Kegembiraan?
Aku kekadang terfikir.
Amat payah untuk mengembirakan orang kaya, atau orang
perasan kaya, berbanding orang miskin. Agaknya lah..
Mungkin benar,
mungkin juga salah telahan
aku..
Dari segi materialistik, agaknya lah… org yang kaya
dan sombong memang sukar menikmati kegembiraan berbanding org miskin (atau
org berada dan zuhud..)
Aku mengambil contoh,, kalau anak kecil yang biasa menerima
hadiah seringgit tetiba menerima 2 ringgit, akan terpancar sinar kegembiraan
yang amat sangat diwajahnya.
Ataupun org gelandangan yang tidak mempunyai apa tetiba
dihulurkan makanan ayam goreng KFc tentu lah boleh menangis kegembiraan..
Atau budak-budak miskin yang tidak pernah merasai kenikmatan
makanan burger bakar, (walaupun kita selalu nikmatinya hari2..), tetiba
dihulurkan makanan sedemikian, alangkah bersyukurnya dia
Memang senang sekali memberikan kegembiraan kepada org yang
miskin dan papa,,, Itulah kemuliaan yang dituntut….
Berbalik kepada kepada org kaya yang ada asset berbillion,,err
satu billion katakan, dan mengambil contoh budak yang menerima hadiah dari
seringgit kepada 2 ringgt tadi, apakah sikaya akan bergembira dengan pulangan
10 juta?
10 juta adalah terlalu banyak bagi kita kan.. bagi kita,
bagi mereka?
Mungkin hanya celah gigi sahaja walaupun dari quantumnya
amat banyak bagi kita-kita..
Tetapi untuk melihat mereka yang kaya ngeyeh ialah bila pulangannya ialah 2 x ganda ( seperti budak
mendapat 2 ringgit tadi).
Bermakna kegembiraan material hanya akan tubit bila mendapat
2 billion.
Tengok susahnya bila ukur kegembiraan dengan wang ringgit..
Namun senang sahaja menceriakan mereka yang tiada apa2…
Jadi pilihlah untuk siapa ingin kita gembirakan hati mereka.
Cer lihat
sekeliling , siapa yang lebih memerlukan curahan kasih sayang dan kongsian
rezeki kita..
Adakah kita sudah memikirkan tentang asnaf yang 8..
Renungkanlah….
Bagaimana pula dengan kegembiraan golongan ini pula:
Penyamun, perasuah, pelacur, penculik, penipu , bapa ayam, nak
ayam, laki ayam , pencuri kabel letrik.. pencuri pagar besi, pencuri
motor…pengedar dadah??
Mungkin mereka sentiasa berada dlm kegusaran menerima wang
yang tak beerti dan bernilai. Tiada kegembiraan tapi ketamakan untuk
mendapatkannya lebih lagi,..
Bila mendapat sesuatu aku selalu teringat mereka yang
tiada…opsss.. tak perlulah aku kongsikan apa yang aku buat..
Aku hanya terlintas untuk mencoret kan ttg kegembiraan..
Moga anda melakukan sesuatu untuk mengembirakan seseorang ,walaupun yang tidak anda
kenali..tetapi penuh beerti baginya.
Selamat bergembira dengan penuh keberkatan rezeki.
p.s Kegembiraan dan
kekayaan memang ada positive correlation tapi not perfectly correlated.
p.s2 Tak salah,,, malah dituntut untuk mendapatkan kekayaan
dunia juga
materialistik,,, like thats word.. hehe
ReplyDeleteTak perlu kita fikirkan pasal si kaya, asalkan kita gembira tu dah cukup :)
ReplyDelete-> ❤ TechKini.com
Betul betul.
ReplyDelete