Wednesday 12 July 2017

Fungsi bola warna warni pada wayar elekrik? inilah jawapannya

Assalamualaikum bloggers and readers..

Akhirnya persoalan sekian lama terjawab.

Kalau anak anak tanya pun aku macam-macam jawapan aku jawab.

" Untuk keselamatan jika terputus kot, senang nak alih"

" Memudahkan kerja kerja maintenance wayar agaknya"

Semua jawapan adalah agakan semata.


Kini baru akau tau apakah fungsi bebola yang berwarna-warni pada wayar elektrik..

Thank you Yob Man yang beri info ni:


Apa fungsi bola yang terdapat pada wayar elektrik ?

Sekiranya kita tengok pada wayar-wayar yang terdapat pada pencawang elektrik, kita akan dapati terdapat bola warna-warni yang besarnya lebih kurang saiz bola keranjang. Mesti bola tersebut mempunyai fungsi tertentu, jadi apakah peranannya?

Pertama sekali, bola tersebut dipanggil “Aerial Marker Ball” dan ia dipasang sepanjang wayar untuk memberi amaran visual kepada pesawat yang terbang rendah (low-flying aircraft) supaya tidak masuk ke dalamnya. Seperti yang kita tahu, pesawat biasanya terbang sangat tinggi di langit. Jet komersial misalnya, terbang pada ketinggian 40,000 kaki (12 km) dari atas tanah. Manakala pesawat tentera terbang di ketinggian yang berbeza, bergantung kepada keperluan operasi mereka. Tapi adakalanya jet komersial juga perlu terbang lebih rendah bagi membuat pendaratan cemas. Dalam situasi tersebut juruterbang perlu membuat segala perhitungan supaya segala aspek kecelakaan pendaratan cemas tersebut dapat di minimumkan.


Jadi wayar komunikasi dan elektrik juga merupakan antara ancaman yang perlu di awasi oleh juruterbang kerana wayar-wayar ini terlalu nipis untuk dilihat dari dalam kokpit. Maka di sinilah peranan “Aerial Marker Ball” tadi di mana ia dapat menyerlahkan laluan wayar elektrik supaya tidak di langgar oleh pesawat. Dengan kata lain, bola berwarna yang dipasang tadi bertujuan supaya kabel elektrik dapat dilihat oleh juruterbang pesawat yang terbang pada altitud rendah. Kewujudan bola-bola ini akan dapat di lihat oleh juruterbang dari jarak beberapa ribu meter dan untuk menyerlahkan lagi kewujudannya, bola-bola tadi akan di warnakan pula dengan warna yang terang dan berlawanan dengan warna latar wayar.  Maknanya, kalau wayar elektrik tersebut terletak di kawasan hutan yang kebanyakannya di kelilingi warna hijau, bola tadi akan di warnakan dengan warna jingga misalannya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...