Tuesday 25 October 2011

Habis..jahanammm kalau macam ni…


Habis..jahanammm kalau macam ni… memang hancur kalau benda macm ni tak boleh control…. Folks, lets get serious. Ini bukan main-main punya.. Ini melibatkan kita dan kesinambungan kejayaan …ataupun kemeruduman!!

Entry yg serious,,,tapi biarlah... nak bagi kita paham,org ramai paham (macam le ramai org baca.,hahaha ). Tak kiralah, waima sorang je yang baca pun...

Blog kan boleh mendidik.. Mendidik kearah kebaikan ataupun sebaliknya..

Tapi ni nak bagi sedar lah…dulu org tak pedulik pun Laporan Ketua Audit Negara…. Org tak kisah pun, tapi sekarang transparent gitu. Masalahnya lapuran saja transparent, duit tiris(?)ada juga ataupun ada salah laku jugak…

Bayangkan… Laporan Audit Negara yang baru-baru ini mengeluarkan beberapa maklumat yang agak mengerikan/ merisaukan. Oh ya tabik spring kepada pihak jabatan audit Negara (JAN) yg highlight penemuan-penemuan dalam laporan tersebut. JAN mungkin telah membuat kerja yang begitu teliti hingga berjaya membongkar salah laku atau salah prosedur beberapa kementerian/jabatan.

Fakta yang menggerunkan:
Kementerian Pelancongan terlebih bayar RM270 juta???eh untuk rak phamplet??? Banyak tu….. Serious banyak.
.Ok ok.. billion lagi banyak..RM270 juta memang banyak jugak kot. Sapa kata sikit bro….
Eh ada org sebut “kalau billion betullah banyak”
Ha.!!!.ada songlap billion RM ka??? Kuang kuang kuang…

Wokeh balik kepada RM270 million. Kalau buat jalan kat kg aku paling mahal pun mungkin 1 juta.. boleh juga 240 kampung dapat manafaat.. Tu saja perbandingan nya…. Sedih oooo.. Duit hilang macam tu saja..

Satelit 142 juta.. ( juta la pulak, kejap juta kejap million!) entah lah macam murah ja duit sekarang.. Masuk orbit balik…aku yang offtrack jap.. ok satelit RM142 juta dah off track.. 37 km jauh dari sasaran.. Benda high-tech macam mana boleh rosak dgn mudah. Amat-amat sensitive punya teknologi dan dah lama org buat dah hantar satelit nih. Kenapa Malaysia punya jadi macam tu…

Sapa-sapa yang jaga amanah Negara tolong tengok-tengok. Kaji dan perbetul baliklah ..kaedah dan procedure. Duit org ramai kot!

1 comment:

  1. uuuuuu..50,000 pun dah terlalu2 cukup untuk membiayai seorang pelajar yang tiada tempat bergantung dari awal kemasukan U hingga tamat..
    apatah lagi jika RM270,000,000.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...