap apa yang hendak dilakukan kita digalakkan mulakan dengan Bismillah dan doa tertentu i.e menaiki kenderaan ataupun doa musafir..

Ketika di padang  Arafah 2013
Pagian dikejutakan dengan kejadian runtuhan kren yang sebahagian dari kerja menambahan keluasan Masjidil Haram..

Teringat itulah laluan dari maktab Abraj Janadriah ketika menjadi tetamu Allah dua tahun lepas.
Masih terbayang keindahan berulang alik ke Masjidil HAram..

Melalui laluan sa'iee  (سعى‎ ).. Bukit Marwah kemudian sampai ke Safa.(الصفا). seterusnya masuk ke ruangan Masjidil HAram,, menuju Kaabah.

Berasak ke ruang Saiee  ( Mas'aa),kerana itulah laluan yang dibuka oleh kerana kerja kontrak yang amat besar.. kemudian menyantuni orang yang sedang melakukan saiee, dalam pada pekerja masih bertungkuslumus menyiapkan kerja2 penambahan keluasan Masjid..
Bukan sebarang masjid tetapi tempat yang paling suci, tanah yang menempatkan Kaabah, kiblat seluruh manusia.

Terkini ribut pasir dan hujan melanda,,
seterusnya menumbang kren yang begitu besar, gagah, kuat dan keras.
Tapi kuasa Allah,,

Bukit Safa الصفا
Sebagaimanpun perancangan kita, tiada yang lebih segagahNya.

Moga yang terkorban diampuni Allah, mendapat syafaat Rasul dan seterusnya dijanjikan Jannah.
Kepada mereka yang cedera , semoga segera sembuh untuk menyempurnakan rukun Haji tahun ini.




Ketika pembinaan 2013

Tempat Sa'i .. Ini pintu masuk ke Marwah





Kemudian ada menerima video wassap menunjukkan sebuah kapalterbang meluncur dilandasan.. berhadapan dengan ribut pasir,,jarak penglihatan pun agak terhad.
Landasan yang selari dengan dengan jalan..diambil oleh warga Arab mungkin.

Terlihat logo pesawat, MasyaAllah, pesawat MAS!
Tapi tak tahu lah bila peristiwa ni,,

Aku pun tak tahu samada ni ribut pasir yg melanda timur tengah. Tak tahu sama ada ada kaitan dengan ribut yang merebahkan kren tetapi dalam banyak2 pesawat yang berlepas dan landing,, kenapa MAS diterakam..?





Thursday, 10 September 2015

Terbuka Jepun :Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan

Perlawanan pertama antara dua bintang badminton setelah LCW kembali dari pergantungan.

LIN Dan masih meneruskan penguasaan apabila mengalahkan LCW straight set

Keletah Yasmin : kes tak mau jumpa doktor dan tak mau makan ubat

Si kenit ni..semalam demam..
Punyala tamau makan ubat air..sanggup nak makan yg dalam bentuk tablet..

Punya la pahit..katanya..
Ye lah..dah tak pandai telan lagi..
Cuba juga sampai dua kali..

Takleh telan juga..
Kena beralih kepada ubat air juga..
Dah kanak2 tu buat la cara kanak-kanak.
Kenapalah takut sangat dengan ubat.
Takut jumpa doktor..
Itu pun ubat si kakak..

Yang bestnya kakak pula demam.
Pepandai suruh kakak jumpa doktor..

"Kakak pergi jumpa doktor dengan abah tau"
"Adik dah ada ubat yg warna kuning tu"
Pada hal itu adalah ubat kakak..

Tuesday, 8 September 2015

MALAYSIA LWN SAUDI ARABIA: Ultras bertindak!@

Melihat komitmen pemain ok la jugak
Kalau tak ok makin orang kutuk.
Tengok sungguh sungguh juga pemain kita ni..

Bermati-matian berjuang...
Malah boleh mendahului..
pelik,dalam keadaan bertahan boleh score..itula bola,,unik!


Tapi Ultra sudah rancang sesuatu..
Sudah berterbangan poster dan rancangan dalam media sosial..

Rancangan ni pun mungkin terbatal rasanya kalau msia menang.

Tapi KSA terus mencari gol dan berjaya.

Kemudian gol lagi.. dan Malaysia pun ketinggalan.


Adakah itu alasan untuk ledakan bom asap dan mercun..
Ledakan bom asap dan mercun bukan untuk perlawanan depan mata kot.. 
tapi message untuk isu lain?? Entahlah

patutkah  Ultra bertindak?
Perlu ke tidak..??
Mungkin mereka lebih tahu asas dan tujuan...

Apapun mereka menyokong dengan penuh semangat..selama ini.
menyokong dan menyokong..sangat2 passionate..

namun, adakah sudah sampai ketika mereka berpatah arang atau sekadar luahan perasaan..

Mungkin..
mungkin..




Poster-poster ultra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...