Friday 7 October 2011

(Sambungan) cerita tidur ketika ribut......


Bahagian I sini
Bukan aku berada ketika ucapan beliau,,, tapi terbaca teks ucapan..

Yang penting intipati dia... asyik tertidur je ketika ribut ni macam mana,,,


ok, sambung cerita... Oleh kerana terdesak maka pemilik ladang tersebut pun terpaksa mengambil budak yang dikatakan tidur ketika ribut ni. Kiranya susah lah kan... Nak suruh buat kerja, tambahan pula dalam keadaan ribut, dia boleh tidur pulak... Nak kena potong gaji nih..


Namun pemilik ladang memberikan kerja juga kepada budak itu.

Satu hari, ribut datang dengan kuat . Dengan hujan nya.. dengan angin kencangnya...


Pemilik ladang bergegas keluar dari rumah.. Oh dia panik .. Macam mana dengan lembunya... jeraminya, gandumnya..bijirin nya..


Mana pulak pergi budak ini... Dipanggil-panggilnya tak bersahut, mungkin kerana suasan bising. Pemilik sangat-sangat memerlukan pekerja untuk membantunya dalam keadaan kelam kabut..

Arghh..persetankan budak itu: Kata peladang. Kalau tunggu dia habis terlepas lembu..

Segeralah dia ke kandang lembu. Beliau melihat kandang lembu terkunci rapi. Semua lembu berada dikandang dan menikmati rumput yang banyak.


Segera beliau ke ladang..melihat jerami yang disusun dan diikat rapi.. Kemudian ke stor simpanan bijirin.. Segalanya kemas, tersusun rapi dan kering. Dilindungi dari basah...


Ohhhh. Settled dah...!!


Pergilah beliau ke bangsal pekerjanya... Memang beliau sedang tidur!!!! Dengan nyenyaknya..setelah bekerja keras...dan masa ributlah yang sedap tidur....


Oh apa kena mengena dengan budget...entah!! heheh,,maksudnya walau dalam keadaan apa pun kena bersedia...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...