Tuesday 31 January 2023

Ke Nusakuya Resort 30 minit dari jeti

Dari airport Tawau ke "Jetty Soto" mengambil masa lebih kurang 1 jam.
ampai sahaja Alvin sudah menunggu. Bot belum sampai.

Kagum sekejap tengok jernihnya air di jeti. Selalunya jeti ni airnya keruh saja.
Contoh jeti Kuala Perlis.
Oh ada ada, yang jernih macam jeti redang etc. 

Tapi ni padat dengan hiruk pikuk dan kawasan pekan. Keadaan masih terkawal dengan kejernihan nya.

Dan semestinya ada botol-botol air mineral terapung-apung. Apapun kira cantik la suasana.



Ni resort yang atas air yang paling dekat dengan jeti. Dragon Inn kot nama dia.
Kalau Dragon Den lain tau.. itu pitching tv series kat UK ..



Si Alvin dalam status dia selalu masukkan status sapa-sapa nak check in. So aku snap dia dulu ..

Boatman pusing ke pasar ni kejap untuk beli stock rokok cengkih dia. Katanya tk pekena tak leh bawa bot. Loqlaq!!
Tempat beli seafood kat sini kot, aku plan macam tu lah. Tapi tak datang pun.






Lautan membiru kami belahi dengan bot laju. Lebih kurang setengah jam nak sampai Nusakuya. Hempasan bot menimpa air agak kasar. Sib baik ombak takde.. So lancar je perjalanan

Aku masih pakai topi tapi lepas ni kena bukak..tercabut nanti terbang masuk laut.

Nak masuk Nusakuya ni kena ikut timing air pasang. Bukan boleh ikut dan. Kalau masa surut bot tak leh merapati jeti. Sebab muka bumi ( muka laut?) dia banyak rift atau coral. Kalau cetek akan rosak coral, Big NO NO..

Kalau nak juga pergi time air surut kenapa menapak air laut secetak peha atau pinggang.
Orang kedah kata meranduk. Tak yahlah.. sabar je lah, 
Tapi ada guest yang tak sabar nak juga.. memang basah lah. Tu botman cerita.

Time kami nak check 12.30 air tengah pasang so just nice lah.


Awat kami pilih Nusakuya.

1. Member rekemen.

2. Review dia ok la, Boleh la..Sebab ada satu review resort lain sampah punya banyak dalam laut. Uish,,memang tak pilih la.
ye lah sampah tepi laut dibawa arus dah t ersangkut bawah resort.


3. Harga dia ok . Value for money =6.5/10. 
Memang macam tu la kot harga water resort. Room for 3 seribu camtu. per nite. Complete 3 meals.

4. Macam nak memfoto atau nak snap banyak2 gambar mcm best je.















1 comment:

  1. lawanya air dia..tak berkesempatan nak lawat sabah..insya Allah one day hihik!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...