Monday, 17 October 2022

Semoga kita semua dilindungi

"Saya tak tinggal awak, Yang (Sayang)."

itu raungan si suami di kala kereta terbakar di kemalangan maut di Johor.
Dan api terus marak maembakar kereta dan isinya.

Pilu. 

Dan tiada apa yang dapat dilakukan

Hanya melihat dengan sebak dan syahdu. Badan hampir kaku melihat kebakaran. Tiada upaya untuk bergerak.
Hanya mulut mampu menjerit.
Dan air mata yang mengalir.

Sedih kan.

Semoga roh arwah si isteri di rahmati Allah dan si suami terus tabah.


Nauzubillah. Doa agar kita dilindungi dari mara bahaya yang nampak atau tak nampak.

Jauhi lah kemalangan samaada ddari kealpaan kita atau bukan salah kita tetapi kegopohan orang lain.

Semoga kita terlindung dari tragedi dan dijauhi dari ujian yang tak mampu kita hadapi.

Kita pastinya merasa kehilangan dan pernah kehilangan.
Itulah kitaran hidup, Pasti nya mati dan meninggalkan dunia yang fana.

Kehilangan menyebabkan kita tersadar.
Kehilangan yang mengesankan diri.
Meninggalkan memori yang tak pudar.
Terus kekal  di hati  sanubari.

Jadi.
Hargailah apa yang ada.
Kecapilah kebahgiaan seada nya.
Jangan pernah terlalu kecewa.
Kerana ada natijah dan hikmahnya.
Disana abadi dan tentulah kita nak bahagia,
Hidup hanya sementara.
Bersyukur dan berusaha ke arah yng terbaik

5 comments:

  1. Allahuakbar
    menitis air mata jga.smlm.tgk kat berita.
    Jeritan tak berdaya sang suami
    Sgtttt menyentuh hati sesiapa jga

    ReplyDelete
  2. Teringat balik bila baca entry awak ni. Hargaila orang yang kita sayang selagi nampak mereka depan mata ni

    ReplyDelete
  3. muhammad solehuddin1 December 2022 at 22:20

    nice info!! can't wait to your next post!
    visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...