Takkan nak jadi macam anjing la pulak. Dia kan binatang. Tapi tuan punya anjing lah yang patut ambik berat. Aku dah tatau nak pikir dah . Anjing dia ni, asal nampak bebudak ja dia kejar. Asal nampak bebudak ja, kejar. Suka sangat, ingat anak aku tu tulang ke aper.
Boleh tak aku buat macam ni...:
Asal aku nampak anjing saja aku nak baling batu. punggai dgn kayu dan tengalong dgn apa saja yang boleh aku capai. Boleh tak? Tentu tak boleh. Sebab dia anjing, aku orang...Anjing memang hobi dia kot, nak kejar sahaja kerja dia. Tapi hati punya geram...sabar sabar. Yang tak reti bahasa bukan anjing tapi tuannya...
Jadi kita sebagai org yang rasional kena pikio la. Takkan aku nak bertindak kat anjing pulak.
Macam Indon buat kat kita..(eh kesitu pulak). Kita yang kena rasional.. Jangan dilayan cacian dan kutukan Indon tu sangat. Nanti anak-anak kita pun jadi pembenci kat org lain. Susah lah kan. Sampai Farah pun kata eiii benci la Indon ni! Sampai bila nak settle?
Entah apa yang merasuk rakyat Indonesia ( tak semua) sampai benci sebegitu rupa. Tahap mana aku pun tak pasti sebenarnya. Ianya begitu menguji kematangan kita...
Tetapi setakat boo dalam padang bila berlawan tu perkara biasa. Memang kena boo. Kat sini pun berlaku. Kekadang referee pun kena boo. Kat Kelantan, bas pun terbakar ( dibaca: kena bakar). Biasalah dalam perlawanan ada emosi yang tak terkawal, Adat bersukan..... Aku pun pernah kena boo masa main hoki dulu dan pernah boo org . Bbiasa pak!!!
Tetapi , jangan lah berlebihan. Kalau ada 11 negara, hanya satu team/negara yang kena boo, mesti ada satu yang tak kena...Itu yang luarbiasa....
Samada depa yang tak kena atau kita. Tetapi kenalah hormat tetamu. Tu saja.
Sapa kata sukan untuk mempereratkan hubungan antara negara,, huh jauh sekali kot..
Kalau ada pingat emas dipertandingkan memang jgn mimpilah boleh eratkan lagi. Oh ya pemain bukan main sporting tapi penyokong susah mau cakap.
Cadangan aku kalau nak eratkan silaturahim buat telemacth a.k.a sukaneka lah.. lari dalam guni ka. Tiup tepung ka..baru ada kesan kot. Hadiah jgn pingat emas. Hampers suda......
Pendekkata jangan endah sangatlah apa yang mereka buat. Biar dunia lihat.....
Kalau jenis tak hormat bendera ke lagu negaraku pulak, aku cadangkan setiap team boleh request kat FIFA supaya tak payah lagu kebangsaan dimainkan sebelum sepak mula... Tak ada org nak boo ke jerit ka.
Aku pun tak leh tahan cacian kat lagu kebangsaan. So ada option nak mainkan atau tidak.. So tak adalah hinaan...
Eh aku nak cerita anjing tadi.. hurm, ye lah sampai anak nak pi mengaji pun panic. Ada ja alasan tak nak pergi. Kacau betul. Ni ha tuan rumah,, lepas maghrib sahaja buka gate biar anjing dia evening walk pulak.. macam bagus ja kan. Tapi tuan dia duduk dalam rumah... Nak bela tapi tatau cara... Boleh aku baling dgn batu???... tetap tak boleh. Makhluk tuhan jugak tu...
P.s punggai/tengalung ialah bahasa kedah = baling/tuju.
p.s2 . aku tak kata org Indon tu anjing ya..juz digress a bit.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again