Friday 29 July 2011

Kerana Kau Adalah Harimau

Hujan pagi ini…
Adakah meratapi kegagalan kita semalam?
Tidak sama sekali!
Ia memekarkan harapan yang ada..
Juga menyuburkan semarak,
Perjuangan hari muka.

Jangan berkalau-kalau…
Terus pandang ke hadapan
Kau belum mati untuk meninggalkan belang
Belangmu tetap di jasadmu

Teruskan juang walau hampir rebah
Jika namamu diulang laung
Bangkitlah…..bangkitlah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...