Biar hujan hapuskan airmata mu.
Biar arus lenyapkan duka.
Lupakan sedihmu yang berkongsikan ribuan warga.
Pengalaman guru yang bermakna.
Amatan mengajar waspada
Ia mempunyai jiwa, ia mempunya warna.
Jangan semuanya musnah dek jengahan di dinding dinding puaka.
Kerana mereka tidak pernah merasa.
Rasa dan jiwa mereka juga berbeza.
Kau dan laluan mempunyai hala.
Mereka "berkelewaq" di merata wadah.
Senyum mereka pura pura.
Tulisan mereka merebak hina.
Tiada yang ihlas malah durjana.
Tidak betah mengenal sirna.
kerana kelibat hampir serupa.
Teguhkan dirimu.
Pasakkan iltizam mu.
Bergerak dan terus maju.
Kerana segalanya utk dirimu, demi yang Esa.
Bukan untuk meraikan mereka, yang tak pernah bersyukur cuma.
Bekalkan dirimu dengan penuh cangkir cangkir ilmu.
Penuhi lah telaga kebajikanmu
Akan berguna berhadapan mereka.
Dengan ilmu kau pasti berjaya.
Mereka rebah menjerit berdusta.
Mereka kan dihina, waktu menentukan segala.
Bersenyumlah,
Bersyukurlah dalam jaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again