Saturday 10 September 2011

Yehaaa... Kita tak pernah kena jajah British???


salam..
Ni entry spontan lagi.. terpanggil menulis apabila ada Professor mengatakan Malaya tak pernah dijajah oleh British. Wallawei! Satu fakta baru. Atau fakta lama yang baru terbit. Kenapakah? Kenapakah?

Aku tak ada masalah samada Malaya pernah dijajah atau tidak. Lantak pi la. Sebab aku tak boleh buat apa pun. Benda dah lepas mana boleh ubah. Tapi fakta tak boleh diubah! Itu pokoknya. Kenapakah fakta ni baru keluar???? Kenapakah?

Apa lagi sejarah kita yang baru nak keluar.?

Aku tak ada masalah dgn pendapat masing-masing. Tapi polemik ni timbul aku bimbang jika hanya kerana seorang ahli politik "petik" tentang pejuang kemerdekaan. Semua jadi huru-hara, lintang pukang jadinya. Semua keluar teory. Semua membetulkan org lain.
Aku tukang dengar dan ulas. Tak pasal2 aku kena ulas.. Sapa yang suruh,,hahaha..Sendiri mau ingat??

Tak ada sapa suruh, tapi kalau mereka yang tak tulis blog, ada orang membebel dalam hati, ada yang gebang dengan kawan dan mestinya buat dek saja, bukan masalah aku lah...

Kalau isu ni, isu Malaysia dan sejarahnya perlu dikaji semula amat malang jika hanya kerana Mat Sabu.Kajilah kerana mencari kebenaran,.

Secara ringkas yang aku paham:

1. Mat Sabu kata Mat Indera ni pejuang.
2. Utusan kata Mat Sabu hina pejuang.
3. Lain2 kata Mat Sabu sokong komunis.
4. Mat Sabu kata dia tak kata pun pasal komunis.
5. Ada sejarah kata Mat Indera ketua komunis.
6. Mat Sabu kata dia tetap kata Mat Indera pejuang kemerdekaan sbb menentang penjajah iaitu British.
7. Yang aku paham, lawan British hero, lawan polis adalah pengkhianat. Yang aku paham komunis tu memang lahanat..
8.Terkini, ada Professor yang kata British tak pernah jajah Malaya ( ataupun Tanah Melayu , erm apa nama negaraku ketika itu, aku tak pasti).

Sebenarnya aku masih tak kisah samada kena jajah ke tak?
Sbb sini juga negaraku telah sampai,, walaupun dalam kekeliruan! Walau tak sempurna, lebih baik dari yang lain2.

Tapi kalau fakta terbit sebab nak betulkan "siapa-pejuang-siapa-pengkhianat" tu amat malanglah sebab aku dah belajar dulu dulu lain cerita....;lambat sangat..penat saja aku beajar yg kita pernah kena jajah. Tolongla wei,, bagi fakta yang sebenar!!! Letih la...

Samada kena jajah ke, tak kena jajah ke, Tanah Melayu telah hilang di dunia. Hanya Melayu tak hilang ( err ataupun masih belum hilang).. namun org yang kata Melayu takkan hilang didunia pun dah hilang ( kuburnya). Wallahhualam...


P.s Apapun....Marilah kita melihat kehadapan untuk Malaysia yang lebih baik. InsyaAllah..

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...