Friday, 29 March 2013

Jalan-jalan Turkey: Yenicamii

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ke 3 di Turkey, program hari ni menarik! Melayari selat Bosphorous dan Grand Bazaar..



Oh ya …sebelum itu, semalam, setelah seharian berjalan seharian di Masjid Biru dan Sultanahmet Square serta Spice Market kami dibawa ke hotel Crowne Plaza-Istanbul Old City. 

Sebelum itu juga...ni ha, gambar-gambar  sekitar Sultanahmet Square yang belum tersiar,,,heheheh:

Kat belakang tu Hagia Sofia.

Satu monumen dihadiahi oleh kerajaan German



Cantik hotel ni. Setakat ni layanan travel agensi memang menarik dan tertarik. Bermula dengan hotel Baia di Bursa kini di Crowne Plaza Hotel.


Crowne Plaza-Istanbul Old City teletak di di tengah-tengah semenanjung Istanbul dan bangunan yang menempatkannya bernama Tayyare Evleri, dibina pada tahun 1922.

Hotel ini juga agak dekat dengan tempat-tempat popular dan hanya dalam jarak berjalan kaki ke Sultanahmet Square.  Tapikan , aku tak tau celah mana nak menuju tempat-tempat tersebut  sementelah keletihan dan hanya ingin berehat di hotel. (Nanti buat entry pasal hotel ni pulak kalau berkesempatan..)

Nak keluar jalan memalam pun tak berapa suka sebab sejuk. Hanya turun di butik2 yang mengelilingi hotel, Sempat juga beli baju long sleeves,


 Spice Market..

Setelah solat asar di Masjid Baru ( YeniCami, dibaca Yeni Jamee,,Yeni=Baru. Camii-=Jami=Jamik=Masjid), kami terus ke Spice Market. 

Gambar sekitar Yenicamii:
Eminonu YeniCamii Istanbul

Bahagian kubah dari dalam. Mengkagumkan !

Yenicamii


Spice Market ni macam macam ada. Mungkin dari segi sejarahnya, yang menghubungkan pertemuan antara barat dan timur melalui Selat Bosphorous dan juga merupakan bandar dalam Laluan Sutera, maka barangannya pun agaknya refleksi pasar zaman dahulu.

Yang pastinya barangan seperti Turkish Delight begitu banyak dijual dan juga rempah ratus, sudah pastinya.

...bersambung...huh ingat leh habis entry ni...

--------------------------------------
ok sambung semula...dgn gambar sekitar Spice Bazar







Thursday, 28 March 2013

Jalan-jalan Turki: Obelisk of Theodosius

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sambung cerita lama. Jalan-jalan Turki.
Di sekitar SultanAhmet Square ( atau Medan Sultanahmet, atau nama sebelum Istanbul ditawan, "Hippodrome of Constantinople" )Terdapat satu monumen yang didatangkan dari Mesir ribuan tahun dahulu. Namanya Obbelisk of Theodosius, yang merupakan satu ukiran batu bersegi empat.

Sejarahnya ia diambil dari kuil/temple Firaun di Mesir dan telah dibawa ke Turki pada pemerintahan Empayar Byzantine.

Obelisk of Theodosius adalah obelisk Mesir purba dari zaman Firaun bernama Tutmose III dan di pasangkan semula/didirikan semula di Turki oleh Maharaja Roman iaitu Thodosis I pada kurun ke-4.

Asalnya obelisk ini dibina oleh Firaun Tutmoses III 1400 BC 9 lebih kurang 3000 tahun dahulu di kuil Karnak. Maharaja Roman, Constantius II yang memerintah pada tahun 337-361 AD telah membawanya melalui Sungai  Nil ke Iskandariah, Mesir sempena sambutan pemerintahan empayarnya ke 20 tahun,

Kemudian Maharaja roman bernama Theodosius memindahkan ke Constantinapole ( sekarang Istanbul) pada tahun 390.






WIKIPEDIA: 
An obelisk (from Greek ὀβελίσκος - obeliskos,[1] diminutive of ὀβελός - obelos, "spit, nail, pointed pillar"[2]) is a tall, four-sided, narrow tapering monument which ends in a pyramid-like shape at the top. Like Egyptian pyramids, whose shape is thought to be representative of the descending rays of the sun, an obelisk is said to resemble a petrified ray of the sun-disk. A pair of obelisks usually stood in front of a pylon. Ancient obelisks were often monolithic, whereas most modern obelisks are made of several stones and can have interior spaces.



Berkaitan:

1. Jalan-jalan Turki : Yenicamii
2.Jalan Jalan Turki :Masjid Biru 
3.Jalan Jalan Turki : Sebelum ke Sultanahmet 

Wednesday, 27 March 2013

Tukar nama blog???

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tetiba dan kekadang aku teringin nak tukar nama blog ini, tapi sudah banyak entry dan aku tak pasti boleh ke tukar..

“Blog2shout”mungkin agak kurang sedap namanya, Entahlah, mungkin juga sedap. Tapi “shout” adalah katakerja yang keras kan. Itulah tujuannya ( blog ini)  ialah mengisahkan tentang diri aku yang terpendam, mungkin. 
Kemudian aku luahkan ( dijeritkan) kedalam blog ini. Jadi hasilnya “blog2shout.blogspot.com”.

Pasal tukar ni,Aku juga pernah meminta nama aku ditukar pada suatu ketika dahulu. Hahahahah.
 Ayah buat tatau sahaja.
Juga aku telah merayu kepada ayah untuk tukarkan aku sekolah rendah ke sekolah yang lagi cantik dan boleh pergi naik bas, seperti sepupu aku yang lain. Ye lah sekolah aku kena pergi naik basikal atau jalan kaki. Kemudahan tak ada, letrik tak ada. Air paip puntak ada… Tapi aku rasa itulah yang mendidik aku erti kesusahan.  Dan mengenalkan aku erti kesyukuran bila mengecapi apa yang aku kecapi.

Jadi kesimpulannya tak jadi tukar nama blog!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...