Pages
Wednesday, 30 September 2015
Hakikat menerima keputusan.
1.Ok lah direct to the point..
Macam main monopoly pulak ye..syok-syok beli banglo beli tanah..
tetiba salah langkah --->> Straight to jail you go!
2.Itulah yang berlaku mutakhir ini. Tak lah straight macam tu dalam kes ini. Pelbagai proses dia lalui dengan rebahnya semasa jogging pun ada. Kalau sapa folo perkembangan dia lah. Punyalah lama kes berlangsung. "A delayed justice is injustice"
3."Injustice" kepada sesiapa tu terpulanglah. Sesuatu itu terpulang pada sudut pandang memasing. Penyokong sana/sini kata kesian, teraniaya dll. Satu lagi tanya " awat 12 bulan sahaja."? Ada juga alasan utk pempersoalkan. Memasing ada pendapat. Free country katakan.
4. Apapun hukuman telah dijatuhkan. proses mahkamah dah putuskan. Terima tak terima kena terima. Belajarlah bersimpati, sbg manusia, belajar lah menerima hakikat. Imbangkan yang mana terbaik.
5. Kalau mahu keputusan kita (walau sekecil mana keputusan tu) dihormati, Kita kena hormati keputusan org berotoriti dalam bidang memasing memberi keputusan meraka. Life is simple,senang. tak perlu jadikan ia lebih komplikasi.
6. (p.s Tulis blog lagi senang,,,woahahahahaha.)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Paparan foto kali ni:
Kerbau mati ( disembelih,org makan kenduri) meninggal kan gigi..
Manusia mati meninggalkan nama, legasi, sejarah,sumbangan, ilmu dll,
Biar mati dalam masjid, jangan mati dalam penjara
Jom.. benda simple tapi besar maknanya ( No 1)
1. Call an old friend, just to say hi.
*kawan kawan yang pernah ketawa, menakal , menangis, belajar sama-sama namun terpisah dek masa. Ada kan nombor memasing.??..apa kata kita call ke wassap ke message ke.. bukan sekadar wassap grupchat tapi pm directly. besar makna nya oo
* Ucap birthday pun molek kalau kita mesej secara peribadi daripada "copypaste" ucapan yg dikarang oleh grup member yang lain
Sekadar hiasan.. pHoto ketika di kampung tempohari. |
Tuesday, 29 September 2015
Photo: Suasana kampung sempena percutian AidilAdha
Kampung ku
Jauh dari hiruk pikuk kota.
Tenang dan damai seadanya
Kenangan dan memori ku bawa kemana jua.
Mendepani kelabu, kontang ..asap kota.
Betapa beza langit di sana di kala kini..
Jikalau tiada musibah masakan dirasa nikmatNya
Yang banyak.. tiada terdepang tangan mengukurnya
Nota:
Setelah digalasnya DSLR pulang kersama beg2 baju ke kampung, maka aku pun menerjah kebelakang rumah sambil menikmati permandangan sawah. Yang baru dibajaki. Sambil menunggu saat yang sesuai untuk ditabur benih. semoga rezeki ayah serta pesawah lainnya terus melimpah ruah, seadanya.
Buah pisang ni kalau digoreng sangat sedap. Susah juga nak cari kat sini. Kat pasar borong pun susah nak dapat |
langit yang cerah.. |
namun terasa sedikit tempias IPU yang suam suam kuku |
Suasana menghampiri waktu senja |
Monday, 28 September 2015
Kembali ke kota yang berjerebu
11.30 am 28/9/15. Terimakassih Indonesia View from my office |
Sebelum Indonesia hentikan bekalan oksigen....ala sesekali dalam setahun (kata mereka) |
Hari Sabtu lagi sudah bertolak dari kampung.
Sunday, 27 September 2015
Ikea: Memburu Ingolf
Sesampainya hampa.
Dengan orang yg menderu ramai.
Aduyai...
Kena tunggu lagi la..
Shipment lambat lagi..
Yang ada dirumah masih belum cukup..
Anak2 juga yang seronok
Aiskrim la..
Meatball la...
Takut tak ngam dgn setting dapur la..
rak kosong...???.. |
Tuesday, 22 September 2015
Wow ,, Monumen ini terdapat di China
China terkenal dengan barangan tiruan pelbagai grade. Dari grade A sehinggalah secikai-cikainya, setidak-tdaknya itulah persepsi awam.
Dan juga berjaya membangunkan beberapa peralatan telefon yang hampir menyerupai telefon yang sudah terkenal.
Namun bila mana monument sebegini pun diduplikasi... apa lagi nak dikata..
