Wow.. memang dahsyat jumlah jaringan perlawanan separuh akhir piala Malaysia antara Pahang dan Kedah.
Emosi aku naik turun ketika menonton di depan TV.
Sebelum sepak mula, jangkaan aku dan lain-lain "pundit" yang profesional pun mengatakan advantage adalah Pahang. Bukan sahaja advantage, dah macam tiket final milik Pahang.
Berbekalkan keputusan 3-3 tika berkunjung ke Alor Star, kedudukan yang amat stabil, dan Pahang ada banyak pilihan di Darul Makmur. Bertahan kosong kosong. Pahang layak.
Menang dengan apa-apa jaringan.. lagi la. .
Seri 1-1 Pahang layak
2-2 pun Pahang layak.
Bagi Kedah nak seri pun macam susah ja, ya la dengan senarai pemain Pahang yang gah dan gempaq.
Apatah lagi nak score melebihi 3 gol.
Namun itu lah bola. Pabila Kedah "drew a first blood" . Kedah score dulu..then,. All hell broke loose. Pahang naik syeh. Attack dan attack. Kedah pun boleh balas. Amazing.
Hingga membawa perlawanan ke masa tambahan.. jaringan masih bertalu-talu.
Kelakar juga Nwakame yang celebrate gol penyamaan dengan begitu lama.. Seolah2 berjaya membawa perlawanan ke sepakan penalti. Namun keputusan 5-5 masa penuh telah membawa Kedah sekali lagi ke Final Piala Malaysia.
All the best negeri ku.
Pulun Kedah Pulun.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again