Tuesday, 3 May 2011

Osama (matimu tanpa kubur)

Ben Laden. Osama ben Laden
Satu nama yang aku rasa aku dah lupa untuk sekian waktunya. Tak penting bagi aku akan nama itu, hanya kerana ada ben atau dalam negaraku dipanggil bin. Dan aku ada kawan yang aku panggil ben masa diploma dulu. Tapi itu cerita lain...

Mungkin tak seorang pun kat Malaysia ni kenal Osama ben Laden sehingga peristiwa 911. Beliau dikhabar mengetuai AlQaeda dan bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan keatas serangan di bumi Amerika. Aku simpati dengan semua yang terlibat. Yang menyerang dan diserang. Namun aku kagum dgn keberanian pejuang-pejuang yang sefikiran dgn Osama yang begitu berani menyerang Amerika. Mereka berperang secara sangat berani. Dan mereka terkorban akibat serangan mereka.

Jika itulah yang dibuat oleh pihak Jepun mereka dipanggil tentera kamikaze. Sanggup berkorban untuk apa yang mereka percayai dan junjungi. Mempertahankan apa yang yang mereka pegang dan sanggup berkorban untuk itu, dan mereka disanjung dan dihormati. Keberanian tentera kamikaze terus menjadi dokumentari sejarah.Kerana mereka adalah Jepun dan bukan AlQaeda.

Kekaguman aku terhadap AlQeada sampai disitu. Aku tak pernah menyokong tindakan tersebut tetapi aku paham kenapa mereka bertindak demikian. Memahami tak semestinya bersetuju.

Amerika sebaliknya telah membuat lagi tindakan yang dianggap pengecut, setelah melakukannya kepada Jepun. Akibatnya Hiroshima dan Nagasaki dibom. Sehabis kuat bom tersebut tanpa mengira wanita dan kanak2. Tiada bom yang sekuat itu digunakan sehingga kini walaupun setelah setengah abad. Biadap dan baculnya Amerika.

Dan berkali2 kini melakukan tindakan begitu dengan menghantar "drone" tanpa disedari dan terus mengebom perkampungan. Bagi mereka seolah-olah bermain video games. Nyawa yang lain kurang bererti atau bernilai. Ramai yang mati. "Collateral damage" ujar mereka. Argh.. memang boleh berperang dgn hanya berada dibilik kawalan di tengah lautan dan menghantar kapal-kapal terbang tanpa juruterbang untuk mengebom musuh. Jika seperti PS2 atau PS3.. alahai....

Begitu juga dengan iraq, mereka membuat pembohongan dengan ada "weapon of mass destruction" di Iraq. Sebenarnya merekalah yang melakukan "mass destruction" sehingga Iraq tidak aman dan mungkin lebih ramai yang mati sejak Operation Freedom bebrbanding zaman Saddam. Dan.. dimanakah senjata pemusnah sejagat milik Saddam, sehingga sekarang masih tak ketemui. Mungkin disembunyikan di padang pasir dan akan ditemui 3000 tahun lagi seperti mana Firaun dan Qarun ditemui.Mungkin...

Osama atau Obama dan pemimpin Amerika yang lain, tak lupa juga Tony B"liar" mungkin dalam kelompok yang sama. Menghantar bala tentera untuk apa yang mereka percaya. Cuma Osama menghantar pejuangnya secara berdepan dan kamikaze, manakala yg lain memilih jalan pengecut. Osama terus menerus mengakui bertanggungjawab dan nyatakan kenapa berbuat demikian.

Yang lain berusaha pula dengan segala propaganda supaya mereka dipercayai walaupun menipu dan membohongi dunia

Osama, andai kau mati dalam Islam maka aku doakan semoga mendapat keampunan atas segala kesilapan ( jika ada). Jika engkau tersasar hanya Allah yang mampu memberi keampunan. Kerana satu tuntutan untuk org Islam mendoakan saudara seIslam walaupun apa saja kesalahannya.

5 comments:

  1. Kesian dia mati tapi diorg sngja tak nak kuburkan dia..

    ReplyDelete
  2. tombol tu mmg dah nk rosak dah.. bukan sebab saya ganaz

    ReplyDelete
  3. setengah org percaya dia wujud.. setengah org percaya hanya watak rekaan.. semuanye rahsia Tuhan.... jika dia benar2 wujud.. alfatihah.. semoga dia dikira mati syahid... org syahid itu tidak pernah mati.. bahkan dia sentiasa hidup untuk memberi inspirasi kepada pejuang2 lain... jika dia watak rekaan sahaja... semoga aspirasi dia membawa suntikan semangat utk pejuang yg benar2 berjuang...

    ReplyDelete
  4. dia memang wujud kot...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...