Tuesday 29 October 2019

Dahsyat perlawanan ini

Wow.. memang dahsyat jumlah jaringan perlawanan separuh akhir piala Malaysia antara Pahang dan Kedah.
Emosi aku naik turun ketika menonton di depan TV. 

Sebelum sepak mula, jangkaan aku dan lain-lain "pundit" yang profesional pun mengatakan advantage adalah Pahang. Bukan sahaja advantage, dah macam tiket final milik Pahang.

Berbekalkan keputusan 3-3 tika berkunjung ke Alor Star, kedudukan yang amat stabil, dan Pahang ada  banyak pilihan di Darul Makmur. Bertahan kosong kosong. Pahang layak.
Menang dengan apa-apa  jaringan.. lagi la. .


Seri 1-1 Pahang layak
2-2 pun Pahang layak.

Bagi Kedah nak seri pun macam susah ja, ya la dengan senarai pemain Pahang yang gah dan gempaq.
Apatah lagi nak score melebihi 3 gol.

Namun itu lah bola. Pabila Kedah "drew a first blood" . Kedah score dulu..then,. All hell broke loose. Pahang naik syeh. Attack dan attack. Kedah pun boleh balas. Amazing. 
Hingga membawa perlawanan ke masa tambahan.. jaringan masih bertalu-talu.

Kelakar juga Nwakame yang celebrate gol penyamaan dengan begitu lama.. Seolah2 berjaya membawa perlawanan ke sepakan penalti. Namun keputusan 5-5 masa penuh telah membawa Kedah sekali lagi ke Final Piala Malaysia.

All the best negeri ku.

Pulun Kedah Pulun.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...