Saturday 17 July 2021

Skip lagi today...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Khamis Jumaat Sabtu.. Dah kira 3 hari after vaksin kan.. Complete 2nd dose

Khamis- First day, ok tak dak apa-apa side effect. Makan durian, melawan nasihat Dr Wassap Asap.

Jumaat- Second day ok juga. Nak jogging tapi kemalasan.. hampeh.  Malam tadi anak nak peluk masa nak tido kata badan abah macam panas. So telan panadol sebiji.

Sabtu- Hari ni nak jogging tapi set waktu petang..tengok tu, tangguh lagi..wohahahahah.

Alasan doctor wassap kata jangan buat activiti berat , yang ni aku pulak ikut. Dasar cari alasan utk tangguh jogging.

Petang tadi lepas zohor:
Lurvy:" Ada lelong durian RM5 sekilo. Maximum 10 kg ja boleh beli" Ni ha kat FB
Aku: krik krik. 
Nota:-Orang lelaki diam ni bukan tak nak respon tapi otak dok pikir, Nak beli ke. NAk jogging. Kalau beli memang balun punya. Hmmmm..masih berfikir fikir.

Layan Netflix dulu lah > Citer Protector. Cerita Turki. Lokasi Istanbul. So teringat la tempat2 yang dah pi dulu. Grand Bazar, Fatih Sq dan Hagia Sofia serta Blue Mosque.. Dan bersiri pulak,, tahu lah kan..

Dekat Asar. Teringat pulak tak jawab soalan Lurvy tadi, Kan,.. lama nak respon.Wohahaha.
"Jadi ke beli durian??? "Aku pulak tanya. 
"La tadi diam. Selalu macam tu." Lurvy respon.

So bila macam tu. Jawapan helok yang positif tau.
"Okay lepas asar kita pi tengok" Mana. Mana boleh pi tgk saja, Mesti beli punya.
Dan jogging tinggal jogging dalam kepala. Settle beratur dan beli dan 6.45pm.
Selalu sempat je 30 minit kalau nak jogging .
Tapi tarikan durian membuat aku kata:
" Yang , buka satu yang ni , nak tengok isi cantik ke tak?

Selesai dengan ayat tu, skip lagi jogging.. Khalas!!

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...