Wednesday, 27 April 2022

Indah suasana sambutan.

Assalamualaikum bloggers and readers..
Lagi gambar² menarik di bawah


Semalam , menghampiri penghujunng Ramadan aku pun ke ATM sebab dua perkara. Tukar duit ,walaupun tak pasti apakah nilai yang disediakan. RM10 atau RM50.

Yang kedua memang nak withdraw duit lah,, sebabnya cash habis, juga nak bayar zakat fitrah. Lambat ek?

Penghujung ramadan ni lagi afdal  nak bayar. Jangan sampai terlepas sudah lah.

Korang dah settle zakat fitrah? Tentu dah kan..Bagus Bagus..

Kadar nya pulak di Wilayah ni ialah RM7 RM14 dan RM21. Jadi bayarlah berpadanan dengan jenis beras yang anda makan ya. 

Ok lepas maghrib naik moto je ke ATM sebab dekat. Lagi pun ada festival Ramadan, mesti tempat parking jauh. Naik moto kan senang...

Memang anak ajak berbuka kat dataran tu tapi macam kalut lah. Nak gerak pergi masjid, Nak ambil wuduk dan ke toilet lagi. Macam kelam kabut ja kan. 

Sememangnya aku lebih suka berbuka kat rumah. 

Tapi situ memang meriah, kebanyakkannya depa depa masih memakai baju ofis dan berkesempatan berbuka dengan kenkawan. BAlik lewat atau memang merancang untuk berbuka situ kot. Cuaca pun elok..
 Banyak tikar2 dihampar dan masih lagi ada makanan terhidang. Masa ni pun dah lepas maghrib. aku sampai ATM tak payah Q waima seorang pun.

Terpegun dengan kemeriahan, aku pun ambil gambar-gambar. Ya selepas keluarkan duit. 
Dan duit raya..


 Biasalah aku, nak ambil gambar nak kena sudut yang sesuai. Makanya ambik masa dan berjalan-jalan dikawasan Dataran Putra berhadapan Perbadanan Putrajaya tu.


Ni gambar-gambar yang aku ambil.












Tengah syok2 fokus telefon berbunyi.. Lurvy call.

" Abang dah  nak isya', kami pergi masjid dulu. Nanti abg pi ngan motor na."

  Terus sambar moto balik umah terus ke Masjid.. 

Tu lah kekadang leka dengan keindahan..



Tuesday, 26 April 2022

Kuih (kek) Telapak Kuda

Korang pernah makan tak kuih ni. Aku first time terjumpa. Asalnya dari Sarawak tapi kami beli kat Nilai nun.

Sedap..


Cuma, sapa tau, kenapa nama di Telapak Kuda ya???





Kat lingkaran dlm sekali tu ada coklat Cadbury.



Monday, 25 April 2022

Wahhh..berita baik untuk pengguna lebuhraya tahun ini

Wah..mcm tak perchaya pulak.., 

Ejaan percaya pun style lama..wohaha

Memang dok sembang dan dok mengaharap, setiap kali raya alangkah  bagusnya pengusaha- pengusaha -lebuhraya di Malaysia memberi kan laluan "perchuma" kepada penggunanya.

Nampak tahun ini ada sinar.

Ya tol perchuma!!! Di lebuhraya plus dan LPT serta discount-discount hebat di tol lainnya.

Ya ..Tak perchaya ? Percayalah..

Memang benar belaka.





Cuma kalau boleh...Nak komen sikit je untuk penambahbaikan..

Sekarang ni diumumkan tol free tuntuk tarikh 30 Mei hingga 1 Mei dan 7 hingga 8 mei. ( dua-dua tu Sabtu dan Ahad. Kalau boleh bermula Khamis ke..kan tak jam..hihihi

Takut semua bertumpa masa ni pulak..


eh!!! org dah bagi free nak lebih2 pulak.

Apapun syukur Alhamdulillah

Friday, 22 April 2022

Tukar duit raya di mana ?

Assalamualaikum bloggers and readers..


Senang kan nak tukar duit raya kalau macam ni. Hanya ke ATM Maybank.

Denomination yang disediakan bagaimanapun terhad kepada RM10,20 dan RM50 sahaja.

Kalau kecil daripada tu kena ke kaunter lah juga.
 Lebih lanjut boleh klik link ini.

Pengeluaran Duit Raya Melalui Mesin ATM Maybank

 

Dapatkan wang kertas bernilai RM10, RM20 dan RM50 dari 27 Mei sehingga 4 Jun 2019. Kemudahan ini adalah khas untuk pelanggan Maybank .


