Saturday 15 January 2022

Ke hospital hari ni... bukan reason tak nak pi wedding tau.

Tadi.. 
Selepas doctor dapat beberapa maklumat , 
dia akhiri dengan soalan:

"Atau kita warded encik terus untuk buat test cardio, scan heart chamber etc"

Aku pun lupa detail lain. Dengar wad pun dah cemas!!

"Ya ka . Saya ingat test kat sini ja..ECG ka"Aku pun yang memandai suggest

 "Boleh..tapi  buat limited test kat sini." Dr tu bagitau.

Dan sambung..:( kalau dr  tak  sambung mesti dia ni memandai jawab..wohahah)

"Kalau nak detail jumpa you boleh jumpa spealist lah"

Ok you pun tak ada simptom. ( yg ni aku lega rasanya)

HR you ok..
Tak de pening²
Tak de sesak nafas.
Takde lenguh² bahu.

So far encik ok..


Wokay..4 point positive..tak de symtom heart attack la tu. Alhmadulillah.

Sekarang tengah tunggu result ECG dan test darah..
2 jam ambik masa.









Apa yg berlaku sampai aku pi check??


Camni..
Dalam 5.40 ka.. aku terjaga sbb aku rasa heart rate aku naik.
Ok..tenangkan diri..
Jangan terus bangun mendadak.

Dup dup dup dup.
Boleh rasa jantung berdegup laju.

Ok slowly ke bilik air..basuh muka.
Nak solat sekali.

Tapi rasa kencang sangat jantung ni.
Ok..cool ok cool.
Jangan kelam kabut.bawak tenang..

Nak kejut Lurvy pun kesian pulak awai lagi, bukan boleh solat pun.

Tapi tak leh jadi ..
"Yang, smart  watch Yang ada kat mana. Nak ukur heart rate.."
Dalam mamai dia raba side table bagi aku jam dia. Jam aku kat bawah.

160
Heart rate.
Oh..happen again.
Tinggi ni..resting time 60 atau 77 je.
Ni waktu tidor kot.
Aku relax². Tarik nafas .

Abang teringat apa rate naik ni.
Eh buat lawak. Nanti naik lagi degupan kang

Abang solat dulu. Buka je lampu tu.

Ok.lepas tu ukuran 124.
Ok dan turun.
Sela 5 minit
Check lagi
 178...

Pulak!   

Yang,, masa tanya doc  hari tu..last month. Dia kalau jadi kena pi check terus. Ari tu kan abang tanya view doc tu kebetulan masa amik ubat Danish.

"Nak pi sekarang ka?" "Siap la" ..Lurvy ajak.

Eh jap2 .Aku kata tunggu jap 10 minit. Tengok lagu mana.

 Pulakkk...

Check lagi

Hate rate 84.

.ok getting lower and tak rasa dup dap duk dap dah..

"Shud be ok now" ( tengok tu! Memandai ok kan diri sendiri)

Terus aku comfort kan Lurvy..:
"Tapi abang nak pi hospital hari ni gak dalam pukul 10.00. Better check lah kan"

Benda ni (heart rate naik mendadak) dah beberapa kali aku rasa.

Sebelum tu sebulan lepas.
Sebelum tu dalam 6 bulan lepas.
Sebelum tu 3 tahun lepas rasa cam ni.( masa ni kat ofis..terus check dan result pun ok)

Eh makin kerap la pulak frekuensi jadinya..

Apapun kita pi mkn dulu.. sat g hospital call. 

Chill ok..

update 




2.00pm
Jumpa doctor.semula.

Result blood test ok .

Indicator otot jantung so far ok.
Urine ok.
Buah pinggang ok.
Tyroid pun ok..
Macam macam indicator lain pun ok
Looks fine.
ECG pun ok.

But doctor kata:" I suggest you jumpa specialist. Takut i miss apa²."

"Kalau palpitation ( ha ni term dia), 170 180 tak bagus untuk jantung. Jantung boleh berenti".

Ok doc! 

As you said..nanti saya buat appoinment.

Thank you thank you. 
Have a nice week end.




2 comments:

  1. yes laju sangat tu..janganlah sprint masa tidur..laju2 nak pi mana?
    saya pernah alami keadaan macam ni last few years.. buat ECG doc kata ada tanda2 kena heart attack. tp lepas buat detail examinations (echo and pasang holter device) saya sebenarnya ada WPW.

    so awal tahun 2020 sebelum PKP 1.0 selamatlah jantung saya dikerjakan oleh doctor bedah..buat RFA je

    ReplyDelete
  2. stay safe. risau sungguh bila sakit tambah2 lagi musim covid ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...