Sunday, 20 November 2011

Informasi kewangan : Dipandu hingga "bankcrupt"...




Baru-baru ni dalam akhbar tempatan ada komentar khas pasal "bankcrupt". Siap muka depan kalau tak silap. Oh tajuk diatas tu alih bahasa dia yg if i not mistaken (cewah), "DRIVEN TO BANKCRUPT". Aku teragak-agak nak ulas pasal ni, ada pendapat aku dalam isu ini, tapi tatau kenapa aku tangguh nak coretkan kat sini. Mungkin aku bankcrupt idea... hahaha..

Anyway, aku tak pasti statstik seramai mana yang bankcrupt akibat loan kereta ni. Tetapi trend sekarang macam banyak saja, dengan zero down payment dan loan selama 11 tahun (?). Aku rasa sebelas tahun tu amat lama.. Berapa banyak interest yang kena bayar??
Interest kereta amat mudah dikira dan amat mudah dibuat untung oleh pihak bank.. 5% interest yang dicaj mungkin boleh mencecah belasan peratus( 12- 16%) effective interest... Nanti aku huraikan effective interest dalam bab lain.. kalau ingat la..
contohnya: Kalau harga kereta tu RM50,000, tenure (jangkamasa pinjaman) 10 tahun, kadar interest 5%, Cara kira paling senang. Kalkulator pasal malam pun boleh kira.







Jumlah interest yang dikenakan, 50,000 x 10 x 5% ialah Rm25,000. Dia punya interest dah dicaj awal..Upfront. dah kira siap-siap bukan seperti loan rumah yang jenis reducing balance, daily or monthly rest.




Anyway, hujah aku membawa kepada kempen yang di buat oleh salesman yang katakan boleh amik kereta dengan muka kosong "O", dan tenure loan panjang . Inilah yang membawa kepada masalah bankcrupt ni.. Kereta makin lama makin turun harga dia. Once register dalam grant, walaupun tak guna lagi automatic harga dah kurang 3 hingga 5 ribu. Kekadang janda pun hantaran boleh mahal berbanding masa dia mula-mula kahwin..oh situ pulak... Bukan nak compare manusia dgn kereta. Apa yang di katakan kat sini, nilai kereta pre-love amat2 murah, sebab benda yang mass production ni tak ada unik pun... banyak boleh dapat....



Dan term dia sekarang pre-love, pre-owned dan bukan second hand lagi...wohaaa..sedap dengar kan.





Kalau "org" pulak the one and only kan....mana ada org sama karekter kan... tu yang unik. Kenapa aku dok banding kereta dan org pun aku tak pasti.. Erm sekadar analogi keunikkan kot..





Ok move on.... Maka aku ingin menjurus kepada satu segmen radio, rangkaian yang selalu aku layan. Aku seboleh2 nya tak nak komen pasal benda2 negatif org lain ni... kalau boleh la, tapi kali ni aku rangkumkan sekali. Kalau ok bolehlah ambil iktibar, tapi kalau komen aku ni tah hapa2, itu kesilapan aku sendiri.






Dalam Bernama Radio 24, aku satu segmen Auto Zon. Promonya dikatakan segmen ini boleh memberi tip-tip dan cara-cara membeli kereta .. Dengar tajuk mungkin ianya hal-hal yang berkaitan dengan kereta lah kot. Cara penggunaan kereta yang terbaik, penjimatan minyak dan sbgnya, errr,, itu yang aku paham.



Tetapi ianya sebenarnya berkisar tentang pembelian kereta sahaja.... Tak pa lah, tip-tips membeli kereta tentu berguna kot..ok lah kannn






Tetapi , tetapi lagi, rupa-rupanya ia menjurus kepada promo satu syarikat untuk menjual kereta terpakai dan kereta baru melalui rnagkaian (?) mereka. Mungkin syarikat ni penaja segmen tersebut ? Aku tak pasti ..





Aku ada masalah ke dengan promo syarikat ni...? Oh, sudah tentu tidak!! Org nak menjual teruskan lah. Berniaga kan 9 dari 10 punca rezeki. Aku suka syarikat waima individu yang menceburi bidang perniagaan..




Yang aku rasa masalahnye ialah promosi dan cara yang digunakan untuk menarik pembeli. Contohnya tadi lah muka kosong, dan skim untuk graduan yang baru grad.. ooopps bukan skim kerja tau, skim utk beli kereta!!!




Dan kemudian diwar-warkan cara peniaga ni bomohkan bank ( dipaham, kautim dengan bank untuk melayakkan individu membeli kereta).





Itu yang masalahnya. Rasanya tak berapa beretika tindakan ni. Satu, promonya macam lain tapi segmennya hanya nak prmote satu kedai. Dan yang kedua macam ada banyak kaedah boleh digunakan untuk melayakkan seseorang peminjam itu dapatkan loan...walaupun kewangannya ,,,entahlah... no komen sini.





Kalau tak percaya dengarlah segmen auto zon setiap selasa,,, 5.30 ptg kalau tak silap...dan aku kekedang masih lagi layannn.. Suka dengar cara marketing yang ...ermm,,, macam aku sebut kat atas lah..



Aku ada masalah sikit kat sini ( sambil buat gaya Adlin Aman Ramli masa komen AF),, sebab apa tau .. Bernama Radio 24 sepatutnya lebih kepada education pengguna dan yang bestnya dia ada segmen kepenggunaan tapi waktu pagi la,,masa time kerja,,..jarang sangat aku dengar kecuali time cuti..Sangat2 kontradik dengan segmen autozon....oh dan lagi satu ada segmen bijak wang...hurrmmm.. menarik bukan?





p.s


entahlah labu,,asal barang jadi duitttttt................................. bak kata peniaga ubat dikaki lima.

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...