Untuk senarai lokasi ATM pula klik link ini

Thursday, 14 April 2022

Memasang water heater

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam ramadhan hari ke 12. Semoga terua beristiqamah dlm menjalankan ibadah puasa. Setahun hanya sebulan kan dikunjungi dengan suasana sebegini. Suasana yang penuh barakah.
Sama² lah kita menghayatinya.

Dua hari lepas memasang water heater. Survey punya survey maka jenama Joven yang dipilih.
Lurvy suggest beli yang ada pam.
Oklah. Sebab nanti kalau ramai orang guna air serentak memungkinkan perlunya ada pam. Kalau tak guna off je lah pam tu.

Dan siap pasang dengan kerja aku amanah kat wak ni.

Siap dan tested. Laju dan memang tak payah hidupkan pam dulu.

So far so good. 






Friday, 8 April 2022

Cerita sama watak lain. Tiap2 tahun mesti ada

Assalamualaikum bloggers and readers..

Wahhh...meriahnya bazar ramadhan di Putrajaya tahun ni.

Gambar hiasan

Sedap!




Eh, macam ye ye ja, sorry sorry! sebenarnya aku tak pernah sampai lagi tahun ni ke mana-mana bazar.
Tak percaya? 
Percayalah..!

Sekali tu beli bihun sup tepi jalan ja. Sedap.

Ala bulan puasa semua nampak sedapkan..wohahaha.. Tu la dugaan dan cabaran di bulan puasa.Bukan tak biasa, dah bertahun2 puasa , dugaan sama. Tapi tu la, manusia kan , dah tau dugaan, respon tetap sama.

Ada je isu dalam bulan puasa ni.
Bagi pembeli expectation tinggi, ye lah tgh lapar kan. Bayangkan berbuka nanti, nikmatnyaaaaa.

Ok digress jap. Dulu masa Danish kecik lagi la.. Sekolah rendah bawah, err mungkin dalam darjah 2 kot.
Sebelum berbuka aku bagitahu lah family. " Ada dua  kegembiraan bagi orang berpuasa. Pertama, di kala kita hendak berbuka dan yang kedua di saat bertemu Allah nanti"

Aku pun tanya Danish " Danish pilih kegembiraan yang mana?"

Laju je dia jawab " Masa berbuka!"

"Betul ke Danish ? "
". Ye la abah. Berbuka best."
Betul lah jawapan kanak-kanak.
Waima orang dewasa pun banyak yang jawab kegembiraan berbuka, buat masa ni lah kan.

Sebab kita hanya tahu apa yang kita tahu, iaitu nikmatnya berbuka.
Nikmat atau kegembiraan bertemu Allah kita belum pernah rasai. ( Tapi kita yang dewasa ni boleh pikir lah kan betapa satu nikmati jika diizinkan Nya bertemu)

Worry not.. janji Allah itu pasti. 
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh ikhlas kerana Allah akan bergembira bertemu dengan Nya. 

Ok habis tazkirah ringkas tengah hari lepas solat Jumaat ni.


Berbalik kepada expectation pembeli tadi, ye lah tak salah juga sebab sebelum ni pernah je beli makanan seangkatan dengannya, jenis yang sama, origin yang yang sama tapi rasa kureng yg ni.
Harga pulak melambung tinggi.

Tapi kan , bab harga tak boleh nak kata apa. Bukan barang kawalan. Kalau barang kawalan boleh komplen. Kalau tak barang kawalan, kawal diri. Tu ja boleh buat.

So apa aku nak habaq sini ialah, terpulang kepada kedua2 pihak untuk memilih, penjual nak letak harga mahal ke murah, manakala pembeli nak membeli ke tak. Tu je hukum penjualan, pembelian, penawaran dan permintaan.

Jangan suruh nafsu yang buat pilihan, susah lah.
Dan jangan teriak satu dunia kalau rasa terkena, Eh jap..ermmm hat ni macam mana ya, Oh ok boleh je war-war satu dunia kata harga sekian2 mahal, tapi dengan cara baik.

Peniaga, kalau org kata makanan mahal, terima je lah. Jangan marah2 bulan puasa.

Dan kurangkan berbazar-bazar sangat musim-musim covid ni.
Ada kena jangkitan tapi steady.
Ada yang kena tapi hospitalised.
Ada yang terjangkit , masuk icu.
Ada yg kena covid, i see you jugak ( in other world).

So jgn suka sangat na..

Take care. Janganmarah, Semoga semua rezeki kita-kita semua  diberkati Allah.

