Friday, 29 March 2013

Jalan-jalan Turkey: Yenicamii

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ke 3 di Turkey, program hari ni menarik! Melayari selat Bosphorous dan Grand Bazaar..



Oh ya …sebelum itu, semalam, setelah seharian berjalan seharian di Masjid Biru dan Sultanahmet Square serta Spice Market kami dibawa ke hotel Crowne Plaza-Istanbul Old City. 

Sebelum itu juga...ni ha, gambar-gambar  sekitar Sultanahmet Square yang belum tersiar,,,heheheh:

Kat belakang tu Hagia Sofia.

Satu monumen dihadiahi oleh kerajaan German



Cantik hotel ni. Setakat ni layanan travel agensi memang menarik dan tertarik. Bermula dengan hotel Baia di Bursa kini di Crowne Plaza Hotel.


Crowne Plaza-Istanbul Old City teletak di di tengah-tengah semenanjung Istanbul dan bangunan yang menempatkannya bernama Tayyare Evleri, dibina pada tahun 1922.

Hotel ini juga agak dekat dengan tempat-tempat popular dan hanya dalam jarak berjalan kaki ke Sultanahmet Square.  Tapikan , aku tak tau celah mana nak menuju tempat-tempat tersebut  sementelah keletihan dan hanya ingin berehat di hotel. (Nanti buat entry pasal hotel ni pulak kalau berkesempatan..)

Nak keluar jalan memalam pun tak berapa suka sebab sejuk. Hanya turun di butik2 yang mengelilingi hotel, Sempat juga beli baju long sleeves,


 Spice Market..

Setelah solat asar di Masjid Baru ( YeniCami, dibaca Yeni Jamee,,Yeni=Baru. Camii-=Jami=Jamik=Masjid), kami terus ke Spice Market. 

Gambar sekitar Yenicamii:
Eminonu YeniCamii Istanbul

Bahagian kubah dari dalam. Mengkagumkan !

Yenicamii


Spice Market ni macam macam ada. Mungkin dari segi sejarahnya, yang menghubungkan pertemuan antara barat dan timur melalui Selat Bosphorous dan juga merupakan bandar dalam Laluan Sutera, maka barangannya pun agaknya refleksi pasar zaman dahulu.

Yang pastinya barangan seperti Turkish Delight begitu banyak dijual dan juga rempah ratus, sudah pastinya.

...bersambung...huh ingat leh habis entry ni...

--------------------------------------
ok sambung semula...dgn gambar sekitar Spice Bazar







1 comment:

  1. cantik pemandangan di sini kan. building pun sama

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...