Wahhh...meriahnya bazar ramadhan di Putrajaya tahun ni.
Gambar hiasan |
Sedap! |
Eh, macam ye ye ja, sorry sorry! sebenarnya aku tak pernah sampai lagi tahun ni ke mana-mana bazar.
Tak percaya?
Percayalah..!
Sekali tu beli bihun sup tepi jalan ja. Sedap.
Ala bulan puasa semua nampak sedapkan..wohahaha.. Tu la dugaan dan cabaran di bulan puasa.Bukan tak biasa, dah bertahun2 puasa , dugaan sama. Tapi tu la, manusia kan , dah tau dugaan, respon tetap sama.
Ada je isu dalam bulan puasa ni.
Bagi pembeli expectation tinggi, ye lah tgh lapar kan. Bayangkan berbuka nanti, nikmatnyaaaaa.
Ok digress jap. Dulu masa Danish kecik lagi la.. Sekolah rendah bawah, err mungkin dalam darjah 2 kot.
Sebelum berbuka aku bagitahu lah family. " Ada dua kegembiraan bagi orang berpuasa. Pertama, di kala kita hendak berbuka dan yang kedua di saat bertemu Allah nanti"
Aku pun tanya Danish " Danish pilih kegembiraan yang mana?"
Laju je dia jawab " Masa berbuka!"
"Betul ke Danish ? "
". Ye la abah. Berbuka best."
Betul lah jawapan kanak-kanak.
Waima orang dewasa pun banyak yang jawab kegembiraan berbuka, buat masa ni lah kan.
Sebab kita hanya tahu apa yang kita tahu, iaitu nikmatnya berbuka.
Nikmat atau kegembiraan bertemu Allah kita belum pernah rasai. ( Tapi kita yang dewasa ni boleh pikir lah kan betapa satu nikmati jika diizinkan Nya bertemu)
Worry not.. janji Allah itu pasti.
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh ikhlas kerana Allah akan bergembira bertemu dengan Nya.
Ok habis tazkirah ringkas tengah hari lepas solat Jumaat ni.
Berbalik kepada expectation pembeli tadi, ye lah tak salah juga sebab sebelum ni pernah je beli makanan seangkatan dengannya, jenis yang sama, origin yang yang sama tapi rasa kureng yg ni.
Harga pulak melambung tinggi.
Tapi kan , bab harga tak boleh nak kata apa. Bukan barang kawalan. Kalau barang kawalan boleh komplen. Kalau tak barang kawalan, kawal diri. Tu ja boleh buat.
So apa aku nak habaq sini ialah, terpulang kepada kedua2 pihak untuk memilih, penjual nak letak harga mahal ke murah, manakala pembeli nak membeli ke tak. Tu je hukum penjualan, pembelian, penawaran dan permintaan.
Jangan suruh nafsu yang buat pilihan, susah lah.
Dan jangan teriak satu dunia kalau rasa terkena, Eh jap..ermmm hat ni macam mana ya, Oh ok boleh je war-war satu dunia kata harga sekian2 mahal, tapi dengan cara baik.
Peniaga, kalau org kata makanan mahal, terima je lah. Jangan marah2 bulan puasa.
Dan kurangkan berbazar-bazar sangat musim-musim covid ni.
Ada kena jangkitan tapi steady.
Ada yang kena tapi hospitalised.
Ada yang terjangkit , masuk icu.
Ada yg kena covid, i see you jugak ( in other world).
So jgn suka sangat na..
Take care. Janganmarah, Semoga semua rezeki kita-kita semua diberkati Allah.
Ahh sudah! Teringin nak makan nasi Arab. Tapi maybe beli dari restoran kot yang biasa, dan dah favorite satu family.
Tapi nak juga ke bazar dalam sehari dua ni.
Akan tanya anak nak depa teringin nak makan apa then zass rempit pergi beli.
senang merempit je ke bazar tu...
ReplyDeletenak parking pun senang kan..
belum lagi ke bazar setelah 8 hari..(tahniah kat diri sendiri)..
ReplyDeletenak pergi pun serba salah sebab setakat 8 hari ni setiap hari ada je jiran2 yang bagi juadah. kalau beli confirm terlebih membazir takut terbuang.