Selamat pagi Sabtu. Cuaca pun best kan...
Aku bangun pagi sengal-sengal badan.semalam. Berapa games pun tatau aku main. Sejam setengah aku bermain kot.. non stop. Berhenti tukar partner sahaja.. Tetiba fit la pulak.. Main pun semangat saja.
HAbis kena tibai...wohahahaha..
Tu la penat oo bercakar harimau,, eh silap, main badminton. Tapi kan apa yang penting malam ni . Semoga Malaysia boleh main dengan cemerlang dan tanpa terlalu tertekan. Kalau nak sangat menang dan tertekan kekadang boleh makan diri, seperti melawan Singapura. Anyway sokong tetap sokong, kerana inilah negaraku.
Esok plan nak mendaki Bukit Broga, Harap tak hujan lah. Lurvy awal2 lagi tarik diri. Aku dan anak bujang saja kot yang pergi. Plan jumpa kawan kat Semenyih.....
Hari ni agak free. Mungkin pergi mamak, unting rambut. Petang nak pergi Putrajaya buat passport. Kalau korang tak tau ada beberapa cawangan Imigresen yang dibuka sampai pukul 10mlm dalam bulan Disember ni ( Mungkin sempena cuti sekolah). Tarikh umrah dah dapat..
Nak prepare visa umrah dan bagai lagi... Cuti dah plan. Sebab tu sekarang ni takleh enjoy sangat amik cuti2 Malaysia.
bukit broga tu pun jalan dia makin licin..dan bahaya :( takot nak naik lagi
ReplyDelete