Monday, 7 January 2019

[MENARIK] Taman Tema Escape Teluk Bahang Pulau Pinang!

Assalamualaikum bloggers and readers..



Ok sambung cerita percutian ke Penang setelah menceritakan pengalaman di hotel tempoh hari.

Tempat yang dipilih untuk percutian keluarga di Penang ni  ialah Escape (Adventure Park). Ianya merupakan salah satu taman tema yang berlainan dari taman-taman tema yang biasa kita pergi. Dan aku pun tak tau kewujudannya , kan,,, 

Itu pun setalah anak-anak cadangkan.

Lurvy ? Lurvy ikut saja. Dia yang penting nak pi makan tempat best-best. Especially udang etc.

Mengikut website Escape, peraturannya, seperti biasalah taman tema kan, antaranya tak boleh multiple entry. Food and beverage not allowed. Dan lain-lain lagi peraturan yang standard. 



Maka kami ambil heavy breakfast kan hotel pepagi tu. Pukul 10.00am baru gerak. Dari hotel kat Feringgi amik masa 15 minit sahaja kot kalau tak silap. Sesampai saja terus cari parking, yang mana masih banyak sebab awal lagi. 

Oh ya masa operasi 10.00 am hingga 6.00 pm.

Nak masuk ke taman tema ni kena masuk malalui section Waterplay, sebab situ tempat dia akan process entrance kita. Iaitu menggunakan thumbprint. 

Kita masukkan booking number dan keluarlah bilangan pax . JAdi sorang-sorang akan diambil thumbprint secara digital dan "turnstile" pun bukak. Agak lama sedikit la dari kaedah barcode sebab thumbprint pun ada yang tak boleh baca , salah tekankat reader tu, tekan senget etc.  Kena ulang buat balik. Anyway sebab crowd agak lengang, tak lah kalut sangat.

Sebelum tu, kita boleh tambah credit dalam wallet. Sebabnya transaction adalah cashless. Kita akan diberikan pincode dan key-in saja pin code untuk buat pembayaran. Ada locker disediakan. Cuma, dalam pikiran aku lagi secure masuk kan duit dalam ewallet dari letak dalam locker. Ye lah locker ni tak pasti secure ke tak. Kalau ada org perasan/intai pincode kita, dia boleh bukak locker tu.

So aku ambil hampir semua duit dari dompet dan masukkan ke  dalam ewallet.. hehehe. Dari simpan dalam locker..

Sebabnya nanti boleh refund masa keluar dan duit kita secured. Kalau nak beli pun senang , tak payah top up- top up lagi.

Taman tema ni ada 2 side atau section. Satu Escape adventure dan satu lagi Waterplay. Kami pergi ke tempat adventure dulu. Ye lah kan takkan nak mandi dulu then basah-basah nak memanjat bagai.

Adventure Park.

Simple saja konsep dia ni. Semua kena buat sendiri. Ada safety briefing then pandai-pandailah panjat dan buat flying fox. Itu basic dan attraction yang mula-mula sekali agak trill dan fun. Dan memeluhkan badan. 

Ada 3 level..ianya berbeza tahap difficulty. Aku amik level 2. 

Ok done.. 

Got the feel, the aku pi pulak tempat lain 

i.e antaranya Kite-flyer  dan Flying Lemur.

Gilos punya tinggi flying lemur ni. Kalau dah mula masuk safety harness tu memang kena buat jugak, "no turning back" kot. 

Sebabnya memang design cenggitu, kalau boleh cabut-cabut dari wayar keselamatan, maknanya kurang selamat. Risiko tinggi kalau boleh cabut-cabut. Once masuk je kena ikut track sampai habis.

Trill.

Kau gayat ka, takut ka, panic ka, ,tetap kena habiskan. Adventure betul.!! Bayangkan flying fox (eh bukan fox lagi, flying lemur) merentasi laluan yang tinggi, jauh dan perghh…menggayatkan.


Oh did I told you all yang aku ni gayat . kenapalah aku cuba buat benda cenggini???

Well , kalau tak cuba tak tahu kan..


Dan masa ni anak2 dah pergi waterplay. LAju ja depa

 Aku pulak tolong remaja pompuan dua orang yang tak bawak phone, ataupun depa tinggalkan dalam locker. Tak pastilah...

Ye lah, memanjat sana sini takut terjatuh kang pecah.

"Minta tolong pakcik tolong amik video kita ornag naik tu"

..Pakcik?? woahahah

Ok la..Mula mula depa minta tolong Along tapi dia pass kat aku sebab tak nak  kena tinggal dek adik adiknya, yang telah bergerak nak main air.
Dia pun tak mau tunggu situ lelama.

Sebab setting naik Kite Flying tu memang lama. Safety harness nak kena pakaikan betul.. kemudian tarik tinggi tinggi sebelum dilepaskan. Mungkin dalam 15 minit juga nak tunggu. kalau ramai orang berjanggut lah nak tunggu..

Tapi sebab niat nak tolong orang je kan lately, maka aku tunggulah amik video. Kemudian wassap la pulak. Dah kena amik phone number , save dalam hp Lurvy. Sebab guna hp dia, hp aku battery pun nak habis. mana idaknya, amik gambar sana sini.

Dah, sudahnya aku sorang ketinggalan. Lurvy dah pi naik flying fox, yang remaja pergi attraction lain.



Okaylah cerita banyak pun tak guna, tengok photo dulu ..

(tempat ni sangat cool dan best tau!!). 

Ni ha photo-photo kat sana

p.s nanti aku masukkan captions



Ni View dari tahap 2 punya difficulty

safety briefing lagi





Safety harness.. please follow instruction




Laju betol depa ni naik..

Terrjunan !!!



Layan je ..








2 comments:

  1. Good article. I certainly love this website. Thanks!

    ReplyDelete
  2. nak pi lagi hhehe yang dok Penang ni pun xdan nak meronda area sana.
    tapi nak pi yng Waterpark dia..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...