Aku bercuti tempoh hari. Pergi ke Terengganu mengantar anak.
Hari Isnin dan Selasa, cuti 2 hari.
Hari Selasa anak rakan sekerja accident.
Koma.
Pendarahan
kepala. Naik moto ke tempat kerja
Memang rakan sekerja dibawah seliaan aku.
Rabu tu pulak aku work from home. Tapi tetap ada communication
tanya keadaan anak dia. Ada juga update dalam wasap grup.
Khamis dia bercuti untuk bersama anaknya yang tenant dihospital. Ya, anak dalam ICU . Tentulah bercuti
walaupun berada diluar bilik la kan. Tak boleh kot masuk selalu.
Friday dapat maklumat anaknya kritikal.
Petang lepas jumaat dia wasap beritahu doctor suruh baca Yassin.
Dan beliau meminta rakan-rakan mendoakan perjalanan anaknya
Kemudian 4.30 dapat wasap anak dia meninggal 4.21pm.
Dalam perjalanan pulang dari kerja. 4.45, aku call.
Orang yang ceria selalu kat ofis, bila terima call aku terus
sebak.
Seorang ayah kehilangan anak.
Perempuan. Dalam 24 atau 25 tahun.
Keluar mencari rezeki dengan menaiki motor.
Tak tahu sapa yang langar. Tak dapat diceritakan oleh arwah
sebab tak sedar sampai habis umur.
. Tiada saksi
Yep. Kita boleh menenangkan dan meminta bersabar.
Kita bercakap.
Dia yang menanggung
Merasai.
Bebanan atau dugaan serta ujian tersebut dia yang rasa.
Berat hati mendengar dia sebak dan sendu dlm tangisan
Allah Maha Mengasihi. Dalam bulan puasa, hari Jumaat. .
Semoga Arwah Fateha dirahmati Allah.