Sunday, 22 May 2011

Dedikasi kepada mangsa tragedi

foto: MI

Semalam...tengah golek2 dgn anak2 sambil tengok tak tengok hindustan..Fana, ada crawler TV3 pasal kes tanah runtuh. Tersentap jiwa sekejap. Tak sabar nak tunggu berita. Tapi petang pergi angkat barang sampai pukul 11 malam baru settle.
Hari Ahad tak belii paper. Tadi pergi layan kawan- kawan main futsal sehinggalah malam tadi menonton berita.

Setelah berlaku macam-macam teori keluar. Aku taknak tuduh menuduh sbb hati aku lebih kepada mangsa dan keluarga dan pihak yang terbabit. Tahniah kepada semua yg membantu dan Setinggi - tinggi TAKZIAH kepada yang terkorban.. Sedih dan sedih. Aku tak pikir perlu untuk buat entry tapi hati agak tersentuh dan sedih dengan kejadian.

Alfatihah...

Anak-anak yatim...
Sabarlah dalam keperitan
Ya aku tahu berat mata memandang berat lagi
Bahu memikul
Keadaan mu mengusik jiwa semasa
Kewujudan dan kesusahan baru kini kami rasa
Tapi dengan kaedah yang tak terjangka
Nun dihujung sana terkumpul satu jemaah yg meneruskan sisa kehidupan
Malang atau rahmatkah kamu ditimpa petaka
Hanya Yang Maha Esa yang menentukan..


Pengetua dan guru
Iltizam hanya satu
Membentuk sahsiah membantu insan yang teraniaya
Jangan putus harap jangan hilang semangat
Kini ramai yang mengerti namum ramai mahu mereka sahaja yang dierti
Jika niat mu suci InsyaAllah ganjaran tetap menanti.

Adik-adikku yang tewas dalam tragedi
Semoga dirimu aman disana
Disisi Maha Pecinta dan Pencipta

Al fatihah.....

1 comment:

  1. Semoga mereka semua dilindungi dan dicucuri rahmat.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...