Thursday, 7 July 2011

Catatan Treasure Hunt : Part II





Ok sambung balik cerita treasure hunt ke Ipoh. Dah lama dah ni, ni baru part 2.
Maka dengan semanagt berkobar-kobar semua peserta dilepaskan pada pukul 9.00 pg. Masa diberi 5 jam. Kerata kami dicatatkan masa 9.12 am. Maka perlu berada di Tower Regentcy Hotel pada pukul 2.12 paling-paling lewat.
Biasalah kalau treasure hunt Lurvy yang “drive”. Aku menjawab soklan la konon-konon terrer. Tulip sama-sama monitor. First sektor punya soalan agak senang. Yang sangkutnya soalan berbunyi lebih kurang macam ni. “ Bila ditekan bintang 512 maka terpancarlah ia” ( Bukan soklan secara verbatim nya. Kalau soklan yg sebenarnya aku lupa " wording "nya)


Kata kunci kat sini BINTANG 512 iaitu channel Astro 512. News package,.. Aku mana ada langgan news. JAwapannya dapat di pecahkan kat sini iaitu “Pusat kecantikan BBC”.

Jalan kena blok dgn kon pulak.
The rest quite straightforward till aku jawab Palazo untuk soklan yg begitu mudah. Sebab bila sampai terlalu awal kat sector tu jalan ditutup dgn kon. Apa la punya tauke kedai…Patut tak jumpa LIRA MUTIARA! Cessssss.




Done that ,,,sambil aku tinggalkan beberapa soklan yg agak mengelirukan. Sbb banyak kesalahan dan mistake sendri seperti jarak sector yang tak diambil betul2 dan target untuk mengejar masa..



Dalam perjalanan , ni dah masuk highway Utara Selatan. Lebih kurang pukul 12 .10 camtu.



Aku: “Nak bagi nama apa team kita ni, Angah”
Angah:“Angah tak tawuuuu”
Aku:”Alif’ ada idea tak”
Alif:’Tak”
Aku:” Oklah ..abah letak “Tumtadadum ta’”
Alif n angah: “ eh abah ni.”
Aku:”Kan masa korang kecik-kecik suka sebut .Abah tulis dah ni ha… TUM TADEDUM TA… ade “K” ke tak? Ok lah maintain camni je lah.”
Maka rasmilah team kami bergelar TUM TADEDUM TA !


Kereta bernombor F11.



F for family



Dalam hati jgn ada kereta berdentum sudah. Tapi tak baik pikir kaitan dgn nama. Apa ada pada nama jika nama Selamat pun tak tentu selamat kalau bawak laju-laju. Lg pun Lurvy yang drive, mesti tak laju punya. Sebab kalau aku drive pun dia yang dok sound suruh slow……

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...