Monday 2 December 2019

3 kali kecewa minggu ni..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Salam kembali..

Minggu ni banyak yang berlakunya peristiwa pahit dan mengecewakan. Kaki aku pun masih sakit .


Ok, satu-satu!


Yang pertamanya Malaysia tewas dengan Philipina acara bolasepak sukan SEA. Ala bola je kot.

 Tapi memang mengecewakan. Bukan kerana tak boleh menerima kekalahan tapi memang kita tak boleh menang kalau itulah prestasi. Macam mana boleh teruk sangat. Atau mungkin harapan terlalu tinggi

Aku seperti nak suruh LKW letak jawatan. Memang anak buah dia tak perform! Strategy entah apa tah. Seriously. 

Tengok game hari tu  memang kita outplayed by Philipina. Yes, Philipina. Bukannya Thailand.

Ok tak mau tulis bebanyak. Benda dah lepas. Itu yang first, Jumaat malam Sabtu.

Hari sabtu aku main hoki. Salah satu games  yang dekat dihati. Cuma tak dak occasion yang boleh main selalu. Hanya sekali sekala sahaja dapat main. Ok, games yang kami main ni ok la. Tapi tak menepati apa yg target.




 Maybe result dia boleh diperbaiki tapi tempat ke3 pun not bad.

Anyway, aku nak cerita yang aku cramp dahsyat gila.ITu yang peristiwa pahit.

 Semenjak aku bersukan inilah yang paling teruk. Cramp ke harmstring aku pun tak tau. Kalau sikit-sikit aku masih nak main juga tapi kali ni memang sakit sangat. Sampai hampir mengelupur. Siap nak stretcher gitu..cessss.. Hahahahah
Aku cakap ni first time aku kena cramp macam gini.
Member bisik ..Biasala semuanya ada first time.


Orang sentuh pun sait. Biasanya cramp orang akan tolak tapak kaki untuk release muscle, tapi bila kena tolak sikit saja aku tak tahan kesakitan.

Perghh memang azab, tapi tu lah degil, masih nak bersukan. Maju lah sukan untuk negara,, wohahahahahah.
  
Tu yang kedua.


ini yang ketiga..
Malamnya pula ..layan Man City. Ok pendekkan cerita. Man city leading 2 kali. Tapi Newcastle kejar dan resultnya seri 2-2. Ermmm..
kalau nak hilang point u buat macam mana pun tak menjadi.



p.s tadi sempat visit physiotherapist.. Otot keras dan perlu release. Bagi karan sikit dan massage.

 And getting better..biasa la tu kalau bersukan tak injured tak sah.
Padan..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...