"Mob rules" p.s. Nampak tak apa yang aku nampak?? Ramai pulak nak selfie dgn dia.. |
INDIA: Padah kerana perbuatannya yang merogol seorang
pelajar, seorang lelaki maut dipukul, diseret dan dimalukan oleh orang sehingga
mati.
Lelaki yang dipercayai berada dalam tahanan polis itu
telah diambil oleh orang ramai apabila mereka menyerbu penjara di Dimapur
dengan membakar dan memecahkan pintu penjara tersebut lalu menangkap, membogel
dan menyeretnya sejauh empat kilometer.
Sambil diseret lelaki yang berumur 35 tahun tersebut
dibelasah oleh orang sambil bersorak.
Dalam masa itu ada juga yang membaling batu dan keadaan
lelaki itu tidak ubah seperti memukul seekor haiwan sehingga tidak bernyawa
lagi.
Penduduk disitu menyimpan dendam selepas lelaki itu
didakwa telah merogol berulang-ulang kali seorang pelajar di sebuah kolej bulan
dengan kejam sebelum itu sebelum berjaya diberkas pihak polis.
Selain itu mereka turut membakar rumah dan kedai suspek
yang menyebabkan bandar itu kini berada dalam keadaan tegang.
Pihak polis yang cuba meleraikan keadaan ini menggunakan
baton dan melepaskan tembakan menyebabkan beberapa orang cedera.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again