
Si Danish (6 thn) semangat nak berpuasa. Setakat ni alhamdulillah masih bersemangat waja. Dah masuk hari ke4 pun. Dia sendiri yang nak ikut belajar berpuasa.
Masa berbuka, aku pun bagitau:
=Danish, orang berpuasa ada dua kegembiraan
+Apa tu abah?
=Satu , semasa berbuka dan satu lagi masa bertemu Allah. Seronok tak berbuka tadi?
+Best. Esok nak puasa lagi lah abah! Erm seronok berjumpa Allah macam mana?
=Seronoklah. Suka kan kalau berjumpa orang yang sayang dan kasih kita..Gembira la jumpa tuhan. Kalau Danish jumpa org Danish rindu suka kan..ermm.
+Tak pe lah abah .. Danish nak suka masa makan ni dululah..
= Ye la ye lah. Makan dulu...
"Tak pe lah abah .. Danish nak suka masa makan ni dululah.."
ReplyDeletedanish nk mkn, abah asik ckp jer...hahahaha..
chumel jer