Wednesday 4 August 2021

Nak tulis cerita lain, jadi cerita lain

Assalamualaikum bloggers and readers..

Banyakkkkk perkara berlaku dalam masa yang singkat. Too fast too furious! Seminggu yang lalu..

Mula-mula parlimen bersidang Isnin lepas. Tu diaa, dia punya meriah sampai tak hengat dunia. Aku yang tak follow pun terasa kemeriahan dari pada posting2 dalam medsos.

Ada yang post gambar zoo la . Ada yang post gambar monyet, ada yang post lutung. Meriah,!! Tak hengat dunia. ( dua kali dah aku tulis tak hengat dunia) 

Rupanya ahli politik ni kalau tak leh bertekak tak puas rasanya kot. 

Sekali dapat microfon..depa pelepas geram..

 Tup tup ..proklamasi darurat dan ordinance punya isu timbul. Gegar lagi sekali. Sebelum ni depa dok berbalas teriak. Kali ni dok hinggut pokok pulak. Perumpamaan ya.
 Betapa kalut dan meriah.
Last last tutup kedai (parlimen).

Tak habis situ ,sambung berdemo org muda baju hitam. Kemudian org tak berapa muda di dataran. Yg muda Syed Saddiq ja. Parti dia pun nama MUDA.

Yang lain -lain muda juga. Muda pada tahun 1965 kot.

Aku tulis pasal rentetan yang berlaku ni pun rasa kalut. So bawa bertenang,, bukan nak pi mana. Kalut sat saja. Lepas tu macam tu la kita. 

Fuhh..ok cool cool. tetiba.. parti UMNO tarik sokongan pulakkk. Kali keberapa UMNO ni dok habaq tarik sokongan aku pun tak pasti. Tarik sokongan ada banyak peringkat kot. Tarik tak tercabut cabut lagi kot. Kejab sungguh .. dok tarik dan tarik...

takpa negara demokrasi. nak tarik ka nak sokong ka memasing boleh buat pilihan memasing.

Eh aku nak tulis pasal lain tapi terbabas jauh ni.

Lagi satu PM jatuh ke idak ni?? Apa cer..??
Menarik kemelut politik kali ni, Sangat menarik. Kita tunggu dan lihat. 

Nak komen bebanyak tak reti sangat. Pusing kona kot sana sini. Kita ja yang tak boleh pi sana sini. Kes makin naik, Org kata dok rumah, depa dok kalut hal memasing. Dok kalut hal politik, Pasal jak jadi PM..pasal sapa  nak naik, Pasal nak pejatuh,

Memang kelaut semua perancangan . la ni rakyat juga yang naya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...