Thursday 5 July 2012

Tetap saman...

PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan (Shades) akan meneruskan niatnya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah blog hiburan yang didakwa telah memfitnahnya sebagai suspek kes rogol anak tiri.
Wan berkata, dia meneruskan tindakan itu kerana ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut dan mana-mana pemilik laman blog supaya lebih berhati-hati ketika menulis sesuatu selain lebih beretika.

"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua “blogger” di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.
"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak," katanya.

Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.
Tajuk berkenaan menurut Wan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti dan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia, dekat sini.
Dalam pada itu, Wan memberitahu dia telah bersemuka dengan pemilik blog berkenaan ketika dipertemukan dalam sebuah rakaman program berjudul Awal Lagi untuk siaran TV9 baru-baru ini.
Katanya pihak blog berkenaan telah memohon maaf kepadanya secara terbuka dan dia menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas.
"Saya sebelum ini telah memberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf tetapi mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian tetapi saya tetap maafkan.

"Apabila “blogger” berkenaan menghulurkan kata maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telah memaafkan mereka tetapi dari segi kerjaya saya akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut," ujarnya.





Sumber: Mstar ( Klik sini)

p.s berhati-hai di atas jalan dan di atas talian

Update:
Juga dari Mstar:

Uncle Seekers Ditangkap Beri Komen Terhadap Kerabat



Oleh DESIREE TRESA GASPER
JOHOR BAHRU: Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditangkap di Plaza Tol Senawang sekitar pukul 9.45, Rabu lepas.

Difahamkan Syed Abdullah telah ditangkap berikutan komen provokatif dan menyakiti berkaitan kerabat Diraja Johor pada blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Beberapa laporan telah dibuat terhadap Syed Abdullah berhubung komen-komen yang dibuat.

Timbalan Ketua Polis Johor Senior Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata polis akan membuat satu kenyataan tidak lama lagi.

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...