 
Ahh sudah! Teringin nak makan nasi Arab. Tapi maybe beli dari restoran kot yang biasa, dan dah favorite satu family.
. Bukan bazar ya today..
My favorite


Tapi nak juga ke bazar dalam sehari dua ni.
 Akan tanya anak nak depa teringin nak makan apa then zass rempit pergi beli.


Thursday, 7 April 2022

Terpaksa berbuka puasa satu ketika dahulu

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sapa yang pernah berbuka sebab tak tahan berpuasa, bukan zaman tadika tau tapi zaman belasan tahun.

 Hey, aku pernah . Masa umur 13 tahun , dah sampai waktu petang dah pun , lepas asar.
Masa tu duduk asrama, Oh ya , ni puasa sunat tau, hari Isnin atau Khamis tak ingat. Bukan bulan ramadan.

Yang aku ingat masa ni kena kerahan kawad. Sempena pembukaan sukan tahunan. 

So kami-kami yang junior yang kena praktis kawad. Nak dapat point exra untuk rumah. Kalau menang dapat hamper dan tambahan mata macam tu kot.

So bila dah berkawad ni, dengan panas, letih la kan. Lagipun bukan bulan Ramadhan, mana lah senior tahu yang ada org rajin puasa pulak . Aku pun jenis tak mintak excuse. Tak macho la kan..

Lagi pun benda sunat ja,, 
so macam biasa lah kawad macam org tak puasa. Last2 macam nak pitam. Baru lah minta dok tepi.

 Lepas tu gerak ke tempat teduh bawah sebelah hostel ada water cooler. 
Betul-betul rasa pewai .  arghh tak leh jadi. Terus minum kat water cooler. Tapi ni cerita puasa sunatlah,

 Kalau yang wajib tu, sejak belajar2 puasa sekolah rendah, tak pernah tak habis.  Semangat ooo.
Dan pernah jual ais batu lagi masa sekolah rendah..Oh kenangan..


Ok lah nak belanja juga photo2 yang diambil di Cameron Highland baru-baru ni.(dengan S22 Ultra) Kira outing nak rasmi ambik gambar bebanyak.

Ok lah kualiti dia.. Ermm, nampaknya aku punya DSLR yg aku servis baru-baru ni kena simpan balik..wohahaha..

Hari tu semangat ja nak main dslr balik. dah kira barang antik la kan D90 tu.
Nampaknya akan banyak guna hp untuk memfoto, macam biasa lah. Simpan balik DSLR..

Ni gambar2 pilihan di Cameron Highland.
Oh ya sebelum tu sahur kami, Maggi ' Jagung dan Ubi manis.. Layannn.

Nak pi cari kedai mamak pepagi takut tak bukak,, Sahur sekadarnya lah. Sapa suruh pi masa ramadan?? Ini gambar2 nya..








Wednesday, 6 April 2022

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Setelah sekian lama, walaupun tak serupa zaman kanak-kanak dulu, namum kemeriahan dan aura Ramadhan tetap dirasai,

Syukur kita ketemu lagi Ramadhan tahun ini.

Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan Kareem, Semoga kita memperolehi segala kebaikan dan keberkatan yang mengiringi bulan mulia ini dan seterusnya tetap istiqamah dalam perbuatan baik kita di masa-masa hadapan

Melihat kanak-kanak berlari riang di masjid semalam, hilang mengantuk semasa Terawih. Ya, kekadang tu bila makan semasa berbuka tidak beringat. Makan terlebih tentu lah mengantuk jadinya.


Kanak-kanak ceria bersama family mengingat kan kami zaman budak budak kecil semasa berpuasa. Yang paling best , kat kampung kan. Nampak buah semasa siang nya, semua nampak sedap, Mangga, buah jambu dan betik yang ditanam sekeliling kampung. Malam balik terawih baru kait makan. Tu pun kalau suluh nampak. Gelap kann.


Dan cerita 1 Ramadhan kami di Cameron Highland pulak. Bersahur di Rumah Penginapan Persekutuan lah sebab masa book tak semak tarikh. Tapi ok je kan aktiviti macam biasa. Terawih anak beranak di resort. 
Esoknya, sebelah pagi ahad, memang tak ramai org. Pergi Sg Palas shopping teh, dan banyak ruang baru dibina di cafe atas sana. Dah banyak gak berubah

.

Ye lah kan paling kurang 2 tahun tak pergi, kan PKP.
 Sebelum sebelum tu tak ingat last pergi bila. 2017 atau 2018.

Selamat menghayati ramadan al mubarak semua dan jaga diri!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...