Yang original |
tiruan..tower bridge berkembar |
condong juga!! |
Sumber menyatakan spinx ini dimusnahkan setelah mendapa bantahan mesir |
Yang original hanya satu jambatan,, yang tiruan "dabel" |
Friday, 18 September 2015
Solat Jumaat: Imam ditolak dan ditampar?
Tak pernah terfikir..
Di bumi Malaysia akan berlaku begini.
Apakah agaknya imam perlu perlindungan dan polis perlu berada di masjid2 utama negara.
Sebelum ini tiada masalah dan tiada umat Islam akan berbuat demikian..
Aduhai tanahair ku..
Aduhai mereka yang berkunjung..
Pernah terdengarkah kata2:
'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" ?
Wednesday, 16 September 2015
Dapur oh dapur: Pasang lampu downlight Omlopp
Assalamualaikum..
Lama tak update pasal dapur oh dapur.
Hari ni siap pasang lampu downlight.
Dah lama pun beli, masa sale hari tu..ermm sebulan dah.
Lurvy katanya tak pasang pun tak apa.. tp aku dah beli. Pasang je la..
Bg dia asal dapur luas..meet the purpose sudah..lampu2 no dua.
Dlm pada tu ingatkan aku.
"Pasang tu tak mau wayar terjurai2. Nanti tak kemas"
Apa pun aku pasang..
Ala cucuk kat wayar ja..
Ada set distributor dia.. cucuk lmpu 3 biji..
Kemaskan wayar..tadaaa siap!
Tu pun amik masa sebulan.. huhuhu
Saturday, 12 September 2015
Pesawat MAS mengharungi ribut pasir.
Kemalangan boleh berlaku di mana mana.
Samada disebabkan kecuaian kita atau kealpaan org lain
Sebab itulah setiap apa yang hendak dilakukan kita digalakkan mulakan dengan Bismillah dan doa tertentu i.e menaiki kenderaan ataupun doa musafir..
Ketika di padang Arafah 2013 |
Teringat itulah laluan dari maktab Abraj Janadriah ketika menjadi tetamu Allah dua tahun lepas.
Masih terbayang keindahan berulang alik ke Masjidil HAram..
Melalui laluan sa'iee (سعى ).. Bukit Marwah kemudian sampai ke Safa.(الصفا). seterusnya masuk ke ruangan Masjidil HAram,, menuju Kaabah.
Berasak ke ruang Saiee ( Mas'aa),kerana itulah laluan yang dibuka oleh kerana kerja kontrak yang amat besar.. kemudian menyantuni orang yang sedang melakukan saiee, dalam pada pekerja masih bertungkuslumus menyiapkan kerja2 penambahan keluasan Masjid..
Bukan sebarang masjid tetapi tempat yang paling suci, tanah yang menempatkan Kaabah, kiblat seluruh manusia.
Terkini ribut pasir dan hujan melanda,,
seterusnya menumbang kren yang begitu besar, gagah, kuat dan keras.
Tapi kuasa Allah,,
Bukit Safa الصفا |
Moga yang terkorban diampuni Allah, mendapat syafaat Rasul dan seterusnya dijanjikan Jannah.
Kepada mereka yang cedera , semoga segera sembuh untuk menyempurnakan rukun Haji tahun ini.
Ketika pembinaan 2013 |
Tempat Sa'i .. Ini pintu masuk ke Marwah |
Landasan yang selari dengan dengan jalan..diambil oleh warga Arab mungkin.
Terlihat logo pesawat, MasyaAllah, pesawat MAS!
Tapi tak tahu lah bila peristiwa ni,,
Aku pun tak tahu samada ni ribut pasir yg melanda timur tengah. Tak tahu sama ada ada kaitan dengan ribut yang merebahkan kren tetapi dalam banyak2 pesawat yang berlepas dan landing,, kenapa MAS diterakam..?
Thursday, 10 September 2015
Terbuka Jepun :Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan
Perlawanan pertama antara dua bintang badminton setelah LCW kembali dari pergantungan.
LIN Dan masih meneruskan penguasaan apabila mengalahkan LCW straight set
Keletah Yasmin : kes tak mau jumpa doktor dan tak mau makan ubat
Punyala tamau makan ubat air..sanggup nak makan yg dalam bentuk tablet..
Punya la pahit..katanya..
Ye lah..dah tak pandai telan lagi..
Cuba juga sampai dua kali..
Takleh telan juga..
Dah kanak2 tu buat la cara kanak-kanak.
Kenapalah takut sangat dengan ubat.
Takut jumpa doktor..
Itu pun ubat si kakak..
Pepandai suruh kakak jumpa doktor..
"Adik dah ada ubat yg warna kuning tu"