Saturday, 16 July 2011

Kena tukar la gelaran YB ni....

Pepagi ni banyak benda nak dibuat. Tapi bila teringat2, baik tulis blog dulu..

Semalam ke bermimpi, aku jadi wakil rakyat. Aku menang pilihanraya. Aku tak pasti parlimen ke apa, dun mana pun aku tak tau. Tapi gempar saja kemenangan aku. Aku telah jadi giant killer. Aku telah kalahkan Anwar Ibrahim... Hahaha lawakkan??Pasal apa Anwar Ibrahim aku pun tak tau. Tapi sebelah belakang Anwar ada Muhyidin. PAkai baju sama dengan Anwar. Baju Kesatria. Satria baja hitam ke... Oh Musykil- musykil

Masa diumumkan kemenangan pemberita guna Yang Berhormat. Aku cakap, jangan panggil yang berhormat.

Dia tanya : Kenapa YB?
Aku: Panggil saya YT?
Dia: Apa tu? Yang terpilih..bukan maksud dia yang satu-satu pilihan tu. Bukan.. "ter" tu yang tak sangaja...
Dia: oohhhh jadi YB ni.. eh YT ni,, tak sengaja dipilih ke?

Ye..dan ramai lagi yang ter tersangka akan menang pun..

Toink! aku terjaga..

So aku dapat idea, walaupun aku belum buat research. Tukarlah gelaran YB kepada gelaran lain. Aku tak pasti dari mana asal usul YB , YAB ni. Negara lain ada pakai ker... Ade ke kat Thailand.

Kalau anugerah Tan Sri , Tun, Datuk tu lain kategori yer.. Sbb kat England ada "knighthood" yang membawa gelaran Sir.

Ini ahli parlimen ni.....atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri. Mana mai YB ni???

Sbb aku aku cakap mcm ni.. kekkadang depa ni tatau apa pun ..tak amik berat pun. Entahlah. Macam jadi calon dan menang pun depa sendiri naik heran.. Lepas tu sesetengah tak ingat dunia pulak..

Memang la layak dapat gelaran Yang Tak Sengaja Dipilih.. YTSD En Sadiq Sigaraga. Kan sedap tu.

Wokeh, aku nak kemas rumah. Nanti Home Minister balik,nanti YSTB* kena sound pulak..
Home Minister aku keja dgn Education Ministry.. Huh, Tiap2 hari Sabtu ada saja projek kat sekolah.. Nak kena pilih Menteri baru nih...

*(YSTB= Yang Suka Tulis BloG)

4 comments:

  1. Ayoooooo.. X lama lagi You jadi ahli parlimen la tuu.. mesti jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh sebab Anwar Ibrahim ahli parlimen kawasan tu.. HAHA

    YTSD? HAHA

    MySuaraBlog: Lelaki Gemuk Sperma Sikit

    ReplyDelete
  2. Hahaha cute bile mimpi..selamat tengahari YT

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...