(Mari lihat Samsung Galaxy S4 yang baru..Telefon ni telah dileraikan satu persatu)
Telefon terbaru dan tercanggih dari Samsung, Galaxy S4 baru
saja dilancarkan di negara iPhone, Amerika Syarikat.
Adakah ia akan terus menguasai pasaran dan terus memberikan
tekanan dan asakan yang sengit kepada iPhone??
Adakah ia akan menjadi pusat Galaxy telefon pintar di era
ini?
Samsung Galaxy S4 |
Dalam zaman teknologi adalah
menjadi satu cabaran untuk mereka cipta dan melancarkan satu telefon yang
menjadi keterujaan pengguna dan pada masa yang sama boleh memberikan kejutan.
Khabar angintelah berlegar
sekian lama dan ada gambar-gambar telefon tersebut telah pun bocor di internet
sekian lama.
Hinggakan gambar S4 yang dilerai/ terlerai pun telah muncul.:
Gambar-gambar dari sumber http://mobile.it168.com/tu/1462254.shtml
gambar2 lain dibawah
Apa yang penting sudah tentunya, adakah telefon S4 ini dapat
melonjakkan Samsung dalam persaingan mendominasikan pasaran berbanding iPhone
dan seterusnya memberikan keuntungan.
Penting juga dalam menakluki minda dan
percepsi pengguna tentang siapa paling unggul.
Nampaknya pelbagai review berpendapat bahawa S4 mempunyai potensi
yang besar untuk mencapai faktor2 yang telah disebutkan .
Kerana, pertamanya, Android telah menjadi OS yang paling popular,
ditambah pula dengan peningkatan jualan siri Samsung Galaxy disebabkan tawaran
model-model yang banyak.
S4 telah ditingkatkan dari pelbagai sudut. ( Namun bagi pengguna
biasa tentu tertanya apakah yang di huha sebenarnya. Smartphone adalah
smartphone la kan…)
S4 adalah hampir-hampir sama dengan sebelumnya dari segi saiz dan berat
. Hanya kurang nipis 1mm dan kurang beberapa gram, kalaulah pengguna perasan)
Skrin layarnya dibesarkan kepada 5 inci. ( kawan aku mention 4.99
inci…ada juga .99 tu. Macam sale gimik saja. Aku tak pasti selagi tak pegang
phone tersebut). Dan baterinya 25% lebih
besar. ( yang mana penting? Lagi besar ke lagi tahan lama? Dua dua la kot
penting ..hehehe)
Materialnya sama seperti dulu iaitu polikarbonat, mungkin belum
beralih kepada metal yang lebih utuh. Mungkin juga plastik polikarbonat lebih
ringan.
Menjadikannya kurang solid dan sexy.
Antara perkara baru yang molek di highlight:
1.
Kamera depan dan belakang boleh digunakan serentak.. ( tapi untuk
apa ya?)
2. S4 boleh
beroperasi tanpa disentuh tetapi hanya dengan pergerakan, (gesture.)
emmm, dasat jugak tu kalau boleh buka sampai tahap begitu. Macam main lego pulak, cantum2 gitu. :)
ReplyDeleteApa2 pun harganya mestilah mahal... :(
telefon nie kena operate..
ReplyDeletewoah.
ReplyDeletesaya masih setia dengan S2. tapi rasanya cam baru je beli.. dah keluar sampai S4
ReplyDelete