Monday 9 May 2011

Macam ni la...

Baru depa ada akai. Ni tak, selalu saja terlepas.. Masuk negaraku bawak kereta mcm pelesit.Motor pun sama, bila tergolek dog barulah tau betapa lajunya depa bawak. Keluar sempadan tak kena apa-apa saman. Yang dok kalut settle saman golongan marhain jugak ( bukan sokong buat salah yer). Sekarang, nak test higgway Malaysia???, boleh seehhh, nak keluar, bayar dulu.. Jangan kerek seyyyy...

Bayar saman sebelum balik - Kenderaan asing perlu jelas kompaun trafik elak ditahan
KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan asing yang melanggar peraturan jalan raya di negara ini perlu menyelesaikan semua saman dan kompaun, sebelum mereka dibenarkan keluar daripada negara ini.
Sebagai permulaan, semua kenderaan dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia yang masuk buat pertama kali diwajib mendaftar dengan sistem pendaftaran kenderaan di pintu masuk negara.
Menerusi pendaftaran itu yang dikendalikan pejabat kawalan sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), butiran kenderaan akan disimpan dalam pangkalan data dan jika pemandu melanggar undang-undang serta peraturan lalu lintas di negara ini, sekatan keluar masuk dapat dilakukan di sempadan.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan akan memasang sistem pengesan kenderaan automatik (AVSS) untuk mengesan secara elektronik pesalah trafik kenderaan asing mulai akhir tahun ini.
“Kuasa ini diperuntukkan mengikut Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh menyekat pesalah trafik sehingga mereka menyelesaikan saman melalui pembayaran kompaun atau cara lain.
“Dengan penguatkuasaan itu, kita dapat memberikan kesaksamaan dan keadilan sewajarnya bukan saja kepada kenderaan rakyat tempatan tetapi juga tindakan sama kepada kenderaan asing yang kadang-kala melanggar peraturan di negara kita seperti memandu laju dan menyebabkan kemalangan, ” katanya kepada Berita Harian di sini.
Abdul Rahim berkata, usaha kerajaan itu sebagai amalan timbal balas kerana kenderaan negara ini yang masuk ke negara jiran juga dikenakan peraturan yang sama selain mengawal kegiatan kenderaan curi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menambah tenaga kerja di pintu sempadan bagi memastikan pelaksanaan itu kelak berjalan lancar.
Mengenai kos pemasangan AVSS, katanya, kosnya ditanggung pengendali yang dilantik dengan perolehan diterima daripada hasil kutipan saman.
“Buat masa ini, sistem ini sedang dibangunkan dan menjelang akhir tahun ia akan dilaksanakan,” katanya

5 comments:

  1. nice info,

    kunjungan dg senang hati.... :)

    ReplyDelete
  2. sepatutnya sistem AVSS ni dah lama dipraktikkan...apepun ok laaaa dari tak buat langsung.:-)

    ReplyDelete
  3. baru nak buat? ku sangkakan dah lama buat..
    Malaysia ni undag2 ada tapi buat dgn tidak jer..

    ReplyDelete
  4. tq for info..neway diorng bwk keta mcm igt kt negara sendri je

    ReplyDelete
  5. bagis beno la tu..dorng ni kngkadang masuk malaysia nuat mcm malaysia ni tak de peraturan jalan raya..main bantai je..especially kereta drpd singapore

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...