Sunday 8 November 2020

Exclusive Preview X50, sebelum official launch..

Sudah lama menunggu akhirnya sampai juga masa pelancarannya ( soft launch)

Ok ok.. entry ni untuk event yg berlaku pada bulan lepas tapi belum ada kesudahannya lagi. (Sat lagi tau kenapabelum ada kesudahan)

Bila lama nak coretkan topic pasti maka mula lah tengok balik photo2 yang boleh dicari idea.

Masanya sekitar birthday aku last month.. eh apa pulak last month, bulan September. So ada cuti hari Malaysia.

Cuti la kan. So ajak Lurvy pi kedai raket dan pasang tali. Kemudian ajak dia pi singgah showroom Proton. Nak ambil brochure X50. Nak usya-usya color dan design. Macam menarik je dok tengok dalam internet, hype semacam. Dan aku pun tunggu lama nak tengok rupa. Lurvy dok nak cari Iriz. 
Perancangan yang bagus juga Iriz ni, tapi tengok X50 dululah.

Ermm, brocuhre printed memang tak ada, Yang ada pdf je lah.. Ok lah.

Sembang dgn salesman..Tanya itu ini ...aku pun mintak nak  test drive X70 sbb nak feel proton ni. Lama dah keluar X70 tapi tak ada keperluan nak test . kalau tak nak beli takkan nak saja2 test kan.. Alang2 dah pi, try je lah. Walaupun dah hampir pukul 7malam. Salesman layan juga. Kereta test drive x70 dah nak habis minyak. Kami pi isi minyak dulu.

Pendekkan cerita puas hati X70 ni.. Handling. sound system, seat etc etc ok la. Memang dari dulu menunggu X70 ni tapi lambat makanya amik Subaru Forester..hahaha. 6 bulan lepas tu baru x70 launch.

Bincang gitu gini. Done. balik rumah..

Hari Jumaat salesman call bagi invitation utk preview X50, wah,, belum lancar lagi aku diberikan peluang untuk melihat, menjengok dan memegang dll. 
Ok lah boleh la pi..hari Sabtu 19.09.2020..malam..

Perghh,, masa tu ramai yang buat live fb la. Komen review sambil live. Aku mana reti nak live dan cakap cakap ni. Aku on live sekejap suruh Lurvy view, sebab whatsapp video call tak jelas sangat.
Oh ya tiket preview sorang ja. Lurvy tak leh ikut.

So far menarik la masa tu. Harga tetap ta diberitahu..

(Walaupun begitu 17.9.2020 dah kami bayar deposit. Ala, boleh refund, so bayar dulu RM500.
Nanti kalau tak ngam , minta refund.) Ni gambar-gamabr masa tu,, dah basi kan masa ni. Takpa aku pun tak nak beria2 post masa tu. Seganlah,,

Macam la org lain tak leh view. 
Tapi betul la, tak ramai dapat exculive preview..hahaha. Tapi entah, malas nak update blog pasal ni masa tu.

Ni baru lah nak menulis, Sebab, sambil menunggu Mancity versus Liverpool malam ni. Hope dapat result yang memberangsangkan. Vamos City!!

So aku kongsilah gambar-gambar kat sini.. 

 







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...