Cerita pagi tadi...
"Hang tengok video dak pasal budak pompuan tu"? Tanya buddy aku
"Video mana pulak"? Aku blur blur
"Ala yang komen pasal hudud tu" balas kawan
"Owh,, arghhh.. aku tak tau nak komen. No words yang aku boleh describe orang macam tu. Bagi aku dia seorang yang sakit kot" . Aku rasa boring nak ulas, bukan boring topik kawan aku tapi entahlah .
Aku rasa mual .
"Basicaly dia menunjukkan ke(korang tambah la)an dia. Tapi yang bestnya mungkindia tak sedar"
"Apa hang kata? Dia sakit?"
Aku diam......
Aku petik berita pasal dia dan mereka yang sebumbung dengan dia:
BFM Radio menarik balik klip video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi?” selepas menerima ugutan bunuh dan rogol di media sosial hari ini.
Video kerjasama antara BFM Media dan Projek Dialog di laman Youtube BFMkupas ditarik balik susulan ugutan bunuh dan rogol terhadap wanita di dalam video berkenaan, Aisyah Tajuddin.
"Video itu berniat untuk memberikan komentar satira sama ada pelaksanaan hudud adalah keutamaan kerajaan Kelantan terutamanya susulan tekanan ekonomi dan proses membaik pulih pasca banjir yang melanda negeri itu," kata radio perniagaan itu dalam satu kenyataan petang ini.
Video yang dimuat naik semalam menarik perhatian sekurang-kurangnya 6,000 pelayar laman sosial dan beratus komen terhadap komentar yang dilakukan hos radio berkenaan.
Beberapa komentar mengatakan Aisyah, seorang Islam yang terpesong akidahnya dan harus dibunuh dan dirogol.
"Namun berdasarkan komen-komen yang diterima dari pelbagai pihak, ianya jelas sebahagian daripada penonton kami menganggap kami mempersoalkan kesahihan hudud itu sendiri.
"Ini bukanlah niat sebenar di sebalik video tersebut. Kami hanya mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya," kata kenyataan itu.
Stesen radio berkenaan turut melahirkan permohonan maaf mereka terhadap penyiaran video tersebut.
"Kami ingin meminta maaf jika ada pihak yang tersinggung lantaran video ini," kata kenyataan itu.
BFM bagaimanapun kesal dengan ugutan yang diterima Aisyah dan melihat tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
"Bagaimanapun kami ingin menyatakan rasa kesal terhadap serangan peribadi yang ditujukan kepada pengacara video tersebut, Aisyah Tajuddin, termasuklah ugutan bunuh dan rogol.
"Kami ingin menegaskan Aisyah hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukanlah pengacara tetap rancangan itu," katanya.
Kenyataan itu turut menjelaskan, Aisyah juga bukanlah pengarang skrip tersebut, oleh itu pandangan yang diajukan di dalam video tersebut bukanlah pendirian peribadi beliau dalam hal ini.
"Kami membantah dengan sekeras-kerasnya segala serangan dan ugutan yang dibuat ke atas Aisyah Tajuddin.
"Ancaman tersebut bukan saja salah di sisi undang-undang tetapi tiada tempat dalam masyarakat kita yang mendukung nilai keamanan dan toleransi,” katanya. – 20 Mac, 2015.
Dipetik dari Malaysian Insider,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bfm-tarik-balik-video-hudud-selepas-ugutan-bunuh#sthash.i2rp4Pny.dpuf
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again