Monday 4 July 2011

Keletah anak-anak bermacam ragam

Tadi bawa anak-anak gunting rambut. Sebelum tu petang bawa dua anak bujang pg padang bola. Ajar-ajar tendang apa yang patut. Yang adik2 nak ikut pulak. Risau kena bola.

Tadi selepas gunting rambut.

Aku: "Alif , mengantuk ke?"
Alif: " Erm, ngantuk. Jum balik"
Aku:" Ke nak kena teh tarik dulu"?
Akmal: " Yeaaaaaa...nak roti canai"
Alif:" Abah dulu-dulu bujang macam ni ke?"
Aku: " Tak lah, abah mana ada keluaq minum-minum. Masa kat hostel abah lepak kat bilik je"
Alif:" Kenapa bah...?"
Aku:" Abah mana ada duit nak lepak kat kedai,wan bagi duit cukup-cukup ja. "
Akmal:"Tak yah lah abah, Mal letih gak ni.."
Aku:" Eh jum la teman abah jap, kena teh dulu....Lagipun Mal tak makan sangat tadi. Badan kurus ja tu, tul tak Alif?

Aku plak yang paksa anak teman aku.. Haishhh.

P.s Alif Birthday nak boot.Then bila ada boot kena beli bola. Dah berapa biji dah . Bocor la. Koyak la. Nike ke Umbro habis pancit. Beli lagi satu , Adidas pulak.Pastu adik (Akmal)pulak nak boot.

Then adik lagi(Danish)satu nak jugak, boot tak ada saiz.
Beli kasut BubleGummer. Mula-mula tanak, tak sama macam abang.

Aku cakap. kasut ni pegi sekolah ( Tadika) boleh. pergi IOI boleh. Main bola boleh.Langsung setuju... Tiap hari pakai kasut tu main bola..sudahhhh.

Yang paling dahsyat,, Aisya pun nak boot.. Pengsan!

4 comments:

  1. aha..cian abah!:)
    hanya abah yg boleh jadi abah..hehe

    ReplyDelete
  2. karenah anak2 yang menghiburkan kan :D

    ReplyDelete
  3. hihiii..entry yg besh..done follow u back

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...