Wednesday, 24 October 2018

Rahsia menyimpan wang : Kaedah " Sweeping"

Assalamualaikum bloggers and readers.


Hari ni Abam nak kongsi kaedah untuk menyimpan wang di hujung bulan. Hujung bulan tu maksudnya last day sebelum gaji. 
Seperti hari ni lah.


Jumlah yang dikumpul dan di "sweep" ke ASB



Dan ianya sesuai untuk orang makan gaji atau ada cash flow yang tetap setiap bulan.

Ok,, bila last day sebelum gaji macam hari ni. Tentu ada cash yang belum terguna atau entah macam mana ada lebih la pulak kan, selalunya  tak cukup.. Wohahaha..Pening kan tetiba ada lebih.

Ok serious!! ye lah selalunya mesti ada lebih. Tak sepuluh ringgit, 3 ringgit atau apa-apa sajalah amountnya, tak de. Sen sen pun lebih juga.. Orang selalunya underestimated amount yang kecil-kecil ni

Kaedah ni, Abam namakan kaedah “sweeping”. Maksudnya, sebarang baki akan di “sweep” ke “dedicated” akaun.  Anda tentukanlah akaun tersebut. Abam cadangkan akaun tersebut adalah diluar daripada rangkaian akaun2 yang mudah anda withdraw.
  
(Abam,, eh.. tak sesuai abam bam ni. Cam pelik ja.)

Aku cadangkan masuk ke akaun ASB. Yep, secara online.
Contohnya, hari ni 24 haribulan, esok gaji masuk. In sha Allah tak ade aral melintang akan masuk, ye dak.

So anda buka akaun anda secara online dan semak. Tetiba , macam mana tak tahu lah, ada lebih. Ada baki .
Ya Allah, ada balance la pulak. Macam mustahil kan ..

Jangan panic ya. Jangan pengsan kalau ada baki. Mesti ada kan. Takkan ngam ngam korang spend dak? Mungkin tak kisah sebelum ni.

So bila ada balance, bermulalah adegan "sweeping" ni. Transfer cepat-cepat masuk akaun yang di dedikasi kan  ( dedicate account) untuk proses "sweeping" tersebut. 

Contohnya, transfer semua balance dari kaun gaji anda ( yang dibenarkan, sebab kena ada minimum balance) ke dalam ASB. Buatlah secara online, kan senang.Gunakan lah myASNB online.
Eh belum ada? Silalah register cepat-cepat.

Transfer je..sebab besok masih ada.., gaji baru. Perlu dingat ada minimum payment juga utk “sweep” ke ASB, i,e dalam gandaan ratus, kalau tak silap.
Kalau sebulan RM102 sweep ke ASb, next month RM 126 ke.. Anda akan terpegun nanti bila jangka masa panjang jumlahnya menjadi sebanyak mana.

Apa lagi, start now, today!

Oh , bagaimana pula kalau tak cukup seratus bakinya. Hmm.. ada juga caranya. Transfer lah ke akaun lain. 

(Akaun lain:   akaun semasa, akaun di bank lain selain dari akaun gaji anda, Akaun anak ke, akaun wife ke…yang pentingnya bukan akaun "day-to-day" anda)

Kumpul kat situ dulu, bila dapat certain amount. Transfer ke ASB. Done. Buat je, sweep singgit pun bukan ada orang tahu.

Tak per sikit sikit pun sikit sikit lah. Yang penting duit tu adalah lebihan. Jangan panic dan trigger sifat nak habiskan pulak!!





Jangan jadi macam kawan aku. Ada je duit , nak-nak esok nak masuk gaji, terus nafsu nak spend muncul.
Pokoknya, kekalkan cara hidup as biasa..apahal lak nak kena spend terus.

Tapi nak enjoy life, nak indulge ke apa ke, travel ke . Ada kaedahnya.
Bab ni kalau abam rajin abam akan share lagu mana nak buat

Abam punya point ialah, (eh Abam pulak)…spontaneous nafsu yang nak kena elakkan. Pantang ada lebih terus mau spend, dan jenis tak plan punya spending..Hmm susah la.

Ingat, hujung bulan “sweep”. U will be amazed dengan keputusan (iaitu hasil) dan disiplin anda.



Aku nak share satu message
wasap..Dari agen yang nak beli hartanah aku.. Ni taktau genuine punya offer ke idak..atau nak test market sahaja.. Wohahahaha

What shud I do? Hmm aku ada banyak alternative, ..

tetapi apapun kena back to objective. Nak hold dulu.. apa rate of return..apa reinvestment risk nanti.

So keep calm and keep investing in property…

Salam hormat…

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...